Friday, 23 December 2011

~mulut manusia

mengaku atau tidak, mulut lelaki sekarang adalah lebih bisa (a.k.a jahat) daripada mulut perempuan. Majoriti la not all. kadang-kadang terfikir. Diaorang ni tak ada kepala otak ke? main lepas je apa yang diaorang nak cakap. kalau ikutkan aku punya jahat lak nanti, sampai menangis air mata darah kau dengar aku balas balik apa yang kau cakap tu. 
Mulut terlalu busuk a.k.a longkang ni tak semua orang ada. Dulu ianya terkenal dikalangan makcik-makcik kampung yang suka duduk mengumpat orang time petang-petang. tapi sekarang mulut longkang tu dah semakin menular dikalangan masyarakat kita terutamanya lelaki. Adakah mereka-mereka ini dilahirkan daripada susur galur keturunan makcik-makcik kampung yang kuat mengumpat tu? ye la....penyakit keturunan kan...mana boleh nak buang.
untuk semua manusia, stop la kutuk-kutuk orang, stop la berfikiran negatif kat orang lain. ingat, kita ni sendiri tak cukup amal baik lagi. confirm ke kau masuk syurga yang kau berani nak main kutuk-kutuk orang lain? entah-entah nabi sendiri tak mengaku kau umat dia sebab perangai buruk kau ni. malu la wei...

p/s: entry ni memang ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, noktah

Wednesday, 21 December 2011

perempuan memang suka benda comel. thats the fact!

hello peps....
aku baru je lepas terbaca blog sorang senior lelaki yang gagah perkasa, berani macam singa... hihihihi
entry tersebut berkenaan dengan gadis-gadis remaja zaman sekarang yang suka cakap benda-benda pelik tu comel. mungkin pada pandangan lelaki benda tu macam perkara bodoh tapi kaum wanita akan said benda tu comel. contohnya:

situasi 1 : seorang player bola kena hard tackle yang bahaya di padang. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 2 : seorang lelaki hot membelai kucing yang hodoh. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 3 : seorang player rugbi upload gambar mereka mengacau dodol. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 4 : seekor sugar-glider malu-malu untuk berak apabila diperhatikan. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 5 : seorang yang bangang membelikan kotex untuk aweknya yang tidak cacat anggota. respon mereka "eiy, comelll...nyer"


(petikan yang aku copy paste bulat-bulat dari SINI)


hmm.... ni jawapan dari aku as perempuan even aku rasa aku tak cukup matang lagi.

situasi 1. if aku yang berada kat situasi tu, aku as penonton tak kan cakap benda tu comel. Tak sesuai kot nak aspect that is comel bila situation time tu membahayakan orang lain.. & aku rasa 1 daripada 1000 je perempuan yang akan kuarkan perkataan comel dari mulut die time tu. pada aku situasi yang ko bagi ni situasi bodoh.wrong...tettt!!!

situasi 2. yang ni aku mengaku yang ramai jugak perempuan akan kuarkan perkataan "eiy, comelll....nyer" for that guy.. why? sebab sepanjang pemerhatian aku, lelaki-lelaki kat sekeliling aku tak pernah langsung menunjukkan kasih sayang diaorang terhadap kucing. diaorang main tendang-tendang, baling-baling... ha? baling? yess! baling. Aku pernah nampak depan mata kepala aku sendiri diaorang baling kucing tu. maybe sekadar nak bergurau sebab bila aku tanya, mamat tu jawab, "saja...tak nak bagi dia mengada sangat". mengada? kucing pun tahu mengada ke? aku tak pernah jumpa pulak. setahu aku kucing manja, not mengada. so when ladies ternampak, or terjumpa or tertengok lelaki sebegini, for sure la hati dia tertarik. nampak macam lelaki tu sangat pengasih dan penyayang. ye la....dengan haiwan pun dia layan baik, ni kan pulak dengan kita kan... insyaallah... tapi girlfren, bear in your mind. tak semua lelaki yang ganas dengan binatang tu jahat,k and tak semua lelaki yang baik dengan binatang tu baik... ingat! lelaki sangat banyak tricks untuk buat perempuan tertarik dengan dia. aku pegang phrase ni, "SEPANDAI-PANDAI PEREMPUAN, SEBODOH-BODOH LELAKI". mungkin sukar untuk difahami. sapa yang faham, korang insan paling genius dalam dunia.

situasi 3. player rugbi kacau dodol dianggap comel ke? pada aku situasi ni ada betul dan ada jugak yang salah. sebabnya mungkin dia kacau dodol sebab tolong mak bapak dia. kan sweet tu. bukan semua lelaki sekarang rajin nak tolong mak bapak ok. kacau dodol lak tu... kalau kau tolong menyapu rumah lagi comel...hahaha

situasi 4. sugar-glider malu. apabila sekor binatang yang tak ada kepala hotak buat perangai macam manusia, tahu malu bila dia nak berak tapi ada orang tengok. thats cute you know... daripada manusia yang tak tahu malu kan even ada kepala hotak dan akal. (nada menganjing a.k.a perli)

situasi 5. aku pelik kenapa kau cakap lelaki tu bangang bila belikan kotex untuk awek dia. nice la tu... Dia membantu apa yang dia rasa dia boleh bantu... lagi bangang bila lelaki yang kapel dengan perempuan yang nampak macam minah rempit dengan pakaian serabut dan selekeh... nampak busuk dan tak matang.

lastly, nothing!
(mood: aku tergelak sambil menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. comel kan?huh!)

Tuesday, 20 December 2011

~Dia

My dad...
Dia pergi lagi... 
Sekali lagi dia tinggalkan kami sekeluarga...
Sampai hati ayah!
Jujur, kami tak rela...
Tapi kami tetap lepaskan juga...
Itu amanah ayah yang harus ayah pikul & kerjakan...
He is going to be jurulatih PLKN sekali lagi.
Kat temerloh, Pahang.
Pada peserta PLKN kat Temerloh kemasukan Januari ni, korang tengok-tengok kan lah ayah aku ye...
(Bajet ada orang nak baca blog ko la)
Ayah aku bakal jadi jurulatih korang tau...
Dia garang!
Sikit pun kau tak boleh buat salah depan dia.
(hahahaha...tak ada motif)
Lantak la...

Buat my dad...
I'm gonna miss you again...
Miss you damn much!
Let me borrow your new baby Alza untuk berjimba-jimba nanti ya...
hehe...
nak try je...
nak jugak!
nak!
kalau tak leh, Nurul tak mo buatkan ayah akaun Facebook... hahahaha!!! 
macam sengal je aku ni merapu sorang-sorang...
Miss you my dad! Lab you!

1 MALAYSIA!!!

Friday, 16 December 2011

LET WE GAIN CALCIUM!!!

Wah...macam buat iklan susu lembu.

Tiba-tiba hari ni terbuka pintu hati untuk buat entry kesihatan lagi seperti mana entry-entry yang telah lama berlalu begitu saja umpama bayu lembut yang membuai pipi... pipi? tak ada kene mengena...

Kalsium atau calcium...  
Bila sebut pasal Kalsium, perkara pertama sekali yang terlintas dalam fikiran dan akal waras kita pastinya susu... thats the simple source yang paling mudah untuk dapatkan kalsium. 
yaww... susu? I really hate milk... Since my primary school till the last day i'm studying at school, I had forced by my mom to drink a glass of milk during breakfast... everyday, you know....huh! I really hate it... you know why? After 10 to 15 minutes, my stomach will feel so badly hurt... like wanna be BE*AK..feel like wanna to throw away all sorts of feces that situated on my lovely colon.. hate it!  Mana tak bencinya. Penat gosok baju sekolah bagi licin. Tiba-tiba terasa nak membuang lak... tak kan ke komot balik baju tu nanti. menyampah... tapi kalau tak minum takut mak aku marah. sigh...

Then, time aku study kat matrik, aku telah membuang 100% susu daripada hidup aku. Almaklumlah...dah tak duduk dengan mak..Boleh la buat kepala sendiri. Kononnya la kan... Tapi masa tu terlalu banyak iklan kat Tv berkenaan dengan susu.. Anlene la... Anmum la.. Anmum??? whatever... tapi aku still buat tak tahu je...
Ditakdirkan Tuhan, aku terkena sakit gigi...you know toothache? oh my God! Tuhan saja yang tahu azab aku time tu. Sampai bengkak-bengkak pipi kau tau.... Then terus teringat mak aku pesan. Minum susu banyak-banyak... sebab tu je sumber kalsium yang untuk gigi and tulang kau. Konon-konon mak feel like a doktor la tu kan.. Perasan je mak aku. 
Tapi apa yang mak aku cakap tu betul wei.... Aku tak berani jumpa doktor gigi... Siryesly... then aku pun buat la treatment on my own semata-mata untuk hilangkan sakit gigi tu..

1. Setiap kali selepas makan, aku akan gosok gigi. Lebihkan menggosok kat tempat sakit tu. 
2. Rajinkan diri untuk kumur Listerine. Cool beb rasa Listerine tu... kesakitan mengajar erti kehidupan.. ahakss..
3. Kalau aku rajin, aku kumur jugak dengan air garam.. Tapi yang ni macam tak berkesan sangat kat aku. Mungkin rawatan tradisional tak sesuai untuk tubuh badan aku. ahha... statement biol...
4. Bila kumur dengan air garam tak berkesan, aku pun letak je secubit garam kat gigi yang sakit tu... Siryess marvellous feeling die. 

Pada suatu pagi yang hening, aku bangun je dari tidur, aku dah tak rasa sakit gigi lagi... adakah eksperiment yang aku buat ke atas diri aku tu berjaya ataupun bakteria tu dah muak nak duduk kat gigi aku... aku pun tak tahu la... yang penting, gigi aku dah sembuh!!!

Now, I had change! 

Everyday in my life, I will make sure that I had take at least 2 glasses of milk. 1 glass during breakfast and another glass before I'm going to sleep and meet up with Mr. Dream boom boom... If aku malas nak masak air panas, aku just beli je air kotak susu Dutch Lady Full Cream... Aku tak suka minum yang low fat sebab aku nak tambah lemak dalam badanku yang kurang lemak ni...

Kenapa aku berubah? Sebab aku dah realise tentang kebaikannya kalsium untuk tubuh badan kita. Banyak...sangat banyak fungsi kalsium ni sebenarnya tapi aku malas nak tulis banyak-banyak. aku nak kongsi 5 jer...

1. Kalsium sangat berguna untuk pembentukan tulang dan gigi. even kanak-kanak pun tahu. Sapa nak tinggi, makanlah makanan yang mengandungi sumber kalsium yang mantap.
2. Kalsium dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berbahaya seperti strok, diabetes, osteoporosis, tekanan darah rendah @ tinggi.
3. If anda terluka, kalsium lah yang akan membantu dalam menyembuhkan luka. kalsium akan bekerjasama dengan platelet untuk membekukan darah dari terus mengalir dan menghentikan luka. if not, kuman akan berinteraksi dengan luka tersebut... (berinteraksi katanya)
4. Kalsium juga memainkan peranan penting terhadap pergerakan otot dalam badan kita sebabnya kalsium terlibat dalam pembentukan tenaga yang digunakan oleh otot untuk menggerakkan badan kita ni. if not, badan kita hanya mampu bergerak secara longlai.... (boleh la jugak kan as long as kau penari)
5. Untuk dapatkan kulit yang sihat, banyakkan pengambilan kalsium terutamanya mereka yang mengalami kulit kering, pecah-pecah....

Some people did not really like milk sepertimana aku dulu di zaman kegelapan... They may feel queasiness... i don't know why. But for me, the feeling of being queasiness is come from your mind set actually. Drink milk is such a  cool hobby, you know...yeah... cool!

Selain daripada susu, banyak lagi sumber kalsium yang boleh kita peroleh sebab confirm ramai yang tak suka minum susu... Antara sumber-sumber kalsium yang cute adalah:

1. Ulam atau dalam bahasa omputihnya Malay salad. Kurangkan makan spinach or bayam sebab ianya mengandungi oxalate, so it can prevent the calcium absorption dalam badan. 
2. Buah betik ataupun papaya.
3. Segala macam jenis kekacang or we called nuts and beans.
4. Keju or cheese. yang ni pun salah satu favourite aku. tapi kat malaysia macam tak banyak pilihan cheese.. mungkin sebab bukan makanan ruji kita..
5. Yogurt pun nice gak... Lebih elok yogurt yang asli la... Pure Yogurt consist a lot of beneficial value. Next-next entry nanti aku cita pasal kebaikan Pure Yougurt.
6. Dedahkan diri pada matahari pagi sebab morning sunlight mengeluarkan Vitamin D. Fyi, the absorption of calcium is good when there is enough Vitamin D in our body.  

Aku student Biology. Aku sangat suka kongsi tips-tips kesihatan yang aku tahu... Manusia sekarang terlalu menjaga luaran sedangkan dalaman mereka terlepas pandang. We need to take care of our body systems, organs, tissues and all cells in it. They are much more important dari pandangan luaran yang kita nampak ni. If sihat dalaman, automatically luaran juga akan nampak sihat. Jagalah kesihatan tubuh badan kita.

***p/s: tengah buat assignment berkenaan algae... you know algae? Lumut yang ada kat longkang-longkang, tepi parit, dalam toilet... Terlalu banyak benefits algae dalam kehidupan kita. Nampak algae macam kotor tapi kebaikannya juga tetap a lot! (amek ko english berkecamuk) 



Wednesday, 14 December 2011

~bila tiba masa kita...

Ramai insan terdekat yang membesar bersama kita, pernah main-main tanah dengan kita, main lumba-lumba basikal, panjat-panjat pokok petik buah ceri, main galah gempur sama-sama, main nyorok-nyorok sampai terhantuk telah membesar kerana peredaran waktu dan zaman. Ramai yang telah menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan insan tersayang... Perubahan-perubahan sepeti ini jugalah yang membuatkan kita sedar bahawa setiap detik dan saat umur kita semakin meningkat. Next year umur aku telah mencapai 22 tahun. Aku yakin pada tahun2012 yang tak lama lagi akan melabuhkan tirainya, bakal menonjolkan beberapa insan istimewa dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka. Aku bila lagi? Kita pulak bila lagi? Bila pula seru kita sampai? Entahlah..mak aku selalu ingatkan pada aku, masa mak dulu, umur mak 22 tahun, mak dah ada anak yang berumur 2 tahun. hambik ko....umur macam aku ni dah ada anak sebesar 2 tahun... aku??? aku masih tak bersedia & tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. tapi kalau tiba-tiba Allah takdirkan telah sampai seru untuk aku berumah tangga, adakah aku telah bersiap sedia seperti mana kawan-kawan aku yang lain?




ketiga-tiga pic di atas aku songlap daripada engagement coursemate aku yang sangat baik dan owesome. kak Bella... tahniah kak atas pertunangan kamu bersama Adi. Kamu sangat cantik pada masa ni dan zati yakin kamu pasti sangat-sangat cantik time kamu bernikah nanti... untungnya Adi... tahniah! 

Saturday, 3 December 2011

get well soon, mom! i love u

sedih... bru dpt mesej dari adik yang my mom muntah-muntah because of gastrics... 
god... Please help her to get well soon... please...please...please... i love her damn much! seriously... don't be sick more & more... Nurul & adik masih perlukan mak...even ayah pun tak boleh hidup kalau mak tak ada..sob sob sob

rindu nak tengok mak senyum semula...


***adoi...penat dah nangis ni... kesian mak aku...
      peps, tolonglah doakan semoga mak aku cepat sembuh...

AKU BUKAN WANITA SEBENAR

Tajuk entry tak leh bla.... actually entry ni berkenaan dengan movie Ombak Rindu yang bukan main sibuk dan hebat lagi diperkatakan di arena hiburan... wah...ayat kemain... tapi.... aku pelik...kenapa aku macam tak excited langsung nak tengok movie tu sedangkan pelakon-pelakonnya aku minat... (eh, minat ke?? boleh tahan minat la jugak kan...kecik hati kak Lisa Surihani nanti) Adakah aku tidak cukup sifat keperempuanan? my girlpren semuanya kemain lagi excited nak tengok movie tu... tapi aku? kenapakah? adakah hormon kewanitaan aku dah berkurangan... oh tidak...statement bunuh diri tu...
apa pun aku sangat tersentuh tengok video klip OST Ombak Rindu.. sedih lagu tu bila kita hayati...liriknya menyentuh hati dan jantung...sampaikan jantungku hampir berlubang kerana itu lagu. apakah???




***weh...nangis pulak ha.... giler sensitip.... ok bai

Thursday, 24 November 2011

PENITI V

salam bahagia. salam harmoni. salam perpaduan. salam sejahtera. salam satu malaysia. 
 pe habaq?! (loghat utara) kabau baek tak? (loghat melake) 
motif??? xde pape motip....
berbalik kepada tajuk...aku memang suka mengarut, lari dari hakikat sebenar.. ampun...


what the heck with the PENITI??? secara kesimpulannya (wah...kesimpulan terus) peniti ni satu pertandingan pidato anjuran Kolej Kelima UPM... pertandingan pidato 2011 ni adalah interkolej... kalau dulu intervasiti.... tapi disebabkan masalah tertentu, kali ni kami buat interkolej je... mungkin kekal kot as interkolej...hahaha

pe kene mengena aku ngan peniti ni??? (weh...tetibe aku terbau durian time tengah menulis ni) hahahahaha....

ce tengok gambar kat bawah ni.....

sombong.... itu memang treadmark aku.....kahkahkah...
wei wei....tak wei...aku bukan insan yang sombong....tolonglah percaya...

as usual.....aku adalah salah seorang insan kerdil yang kene buat persembahan untuk majlis peniti tu... on the spot kene buat persembahan tarian untuk overture sebab diubah last minute.... & hampir-hampir jugak persembahan kami ditukarkan sekali lagi time majlis sedang berlangsung.... nasib baik ada insan yang berotak geliga macam batu permata yang bagi solution tepat lagi padat, yang tak buatkan kami as para penari nervous sangat sebab perubahan tersebut.... kalau tak memang choiiii persembahan kami... then sekretariat kebudayaan jugak la yang kene bahan atas perubahan pihak lain... fttt....

nah...tengaok la gambar-gambar kat bawah ni as penenang jiwa.... 
(bajet muka boleh buat jiwa orang lain tenang...bapak perasan kau ni zati)

before persembahan....
disebalik tabir la kononnye....


orang lain sedang serius, aku masih lagi main-main...

take picture before persembahan memang kewajipan bagi kami

para penari ulek mayang yang cantik-cantik

****************************************************************

kat dewan seri harmoni
ni disebalik tabir meja juri...juri pun ada sebalik tabir wei...jangan main-main
para juri yang hensem.... ce suruh dieorang yang berpidato pulak...ada beran???
pengacara majlis... kobes & pika

*****************************************************************************
sewaktu persembahan overture
eh??? aku ke tu? yang pakai kebaya oren milik thaleq...ahaksss ihikksss uhukssss....
tu dia laksamana yang hensem tapi pemalu...diapit oleh 2 orang hulubalang yang jelita lagi perkasa... 
ha.....cantik kan??? penari ulek mayang yang berusaha sehabis baik untuk persembahan ni...

*********************************************************************************
persembahan selingan kami...
on your mark, get set, go!!!!!
eh, baru nak amek tempat rupenya...
fatwa pujangga nyanyian hafiz a.k.a afgan
pantun budi nyanyian asi
joget pinang muda nyanyian hafizasi

tari silat melayu nyanyian qila
eh,eh??? aku lagi ke tu??? malunya... lagu patendu patende... nyanyian aku..kahkahkah
lagu ayo mama..nyanyian tasha & aku
****************************************************************
selepas buat persembahan, kami haruslah bersantap... lapa seyh....
tu dia....yang pakai baju krim tu is fatina...juru andam kami
*********************************************************************
picture after persembahan settle... selesai 1 tanggungjawab aku

kami bertiga adalah budak biologi...percaya tak??

para penari yang meletzzzz....

penyanyi bajet hot...terutamanya yang tengah-tengah tu
para penyanyi...eh, asi tak de...asi dah blk dulu...


thanks kepada kamu, sis mastura. tanpa kamera kamu & hafiz, tak adalah kenangan kami ni... thanks a lot! mmmuuahh!!!
nice....dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih yang terlalu banyak kepada kalian yang telah menyumbang bakti terhadap majlis peniti ni terutamanya kepada mereka yang telah menjayakan persembahan.. siryesly, korang bagi komitmen yang sangat mantap... aku sangat hargai jasa korang sebab korang sanggup korbankan masa dan tenaga kalian untuk buat persembahan yang terbaik...
akhir kata majulah kebud untuk negara.... (kebud a.k.a kebudayaan k5)


sekian.....thanks for reading yawww.....







Tuesday, 15 November 2011

cinta nervous system...kan comel tu...

ahaksss.... (gelak gewdix dulu)


assalamualaikum dan salam harmoni.... how are you guys...hope hari ni hidup anda tak diselubungi dengan mis...teri...bahkan sentiasa harmoni dan wangi...ihiksss... (*_<)


dalam keadaan diri aku yang sedang nazak dengan lab report yang menimbun, assignment yang bertimbun, show yang mekar merimbun, aku sempat lagi berpoya-poya dengan facebook and blogsss....padahal tak cukup masa ni....minggu depan dah due date untuk assingment-assignment aku yang cantik cun melecun kebabom tu tapi still lagi boleh lepak-lepak gini...ahad ni ada show untuk PENITI tapi still lagi tak hafal lirik lagu..kihkihkih...dah terbiasa hafal last minit... hello pompuan...ko toksah perasan la ada orang nak care sangat pasal ko...dieorang tak amek tau pun la....
ah, lantak!


nah....tengok video bawah ni....



comel tak comel tak?
hahaha...ini adalah assignment group aku for subject animal physiology..bukan saja-saja kami buat video ni... tak ade masa wei nak main-main... 
pape pun best! release sikit stress aku semalam. 
thanks for Dr. Meena...
thanks jugak buat kawan-kawan yang bagi kerjasama.. tak sia-sia usaha kita kan bila dapat tahu presentation kita dapat full marks and ditambah lagi dengan extra marks... 
btw, presentation group-group lain pun best wei....terkekek-kekek kami ketawa sampai nak terkeluar anak tekak bila tengok video-video tu...sound effect yang menarik... uhukssss...

sapa kata student bio tak boleh buat macam ni??? sapa kata budak bio terlalu straight dengan fakta and tak mampu nak produce kan idea-idea yang kritis lagi bernas??? sapa kata budak bio terlalu nerd and tak 'spoting'? ha??? meh sini tunjuk muka kat aku sikit...(bajet garang + tegas...booo zati....booo)

so after this, tukarkan persepsi anda terhadap student biologi macam kami ni ye.... kami memang la bersahabat baik dengan fakta-fakta sains tapi kami tidaklah terlalu taksub seperti pengikut ajaran-ajaran sesat ayah pin...opppssss....dah lama isu ni hilang kan??? ahaksss....jangan mare... ok sambung... kami juga insan biasa yang kadang-kadang bersifat gila-gila...almaklum lah...remaja... aik??? remaja lagi ke??? perasan!

Monday, 7 November 2011

~salam aidiladha~

okeh...aku rasa nak marah! (tajuk entry pasal aidiladha tapi tiba-tiba nak marah lak apehal??? nak penyepak?)
bukan apa....mood aku ni masih lagi mood hari raya korban, mood yang sangat-sangat baik + sedih sebab kene tinggalkan mak aku kat kampunng, but then when aku bukak je facebook aku setelah 3 hari bercuti, aku ternampak 4 post kat wall aku yang buat aku malu! yang aku tak suka! yang aku jijik! yang aku memang F**K giler ar!!! pe kejadah bodoh + bangangnya ko nak post gambar-gambar, video-video porno kat wall aku ha???? dalam sesaat darah aku naik sampai ke kepala...memang S**T!!! tanpa malu & segan silunye ko post kat wall aku....


wei!!! x puas lagi nk maki ko ni.... siryess....skali lagi aku kena cam ni, memang ko akan tido lokap la jawabnya.... peringatan keras dari aku; insan yang punya maruah, tak macam ko!


*mood aku sekarang ni sangat-sangat marah...so, if ada sesape nak belanja aku tutti frutti, dialu-alukan...

Saturday, 29 October 2011

entry x de tajok

assalamualikum & salam bahagia for all readers. 
pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan tentang berita kehilangan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. 



berita ni aku petik dari www.ismaweb.net yang diposkan pada 28 Oktober 2011. 

puas aku belek-belek muka mamat ni. rupanya baru aku perasan yang dia ni sebenarnya senior Biology aku.
dia disyaki hilang pada 14 Oktober 2011, sehari before aku kemalangan (ade kene mengena ke? ahhaa)
ok ni berita serius bukan main-main.
yes, dia senior aku yang sepatutnya dah habis belajar tapi dia boleh menyibuk kat UPM sebab dia nak konvo pada minggu berikutnya tu. 
apa sebenarnya yang terjadi pada dia, kita sama-samalah doakan yang terbaik. 
berita ni sangat mengejutkan dan sangat-sangat teramatla sangat menakutkan aku. bayangkan, seorang insan yang bergelar lelaki pun boleh hilang, inikan pulak insan yang bergelar wanita. nak duk kat kolej pun tak selamat dah sekarang ni agaknya. 
semoga kita semua berada dalam keadaan bahagia dan sejahtera sentiasa begitu juga dengan pelajar di atas. 




Wednesday, 12 October 2011

kau fikir kau cantik?


✿~ Siapakah wanita cantik itu ?✿

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .✿
✔ Dia tersenyum saat tertekan .✿
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .✿
✔ Dia tabah saat dihina .✿
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .✿
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .✿
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .✿

~> Jadilah wanita cantik itu :)✿

Friday, 30 September 2011

fresh!!!

yesss! ini fresh dari ladang. baru abes kelas animal fisiologi.....actually menyampah dengan kelas hari jumaat petang...tapi disebabkan kelas ni langsung tak membosankan, aku dengan penuh semangat dan gigihnya pergi ke kelas tersebut.(ayat x boleh blah)
straight to the point sebab aku ada banyak keje len nak kene setelkan...seperti hari-hari lain, kelas Dr. Meena pasti akan banyak input yang kami dapat.....thats why la aku sangat berkobar-kobar nak g kelas dia....sebab best! dia pandai sangat attract student...sayang Dr.!!! hari kami belajar tentang Nervous System...salah satu system dalam badan yang aku admire.....love you nervous system!


siapa antara korang yang pernah mengidap penyakit migrain, x kesah la tahap nazak ke ape kan tapi korang tau tak pe puncenya migrain tu?????
PUNCANYA:

1. stress....
aiyoyo....jangan stress2 la kakak, abang....chill kan diri tu....x payah nak serabut fikir masalah hidup korang yang lastly akan terselesai gak akhirnye.....tu la bukti Allah berkuasa.....macam mana besar pun masalah yang korang hadapi, last2 korang tengok, 'eh????dah selesai masalah aku rupenye'..ha....korang pasan x???
bende tu la yang selalu terjadi kat aku....punye la hari ni ade masalah gedabak besar datang dalam hidup kan......nangis segala bagai sampai bengkak2 mate.....tengok2 sok lusa, ok dah....konklusinye d sini, kita tak payah nak fikirkan sangat masalah yang datang dalam hidup ni....
pernah tak korang terfikir kenapa perempuan lebih cepat tua dari lelaki??? nah.....ni lah jawapannya...perempuan lebih cenderung untuk memikirkan masalah sedalam-dalamnya sedang para lelaki kalau de masalah pape, dieorang rilex jer......

2. pemakanan
kadang-kadang kita tak perasan yang cara pemakanan kita salah....kita suka makan coklat sedangkan coklat tu la antara penyumbang kepada penyakit migrain ni.....memang tak dinafikan yang coklat turut mengandungi khasiat semula jadinya yang tersendiri namun kita perlu mengawal cara pemakanan kita. kurangnya pengambilan vitamin dalam pemakanan juga adalah salah 1 penyebab kepada penyakit ini (ceh! ayat bajet macam ahli falsafah)


3. terdedah kepada excessive light
kebanyakkan perempuan suka sangat tidur dengan lampu terbuka.....alasannya, takut.....
tahu tak kawan2, tidur dibawah sinaran lampu tu tak elok???? otak kita tak cukup rehat sebabnya badan kita masih terima cahaya like kita still berjaga....beside tidur dengan lampu terbuka, duduk depan fon+lappy+pape je yg mampu mengeluarkan light jugak mampu buatkan korang kena migrain....kesian mata korang wei....


4. too much sleep
omjayyy....yang ni kadang-kadang aku buat jugak....astaghfirullah..... 
jangan terlebih tidur sebab effectnya akan buat badan kita lemah and jadi lebih letih berbanding tidur selama 7 or 8 jam je.... for your info, tidur yang berkualiti adalah apabila kita tidur tanpa gangguan sebarang mimpi... pergh! aku dah lama tak dapat tidur yang berkualiti.....


dah tahu puncanya so mai lah kita sama2 membendung daripada melakukan perkara2 di atas....... ceh! kene muhasabah diri gak ni......tapi alhamdulillah sepanjang hidup aku, aku belum pernah lagi kene migrain.......
sayangilah diri dan NERVOUS SYSTEM anda...... chill!



Saturday, 24 September 2011

kalau mati, kempunan......

perut aku cakap: aku lapar!!!
tekak aku berkate: wei, aku nak makan kep c ar......lame dah x makan...jom jom jom
kaki aku lak berkate: malas dowh nak gerak....
then tangan aku berkate: ceh....sape yang nak kuarkan wet g beli kep c ni????


*aku lak berkate: yessss tangan. ko memang si kedekut yang hebat....save sikit wet aku*

Tuesday, 20 September 2011

input yay!

banyak benda baru aku belajar semalam.... masuk kelas Dr. Hishamuddin, aku tertarik tentang satu statement dia berkenaan dengan lemahnya daya ingatan pelajar Malaysia. Memang tak dapat nak dinafikan la, aku adalah salah seorang pelajar yang mengalami penyakit serius tu...Kenapa boleh jadi cam tu??? agak-agak korang, benda apa yang menjadi penyumbang kepada lemahnya daya ingatan kita....

tak sangka aku, rupanya ubat gigi berflourida yang kemain best aku pakai tetiap hari tu, merupakan salah 1 penyumbang kepada lemahnya daya ingatan kat kepala otak aku ni....
so after abes ubat gigi tu nanti (kene abeskan jugak sebab tak nak membazir), then aku nak cari ubat gigi lain yang tanpa fluorida...contohnya ubat gigi kayu sugi.

selain ganti ubat gigi, korang kene tingkatkan pengambilan makanan yang ber'iodine'. contohnya kerang, seaweed....nak tahu lagi, korang google la sendiri... pakcik google sentiasa boleh membantu.

sapa-sapa yang susah sangat nak tidur malam, Dr. Hishamuddin tu kata korang try amek langkah-langkah ni:

1. kurangkan minum kopi @ teh.....
2. kurangkan watch computer, tv, psp, ps2, fon terutamanya waktu malam......sebab benda-benda tu semua mampu 'upset'kan our penil gland (yang kat dalam mata tu)
3. jangan tidur during the day.....sebab tu mampu mengganggu tahap kemampuan korang nak tidur pada waktu malam......

*baca-baca dan try amalkan*

Sunday, 18 September 2011

~silap hari~

tepat jam 6.45 pagi. aku tergopoh-gapah bangun tido sebab kelas kol 8 pagi. siap mndi n solat subuh sume, aku nak g iron baju....then rumate aku tanye, "ko nak g mane hari ni??pagi2 lg dah iron baju..."
dlm ht aku, "oh damn!!!!!!!" Aku baru teringat yang hari ni hari ahad. pehal aku boleh tersilap hari ni? mungkin sebab cuti lama sangat.....ke sebab aku excited nak g kelas sem ni... *wink wink* Oh, itu tak mungkin. hahaha

Tuesday, 13 September 2011

gelak manyak manyak

12 September 2011...
Aku dah bergelar pelajar tahun 3 kat UPM ni....
perkara pertama yang aku buat, gelakkan junior sebab berpakaian skema g kelas...
si ladies berbaju kurung, itu masih boleh diterima pakai 
tapi yang si lelaki, berbaju kemeja, bertali leher... kemain encem lagi...hahahaha...
fine! aku senior yang jahat...ngeh.....
ADE AKU KESAH???

Sunday, 19 June 2011

Hug N Kiss 4 My DaDdy...

Today is Father's Day... I dedicate million of loves, kisses that flying without wings to my lovely father, En. Mohamad bin Salim. He is the awesome guy. I love him so much...ceh nyampah speaking-speaking ni....cakap Malay sudah....Bajet!

to my luvly daddy...
Nurul syg ayh sgt2. sampai nurul mati pun, takkan ada insan lain yang mampu untuk ganti tempat ayah.you are the best gift from Allah to me beside mom. kalau tak ada ayah, Nurul tak sampai ke tahap ni. 
Tanpa ayah yang gigih cari nafkah untuk kami sekeluarga, mungkin Nurul tak mampu untuk membesar & jadi seperti sekarang ni. 
Tanpa ayah, Nurul mungkin bukan seorang manusia yang bergelar pelajar...ayah la yang bayar yuran sekolah...ayah la yang bagi duit makan time rehat...ayah la yang hantar & jemput Nurul time sekolah dulu...ayah la yang datang support kalau Nurul involve dalam apa-apa pertandingan... ayah la yang teman Nurul ambil keputusan exam...really missed that moment, dad......... ayah yang selalu tanya soklan membunuh dengan nada tegas macam kita ni penjenayah yang paling dikehendaki kalau kita ada buat salah apa-apa @ dapat result exam cam hampeh...
tanpa ayah, Nurul mungkin tak masuk u. Ayah la yang gigih cari duit untuk biaya pembelajaran Nurul selama ni... Ayah la yang tolong isi form PTPTN & printkan semua dokumen berkaitan....ayahla yang isikan form UPU & matrik dulu sampai Nurul berjaya masuk matrik & uni...ayah kata 'bukan ayah tak nak anak ayah berdikari cuma ayah tak nak anak ayah rasa susah'... masyaallah...betapa beruntungnya aku dapat bapa sebegini mulia....
Ayah selalu ingatkan Nurul supaya jangan tinggal solat. ayah selalu cakap, 'lupa ayah tak apa tapi jangan lupa Allah'...even ayah cakap cam tu, Nurul tak pernah lupa mak ayah walau sesaat pun....ayah & mak selalu ada dalam doa Nurul. 
dulu time Nurul masih baby, ayah la yang selalu jaga Nurul waktu malam sebab Nurul jenis yang berjaga malam & asyik menangis je.....(ni mak yang cite)...Nurul sangat terharu....dari kecil sampai la sekarang ni, ayah sabar layan kerenah Nurul...
kat rumah, orang yang paling banyak menyakat & menyakitkan hati, adalah ayah....mungkin dengan cara tu ayah tunjukkan kasih sayang ayah pada kami.....ayah tak pandai jiwang-jiwang.....huhuhuhuhu...syg my dad...
Ayah selalu belikan apa saja yang Nurul nak...ingat lagi masa umur Nurul 16 tahun, ayah selalu belikan baju & barang-barang yang comel yang berwarna pink untuk Nurul sebab ayah tahu tu my favourite colour...until now even pink bukan lagi my favourite colour, tapi ayah tetap gak belikan yang warna pink...dah cakap jangan beli yang warna pink lagi, ayah tetap belikan gak...maybe ayah missed that moment, right... sob sob sob........
kalau ayah terdengar Nurul cakap Nurul nak makan tu la, ini la, petang tu pas balik keje mesti ayah belikan pe yang Nurul nak makan tu.....sedihnya bila ingat balik pengorbanan ayah pada Nurul....

kalau dihitung kira, manusia yang paling banyak berjasa dalam hidup Nurul mesti ayah, kan... & kalau boleh diberi award, mesti yang dapat award tu adalah ayah....


thanks ayah sebab dah membahagiakan hidup kita sekeluarga. pengorbanan ayah tersangat la Nurul hargai... doa Nurul sentiasa mengiringi ayah, kemana pun ayah pergi...semoga ayah dirahmati & diberkati Allah selalam-lamanya... Ayah adalah bapa yang terbaik untuk Nurul...


love you dad...XOXO





Thursday, 9 June 2011

apa nak jadi dengan manusia sekarang?

Semalam aku terbaca kat Metro berkenaan dengan kes driver bas hampir merogol seorang penumpangnya... terkezutttt..tambah menakutkan lagi kejadian tu berlaku dalam bas dari KL-Melaka..... tau tak aku selalu jadi penumpang bas-bas dari KL-Melaka? siryes buat aku takut... after this memang aku kene belajar everything tentang mempertahankan diri....dah la kes simbah asid x setel-setel kat area KL ni ditambah lagi dengan kes-kes cm ni...menyampahla! kenapa kaum lelaki sanggup buat cam ni kat perempuan ha??? tak kesian ke? kamu manusia, kami pun manusia.......bertimbang rasa la sikit...... mungkin perempuan pernah buat tak elok pada kamu tapi kamu tak perlu untuk balas yang tak elok jugak.....pada orang yang tak bersalah lak tu....

buat la baik sesama manusia, nescaya Tuhan akan membalas yang baik pada kamu...kalau kita punyai pegangan hidup, kita tak mungkin sanggup untuk menyakiti sesiapapun.....sebab kita tahu, Tuhan ada untuk membalas segalanya..... 

ini peringatan buat semua manusia lelaki dan perempuan muslim.....setiap kali berasa diri dalam keadaan terancam dan bahaya, susah dan payah, sedih yang tak tertanggung, cubalah baca ayat kursi dengan penuh ikhlas.....walaupun kita tak pasti maknanya namun keikhlasan kita memohon pada Allah tu juga penting..... bacalah dengan khusyuk, ikhlas memohon pada Allah...insyaallah Allah bantu... aku berkongsi ilmu ini setelah aku melihat keberkesanannya sendiri....setiap kali susah, Allah lah yang membantu......after that, jangan lupa ucap syukur padaNya..........




p/s: amalkan ye.......peace no war

thanks for reading....

Sunday, 8 May 2011

HARI MAK...

"Doa ibu sama mustajab seperti doa Nabi buat ummatnya"
Tercengang sekejap...berderau darah aku bila baca statement ni...masyaallah....


Aku dapat petikan ni dari seorang geng muka buku aku yang aku tak sempat pun kenal dia...aku pernah makan dengan dia tapi tak sama meja...aku pernah tengok muka dia tapi segan nak tenung & bertentang mata dengan dia...pernah hangout dengan dia tapi tak pernah berbual....insan ni sangat hebat pada aku...sangat gojessss sampaikan aku segan nak berborak dengan dia, nak tegur dia...aku lagi berani berbual ngan PM dari berborak ngan dia...aku sendiri tak tahu kenapa...aku ngaku aku pernah ter'admire' kat dia even just 13 hari je bersama dia... Mr. Teddy aku please don't be jelousy...ni just admire not fall in love....


cop! aku sebenarnya nak cite pasal statement atas ni la...bukan pasal mamat gojes tu....take note that, zati! marah kat diri sendiri....hampeh! ok, ok...now fokus.... 
hari ni kan hari ibu... so aku nak interframe sikit pasal hari ibu...sibuk kat facebook cakap pasal hari ibu.. ade yang wish mak dieorang la(kalau mak ade fb xpela gak kan nk wish pun), ade yang melepaskan keluhan hati pada mak la melalui fb(cakap sayang mak la, ape la...ok x salah pun...xoxo kat korang yang buat cam tu)...Apa yang mengejutkan aku, ade yang kate sambut hari ibu ni haram disisi agama islam... astaghfirullah....dah bertahun-tahun kot hari ibu ni disambut oleh hampir satu dunia....& majoritinya yang sambut hari ibu ni adalah umat islam...betul ke haram sambut hari ibu ni????aku pun try la google kat tenet...


http://bkasm.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=184
http://dakwah.org/blog/?p=135


kat sini segalanya terjawab...korang ada akal, korang fikirlah sendiri...pada aku apa yang diperkatakan kat page-page tu adalah benar dan tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka....
kita tak perlu hari-hari tertentu untuk ingat, raikan or kenangi our parent...setiap hari korang patut buat macam tu untuk manusia yang paling banyak berbakti untuk korang....dari korang kecik sampai la korang punya kulit berkedut, parents la manusia yang paling banyak bersusah-payah tuk korang....tak patut untuk hari tertentu saja korang kenang parents korang....tapi if nak raikan jugak pada aku tak salah sebab everything bergantung pada niat kita...kalau korang nak meraikan hari ibu because of nak ikut-ikut golongan barat, itu tak betul la kan.. tapi kalau niat korang nak meraikan hari ibu untuk tunjukkan kat mak korang yang korang sayangkan dia dan berterima kasih kat dia, pada aku itu tak salah. anak-anak mak zaman sekarang kan busy dengan keduniaan so mungkin dengan satu hari ini saja anak-anak boleh amik cuti dan luangkan masa bersama-sama mak dieorang. maybe pendapat aku ni salah...aku bukanlah seorang warak untuk letak apa-apa fatwa. ini adalah pendapat dari seorang gadis yang tak ada apa-apa keistimewaan dan kelebihan...iman aku masih nipis....
yeah!!! tu die my mom yang lebih cantik dari aku. siryes jeles! pandai betul bapak aku cari.
my mom ni masih muda. baru 41 tahun...hehehe..

buat my mom...sorry for the whole thing wrong that i've done. nurul sayang mak sampai bila2. mak adalah ibu terbaik yang dah Allah anugerahkan pada nurul. syukur pada Allah... thanks 4 everything yang mak dah korbankan untuk nurul, dari nurul kecik sampailah sekarang. mungkin nurul masih lagi bukan anak yang baik untuk mak tapi nurul nak mak tahu yang mak la insan terbaik yang dah Allah anugerahkan buat nurul. thanks..... I LOVE YOU FOREVER...

buat ayah lak...don't be jeles...nurul sayang ayah gak...xoxo..huhuhuhuhuhuhu....

ok...abes entry ni.....thanks for reading....aku sayang mak aku...korang???

****aku sangat excited bila dapat tahu yang mamat gojes tu baca entry aku.....for the time past, aku baru berani add dia kat facebook setelah hampir 5 bulan terpisah ngan dia... & dia accept! mau tak excited tahap beruk miang....hahaha

yang indah itu tetap dalam ingatan

apa yang dalam ingatannya ni???apa yang aku maksudkan? sapa yang aku ingat???mak aku, bapak aku, adik aku, nenek aku??? x...x... mereka2 yang aku maksudkan adalah kawan-kawan MTM aku yang selama ni dah bersusah payah bersama aku...setahun aku bersama-sama mereka bermain-main, makan-makan, masak-masak, jalan-jalan, tengok-tengok, ngumpat-ngumpat, gossip-gossip, semuanya bermula apabila kami bergelar MTM...

pada tanggal 18 APRIL 2011 maka berakhirlah tanggungjawab aku sebagai MTM kebudayaan Kolej Kelima UPM....banyak pengalaman yang aku dah rasa bila bergelar MTM ni....ko nk rase ape??? kne pijak, kene tumbuk, kne maki, kene sepak...hahahahaha....semua tu bohong belaka....jangan percaya..tp kene kutuk tu kompom ada....sape pernah kutuk aku, sila buat tangan macam Usop Wilca tu.......ngeh3...aku x kesah kalau korang kutuk aku....janji hidup aku masih boleh diteruskan tanpa belas kasihan duit mak ayah korang...ayat lembut tapi sentap...maap....

Mira Malek.....dia ni antara manusia yang bergelar insan (bukan setan) yang paling aku sayang selain dari Thaleq Fatihah.....terlalu banyak suka duka yang dah aku lalui bersama mira...sebab pe??? sebab kiteorang ni satu sekretariat....dia tu pengerusi aku, ketua aku.....segala masalah berkenaan dengan sekretariat, kiteorang kongsi sama-sama...nangis sama-sama....gelak sama-sama...nyanyi sama-sama...jerit sama-sama....pokok pangkalnya kalau aku nk g mandi pun, dia nak ikut...hahahaha....*mira, gurau jer ye*
Terlalu banyak kenangan yang dah aku rasa bersama mira...kalau aku nangis sebab tekanan kerja, dia datang tenangkan aku. Kalau dia tertekan lak, aku buat tak tahu je..hahahaha...jahat tak aku??? sedih bila ingat semua, kan mira??? Boleh dikatakan dalam organisasi MTM tu, Mira adalah tempat aku bersandar. Dia sangat baik dan penyabar...sangat tabah melayan kerenah aku yang gila dan keras kepala. Semoga Allah balas segala jasa baik ko, mira...

Dari tahun satu lagi kitaorang dah bergabung dalam apa-apa event k5...1st gabungan kiteorang adalah pertandingan Malam Tunas Budaya (MTB) 2009/2010...time ni aku just act as penari yang baru belajar... mira lak as pemain percussion..hebat dia main wei....aku suka sangat dengar.
mira yang pakai baju putih tu...comel dia kan...suci je..haxhaxhax...
After that, kami terpaksa bergabung untuk dinner kolej dan PENITI yang kolej kelima jalankan....memang tak de orang len yang nak handle kebudayaan...hmmm....

ni time dinner kolej 2009/2010..sorry pakaian aku tak meletup cam mira..hahahaha

yang ni time PENITI 2010...nape pakai macam perempuan melayu terakhir ni? *entah*


then after kami join MTM lagi banyak masa kami bersama walaupun tak satu bilik tapi selalu je lepak bilik band...kat situ la tempat aku selalu melalak, melantak & buat ape je yang aku suka....

picture kat bawah ni adalah picture kami masa Majlis Anugerah Pengetua (MAP) 2010/2011...time ni best sangat sebab dapat rasa kerjasama ngan junior-junior....after that, mane entah dieorang pegi....



ni ngan anak-anak ikan kesayangan...XOXO

picture kat bawah ni pulak time raya di fifth....gempaq kolej aku ni kan....banyak buat event...yang nak matinya kiteorang yang kene buat persembahan ni....huh!




******************************************************************
ni time persembahan malam konvokesyen UPM
pertandingan akustik kat bukit ekspo UPM
******************************************************************
at the palace of the golden horses...dinner kolej 2011...best woo~~~arabian theme

******************************************************************
pictures kat bawah ni time buat persembahan kat putrajaya hari tu....tak ingat pe nama bangunan tu....



******************************************************************
aku tak tahu cam ne nak hargai jasa ko, mira....ngan cara ni je la aku mampu ucap terima kasih yang tak terhingga tuk ko. ko banyak sangat membantu aku, sabar ngan kerenah aku, banyak nasihat aku.....thanks untuk segalanya....mungkin entry ni tak sehebat entry orang lain....sorry for that....tapi ikhlas aku buat entry ni tuk ko.......semoga ko simpan kenangan kita jauh dalam hati ko sepertimana aku simpan segalanya dalam hati aku yang paling dalam...


betul tak aku kata mira tempat aku bersandar? hahahaha

***thanks for reading....