Sunday, 8 May 2011

HARI MAK...

"Doa ibu sama mustajab seperti doa Nabi buat ummatnya"
Tercengang sekejap...berderau darah aku bila baca statement ni...masyaallah....


Aku dapat petikan ni dari seorang geng muka buku aku yang aku tak sempat pun kenal dia...aku pernah makan dengan dia tapi tak sama meja...aku pernah tengok muka dia tapi segan nak tenung & bertentang mata dengan dia...pernah hangout dengan dia tapi tak pernah berbual....insan ni sangat hebat pada aku...sangat gojessss sampaikan aku segan nak berborak dengan dia, nak tegur dia...aku lagi berani berbual ngan PM dari berborak ngan dia...aku sendiri tak tahu kenapa...aku ngaku aku pernah ter'admire' kat dia even just 13 hari je bersama dia... Mr. Teddy aku please don't be jelousy...ni just admire not fall in love....


cop! aku sebenarnya nak cite pasal statement atas ni la...bukan pasal mamat gojes tu....take note that, zati! marah kat diri sendiri....hampeh! ok, ok...now fokus.... 
hari ni kan hari ibu... so aku nak interframe sikit pasal hari ibu...sibuk kat facebook cakap pasal hari ibu.. ade yang wish mak dieorang la(kalau mak ade fb xpela gak kan nk wish pun), ade yang melepaskan keluhan hati pada mak la melalui fb(cakap sayang mak la, ape la...ok x salah pun...xoxo kat korang yang buat cam tu)...Apa yang mengejutkan aku, ade yang kate sambut hari ibu ni haram disisi agama islam... astaghfirullah....dah bertahun-tahun kot hari ibu ni disambut oleh hampir satu dunia....& majoritinya yang sambut hari ibu ni adalah umat islam...betul ke haram sambut hari ibu ni????aku pun try la google kat tenet...


http://bkasm.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=184
http://dakwah.org/blog/?p=135


kat sini segalanya terjawab...korang ada akal, korang fikirlah sendiri...pada aku apa yang diperkatakan kat page-page tu adalah benar dan tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka....
kita tak perlu hari-hari tertentu untuk ingat, raikan or kenangi our parent...setiap hari korang patut buat macam tu untuk manusia yang paling banyak berbakti untuk korang....dari korang kecik sampai la korang punya kulit berkedut, parents la manusia yang paling banyak bersusah-payah tuk korang....tak patut untuk hari tertentu saja korang kenang parents korang....tapi if nak raikan jugak pada aku tak salah sebab everything bergantung pada niat kita...kalau korang nak meraikan hari ibu because of nak ikut-ikut golongan barat, itu tak betul la kan.. tapi kalau niat korang nak meraikan hari ibu untuk tunjukkan kat mak korang yang korang sayangkan dia dan berterima kasih kat dia, pada aku itu tak salah. anak-anak mak zaman sekarang kan busy dengan keduniaan so mungkin dengan satu hari ini saja anak-anak boleh amik cuti dan luangkan masa bersama-sama mak dieorang. maybe pendapat aku ni salah...aku bukanlah seorang warak untuk letak apa-apa fatwa. ini adalah pendapat dari seorang gadis yang tak ada apa-apa keistimewaan dan kelebihan...iman aku masih nipis....
yeah!!! tu die my mom yang lebih cantik dari aku. siryes jeles! pandai betul bapak aku cari.
my mom ni masih muda. baru 41 tahun...hehehe..

buat my mom...sorry for the whole thing wrong that i've done. nurul sayang mak sampai bila2. mak adalah ibu terbaik yang dah Allah anugerahkan pada nurul. syukur pada Allah... thanks 4 everything yang mak dah korbankan untuk nurul, dari nurul kecik sampailah sekarang. mungkin nurul masih lagi bukan anak yang baik untuk mak tapi nurul nak mak tahu yang mak la insan terbaik yang dah Allah anugerahkan buat nurul. thanks..... I LOVE YOU FOREVER...

buat ayah lak...don't be jeles...nurul sayang ayah gak...xoxo..huhuhuhuhuhuhu....

ok...abes entry ni.....thanks for reading....aku sayang mak aku...korang???

****aku sangat excited bila dapat tahu yang mamat gojes tu baca entry aku.....for the time past, aku baru berani add dia kat facebook setelah hampir 5 bulan terpisah ngan dia... & dia accept! mau tak excited tahap beruk miang....hahaha

yang indah itu tetap dalam ingatan

apa yang dalam ingatannya ni???apa yang aku maksudkan? sapa yang aku ingat???mak aku, bapak aku, adik aku, nenek aku??? x...x... mereka2 yang aku maksudkan adalah kawan-kawan MTM aku yang selama ni dah bersusah payah bersama aku...setahun aku bersama-sama mereka bermain-main, makan-makan, masak-masak, jalan-jalan, tengok-tengok, ngumpat-ngumpat, gossip-gossip, semuanya bermula apabila kami bergelar MTM...

pada tanggal 18 APRIL 2011 maka berakhirlah tanggungjawab aku sebagai MTM kebudayaan Kolej Kelima UPM....banyak pengalaman yang aku dah rasa bila bergelar MTM ni....ko nk rase ape??? kne pijak, kene tumbuk, kne maki, kene sepak...hahahahaha....semua tu bohong belaka....jangan percaya..tp kene kutuk tu kompom ada....sape pernah kutuk aku, sila buat tangan macam Usop Wilca tu.......ngeh3...aku x kesah kalau korang kutuk aku....janji hidup aku masih boleh diteruskan tanpa belas kasihan duit mak ayah korang...ayat lembut tapi sentap...maap....

Mira Malek.....dia ni antara manusia yang bergelar insan (bukan setan) yang paling aku sayang selain dari Thaleq Fatihah.....terlalu banyak suka duka yang dah aku lalui bersama mira...sebab pe??? sebab kiteorang ni satu sekretariat....dia tu pengerusi aku, ketua aku.....segala masalah berkenaan dengan sekretariat, kiteorang kongsi sama-sama...nangis sama-sama....gelak sama-sama...nyanyi sama-sama...jerit sama-sama....pokok pangkalnya kalau aku nk g mandi pun, dia nak ikut...hahahaha....*mira, gurau jer ye*
Terlalu banyak kenangan yang dah aku rasa bersama mira...kalau aku nangis sebab tekanan kerja, dia datang tenangkan aku. Kalau dia tertekan lak, aku buat tak tahu je..hahahaha...jahat tak aku??? sedih bila ingat semua, kan mira??? Boleh dikatakan dalam organisasi MTM tu, Mira adalah tempat aku bersandar. Dia sangat baik dan penyabar...sangat tabah melayan kerenah aku yang gila dan keras kepala. Semoga Allah balas segala jasa baik ko, mira...

Dari tahun satu lagi kitaorang dah bergabung dalam apa-apa event k5...1st gabungan kiteorang adalah pertandingan Malam Tunas Budaya (MTB) 2009/2010...time ni aku just act as penari yang baru belajar... mira lak as pemain percussion..hebat dia main wei....aku suka sangat dengar.
mira yang pakai baju putih tu...comel dia kan...suci je..haxhaxhax...
After that, kami terpaksa bergabung untuk dinner kolej dan PENITI yang kolej kelima jalankan....memang tak de orang len yang nak handle kebudayaan...hmmm....

ni time dinner kolej 2009/2010..sorry pakaian aku tak meletup cam mira..hahahaha

yang ni time PENITI 2010...nape pakai macam perempuan melayu terakhir ni? *entah*


then after kami join MTM lagi banyak masa kami bersama walaupun tak satu bilik tapi selalu je lepak bilik band...kat situ la tempat aku selalu melalak, melantak & buat ape je yang aku suka....

picture kat bawah ni adalah picture kami masa Majlis Anugerah Pengetua (MAP) 2010/2011...time ni best sangat sebab dapat rasa kerjasama ngan junior-junior....after that, mane entah dieorang pegi....



ni ngan anak-anak ikan kesayangan...XOXO

picture kat bawah ni pulak time raya di fifth....gempaq kolej aku ni kan....banyak buat event...yang nak matinya kiteorang yang kene buat persembahan ni....huh!




******************************************************************
ni time persembahan malam konvokesyen UPM
pertandingan akustik kat bukit ekspo UPM
******************************************************************
at the palace of the golden horses...dinner kolej 2011...best woo~~~arabian theme

******************************************************************
pictures kat bawah ni time buat persembahan kat putrajaya hari tu....tak ingat pe nama bangunan tu....



******************************************************************
aku tak tahu cam ne nak hargai jasa ko, mira....ngan cara ni je la aku mampu ucap terima kasih yang tak terhingga tuk ko. ko banyak sangat membantu aku, sabar ngan kerenah aku, banyak nasihat aku.....thanks untuk segalanya....mungkin entry ni tak sehebat entry orang lain....sorry for that....tapi ikhlas aku buat entry ni tuk ko.......semoga ko simpan kenangan kita jauh dalam hati ko sepertimana aku simpan segalanya dalam hati aku yang paling dalam...


betul tak aku kata mira tempat aku bersandar? hahahaha

***thanks for reading....

Saturday, 7 May 2011

khas buat kaum adam...

Kita selalu dengar lagu kat radio, televisyen, youtube, or yang sewaktu dengan benda alah tu semua mendendangkan lagu yang memuji wanita. korang tak kesian ke kat para lelaki? Dieorang sebenarnya banyak menabur jasa dalam hidup para ladies tau.... kenapa para pencipta lagu kurang nak mencipta lagu untuk para lelaki ye? kalau nak kata penyanyi perempuan tak ramai, memang tak logik...Setahu aku ramai penyanyi perempuan kat dalam dunia ni yang boleh menyanyi lagu dan didedikasikan tuk para lelaki...or maybe alasan yang paling logik sebenarnya para penulis lirik lagu adalah majoritinya terdiri daripada kalangan kaum adam. Tapi still ada penulis lirik perempuan kan yang boleh tulis lirik untuk para lelaki bagi menghargai mereka....or maybe perempuan-perempuan dalam dunia ni tak sejiwang para lelaki..hukhukhuk...terasa lak aku..kesian korang wahai kaum adam..

aku pun google punya google kat youtube tiba-tiba aku terjumpa satu lagu yang aku dedikasikan khas untuk para lelaki yang kenal aku secara dekat mahupun jauh....secara terselindung mahupun nyata... yang hensem mahupun tak hensem (korang tetap macho, aku tahu tu)....tapi yang nyata untuk para lelaki muslimin sahaja ye....khas untuk korang....






****teruslah berkhidmat untuk agama....fighting!

Wednesday, 4 May 2011

Winnie The Pooh!

"Tara!!!!! My name is Winnie the Pooh...you can call me Pooh...."




Oh my god!!! It so cute!!!! Aku tak tahu kenapa aku boleh minat gila-gila kat menatang sekor ni....maybe sebab dia gemokkkkk kot...sedap peluk woo~~~ tak pun sebab baju dia warna merah... favourite colour aku kan merah....tak pun sebab dia tak pakai seluar....wawawawawa..... just kidding....

aku suka dia tanpa sebab beb...memang minat kat dia sejak pandang pertama dari aku sekolah menengah lagi...aku ada satu bear Pooh besar yang aku sayang sangat. Aku ada satu bantal Pooh yang segi 4 tuk alas kepala aku time tido....aku ada satu bantal peluk Pooh yang aku peluk kuat-kuat time aku tido (perlu ke bagitau satu dunia....gedik tol!) hahahaha....saja nak bagitahu yang dieorang memang peneman setia aku... disebabkan aku terlalu minat kat Pooh ni, aku dah buat research (hahaha....tak boleh bla) tentang mamat cute sekor ni....takde la mendalam sangat kan, just sekadar pengetahuan am je la....tak membantu pape pun kot......argh!! lantak la......

Pooh ni dilahirkan pada 14 Oktober 1926.....ni adalah tarikh dia diperkenalkan pada dunia...tarikh dia wujud masa 21 Ogos 1921......so suka hati korang la nak assume dia lahir bila....

Winnie the Pooh yang sangat gemokk tapi comel ni got his name from Winnipeg. Winnipeg ni adalah sekor bear yang Christopher & bapak dia, Mr. Milne jumpa kat London Zoo. Nama panggilan  ‘Pooh’  ni pulak adalah datangnya dari seekor swan yang mereka jumpa masa dalam vacation tu. So mereka pun joinkan nama Winnipeg & Pooh,  to form Winnie the Pooh yang comelnesssss!!!!!

Pooh ni ada macam-macam panggilan...dia dicipta sebagai perlambangan kepada well-being, happiness and feelings of friendship. Disebabkan kewujudan Pooh ni la kutub utara tu di discover....huhuhu (^_^).....hebat rupanya ko ni Pooh.


Malas aku nak tulis entry ni panjang-panjang....kang lagi panjang, lagi mengarut...kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal mamat sekor ni, korang leh google kat 
http://www.just-pooh.com/stories.html

tak boleh bla...nak posing macam model kan....cubit pipi tau la.

ko memang suka tunjuk perot ko yang buncit tu kan...malu la!
si pemalas yang sangat comel....

tengok la tu muka dia.... boleh kau tak geram tengok dia cam tu?
siryes ko paling comel pada mata aku.......
kau lambang kasih sayang....friendship...

***bye!!! thanks 4 reading....jom kita like Pooh ramai-ramai...

Tuesday, 3 May 2011

Bangun exam lewat....."cam ne nak buat ni?!!!"

"OoooeeMmGiiieeeee!!! cam ne ni? aku dah terlambat nak g exam!!!" (terjerit macam beruk sebab cuak gila)
ha.....amek ko.....baru ko tahu kan langit tu tinggi ke rendah bila ko terbangun lewat time exam. nak-nak lak kalau time tu exam final, yang carry mark korang pun cam hampeh je kan.... pe korang patut buat kalau korang kene cam tu??? wawawawawa........aku nak gelakkan korang dulu.


rilex bro....tak payah ko nak nangis-nangis bagai....ko g pusat kesihatan universiti korang @ klinik-klinik berhampiran, g mintak MC....hahahahahaha....setel keje....then time tu gak korang dengan berani & 'gentleman'nya (even korang tu ladies) g jumpa lecturer dengan muka berpenyakit korang tu, g serahkan surat MC yang original ke lecturer kesayangan korang........insyaallah setel keje....then nanti lecturer tu akan mintak no.fon sebab mudah untuk dia contact korang tuk buat exam tu.....


chill beb.....tak payah korang nak risau-risau kalau korang terbangun lewat time exam..gopoh-gapah, kelam-kabut time tu gak nak g dewan, padahal korang dah lewat 1 jam..daripada korang jawab exam dengan hati yang tak tenang, kena bebel-bebel dengan lecturer, malu dengan member-member seangkatan, better korang g jumpa doktor, mintak MC......don't worry....korang still boleh amik exam tu...lecturer kat malaysia ni kan berhati mulia....insyaallah...mereka bantu...... tapi after this korang jangan la sengaja bangun lewat @ sengaja amek MC kat klinik semata-mata nak postpone exam...memang mintak penyepak ar kan...... aku cadangkan benda ni in case terjadi hal-hal yang tak diingini eg. korang bangun lewat sebab stay up kan....muahahahahaha.....







***aku share benda ni sebab baru terjadi pada sorang member aku yang memang dah cuak gaban bila dia bangun lewat exam final.......aku gelakkan dia guling-guling....jahat tak???