Saturday, 7 May 2011

khas buat kaum adam...

Kita selalu dengar lagu kat radio, televisyen, youtube, or yang sewaktu dengan benda alah tu semua mendendangkan lagu yang memuji wanita. korang tak kesian ke kat para lelaki? Dieorang sebenarnya banyak menabur jasa dalam hidup para ladies tau.... kenapa para pencipta lagu kurang nak mencipta lagu untuk para lelaki ye? kalau nak kata penyanyi perempuan tak ramai, memang tak logik...Setahu aku ramai penyanyi perempuan kat dalam dunia ni yang boleh menyanyi lagu dan didedikasikan tuk para lelaki...or maybe alasan yang paling logik sebenarnya para penulis lirik lagu adalah majoritinya terdiri daripada kalangan kaum adam. Tapi still ada penulis lirik perempuan kan yang boleh tulis lirik untuk para lelaki bagi menghargai mereka....or maybe perempuan-perempuan dalam dunia ni tak sejiwang para lelaki..hukhukhuk...terasa lak aku..kesian korang wahai kaum adam..

aku pun google punya google kat youtube tiba-tiba aku terjumpa satu lagu yang aku dedikasikan khas untuk para lelaki yang kenal aku secara dekat mahupun jauh....secara terselindung mahupun nyata... yang hensem mahupun tak hensem (korang tetap macho, aku tahu tu)....tapi yang nyata untuk para lelaki muslimin sahaja ye....khas untuk korang....






****teruslah berkhidmat untuk agama....fighting!

No comments: