Friday, 23 December 2011

~mulut manusia

mengaku atau tidak, mulut lelaki sekarang adalah lebih bisa (a.k.a jahat) daripada mulut perempuan. Majoriti la not all. kadang-kadang terfikir. Diaorang ni tak ada kepala otak ke? main lepas je apa yang diaorang nak cakap. kalau ikutkan aku punya jahat lak nanti, sampai menangis air mata darah kau dengar aku balas balik apa yang kau cakap tu. 
Mulut terlalu busuk a.k.a longkang ni tak semua orang ada. Dulu ianya terkenal dikalangan makcik-makcik kampung yang suka duduk mengumpat orang time petang-petang. tapi sekarang mulut longkang tu dah semakin menular dikalangan masyarakat kita terutamanya lelaki. Adakah mereka-mereka ini dilahirkan daripada susur galur keturunan makcik-makcik kampung yang kuat mengumpat tu? ye la....penyakit keturunan kan...mana boleh nak buang.
untuk semua manusia, stop la kutuk-kutuk orang, stop la berfikiran negatif kat orang lain. ingat, kita ni sendiri tak cukup amal baik lagi. confirm ke kau masuk syurga yang kau berani nak main kutuk-kutuk orang lain? entah-entah nabi sendiri tak mengaku kau umat dia sebab perangai buruk kau ni. malu la wei...

p/s: entry ni memang ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, noktah

Wednesday, 21 December 2011

perempuan memang suka benda comel. thats the fact!

hello peps....
aku baru je lepas terbaca blog sorang senior lelaki yang gagah perkasa, berani macam singa... hihihihi
entry tersebut berkenaan dengan gadis-gadis remaja zaman sekarang yang suka cakap benda-benda pelik tu comel. mungkin pada pandangan lelaki benda tu macam perkara bodoh tapi kaum wanita akan said benda tu comel. contohnya:

situasi 1 : seorang player bola kena hard tackle yang bahaya di padang. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 2 : seorang lelaki hot membelai kucing yang hodoh. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 3 : seorang player rugbi upload gambar mereka mengacau dodol. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 4 : seekor sugar-glider malu-malu untuk berak apabila diperhatikan. respon mereka "eiy, comelll...nyer"

situasi 5 : seorang yang bangang membelikan kotex untuk aweknya yang tidak cacat anggota. respon mereka "eiy, comelll...nyer"


(petikan yang aku copy paste bulat-bulat dari SINI)


hmm.... ni jawapan dari aku as perempuan even aku rasa aku tak cukup matang lagi.

situasi 1. if aku yang berada kat situasi tu, aku as penonton tak kan cakap benda tu comel. Tak sesuai kot nak aspect that is comel bila situation time tu membahayakan orang lain.. & aku rasa 1 daripada 1000 je perempuan yang akan kuarkan perkataan comel dari mulut die time tu. pada aku situasi yang ko bagi ni situasi bodoh.wrong...tettt!!!

situasi 2. yang ni aku mengaku yang ramai jugak perempuan akan kuarkan perkataan "eiy, comelll....nyer" for that guy.. why? sebab sepanjang pemerhatian aku, lelaki-lelaki kat sekeliling aku tak pernah langsung menunjukkan kasih sayang diaorang terhadap kucing. diaorang main tendang-tendang, baling-baling... ha? baling? yess! baling. Aku pernah nampak depan mata kepala aku sendiri diaorang baling kucing tu. maybe sekadar nak bergurau sebab bila aku tanya, mamat tu jawab, "saja...tak nak bagi dia mengada sangat". mengada? kucing pun tahu mengada ke? aku tak pernah jumpa pulak. setahu aku kucing manja, not mengada. so when ladies ternampak, or terjumpa or tertengok lelaki sebegini, for sure la hati dia tertarik. nampak macam lelaki tu sangat pengasih dan penyayang. ye la....dengan haiwan pun dia layan baik, ni kan pulak dengan kita kan... insyaallah... tapi girlfren, bear in your mind. tak semua lelaki yang ganas dengan binatang tu jahat,k and tak semua lelaki yang baik dengan binatang tu baik... ingat! lelaki sangat banyak tricks untuk buat perempuan tertarik dengan dia. aku pegang phrase ni, "SEPANDAI-PANDAI PEREMPUAN, SEBODOH-BODOH LELAKI". mungkin sukar untuk difahami. sapa yang faham, korang insan paling genius dalam dunia.

situasi 3. player rugbi kacau dodol dianggap comel ke? pada aku situasi ni ada betul dan ada jugak yang salah. sebabnya mungkin dia kacau dodol sebab tolong mak bapak dia. kan sweet tu. bukan semua lelaki sekarang rajin nak tolong mak bapak ok. kacau dodol lak tu... kalau kau tolong menyapu rumah lagi comel...hahaha

situasi 4. sugar-glider malu. apabila sekor binatang yang tak ada kepala hotak buat perangai macam manusia, tahu malu bila dia nak berak tapi ada orang tengok. thats cute you know... daripada manusia yang tak tahu malu kan even ada kepala hotak dan akal. (nada menganjing a.k.a perli)

situasi 5. aku pelik kenapa kau cakap lelaki tu bangang bila belikan kotex untuk awek dia. nice la tu... Dia membantu apa yang dia rasa dia boleh bantu... lagi bangang bila lelaki yang kapel dengan perempuan yang nampak macam minah rempit dengan pakaian serabut dan selekeh... nampak busuk dan tak matang.

lastly, nothing!
(mood: aku tergelak sambil menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. comel kan?huh!)

Tuesday, 20 December 2011

~Dia

My dad...
Dia pergi lagi... 
Sekali lagi dia tinggalkan kami sekeluarga...
Sampai hati ayah!
Jujur, kami tak rela...
Tapi kami tetap lepaskan juga...
Itu amanah ayah yang harus ayah pikul & kerjakan...
He is going to be jurulatih PLKN sekali lagi.
Kat temerloh, Pahang.
Pada peserta PLKN kat Temerloh kemasukan Januari ni, korang tengok-tengok kan lah ayah aku ye...
(Bajet ada orang nak baca blog ko la)
Ayah aku bakal jadi jurulatih korang tau...
Dia garang!
Sikit pun kau tak boleh buat salah depan dia.
(hahahaha...tak ada motif)
Lantak la...

Buat my dad...
I'm gonna miss you again...
Miss you damn much!
Let me borrow your new baby Alza untuk berjimba-jimba nanti ya...
hehe...
nak try je...
nak jugak!
nak!
kalau tak leh, Nurul tak mo buatkan ayah akaun Facebook... hahahaha!!! 
macam sengal je aku ni merapu sorang-sorang...
Miss you my dad! Lab you!

1 MALAYSIA!!!

Friday, 16 December 2011

LET WE GAIN CALCIUM!!!

Wah...macam buat iklan susu lembu.

Tiba-tiba hari ni terbuka pintu hati untuk buat entry kesihatan lagi seperti mana entry-entry yang telah lama berlalu begitu saja umpama bayu lembut yang membuai pipi... pipi? tak ada kene mengena...

Kalsium atau calcium...  
Bila sebut pasal Kalsium, perkara pertama sekali yang terlintas dalam fikiran dan akal waras kita pastinya susu... thats the simple source yang paling mudah untuk dapatkan kalsium. 
yaww... susu? I really hate milk... Since my primary school till the last day i'm studying at school, I had forced by my mom to drink a glass of milk during breakfast... everyday, you know....huh! I really hate it... you know why? After 10 to 15 minutes, my stomach will feel so badly hurt... like wanna be BE*AK..feel like wanna to throw away all sorts of feces that situated on my lovely colon.. hate it!  Mana tak bencinya. Penat gosok baju sekolah bagi licin. Tiba-tiba terasa nak membuang lak... tak kan ke komot balik baju tu nanti. menyampah... tapi kalau tak minum takut mak aku marah. sigh...

Then, time aku study kat matrik, aku telah membuang 100% susu daripada hidup aku. Almaklumlah...dah tak duduk dengan mak..Boleh la buat kepala sendiri. Kononnya la kan... Tapi masa tu terlalu banyak iklan kat Tv berkenaan dengan susu.. Anlene la... Anmum la.. Anmum??? whatever... tapi aku still buat tak tahu je...
Ditakdirkan Tuhan, aku terkena sakit gigi...you know toothache? oh my God! Tuhan saja yang tahu azab aku time tu. Sampai bengkak-bengkak pipi kau tau.... Then terus teringat mak aku pesan. Minum susu banyak-banyak... sebab tu je sumber kalsium yang untuk gigi and tulang kau. Konon-konon mak feel like a doktor la tu kan.. Perasan je mak aku. 
Tapi apa yang mak aku cakap tu betul wei.... Aku tak berani jumpa doktor gigi... Siryesly... then aku pun buat la treatment on my own semata-mata untuk hilangkan sakit gigi tu..

1. Setiap kali selepas makan, aku akan gosok gigi. Lebihkan menggosok kat tempat sakit tu. 
2. Rajinkan diri untuk kumur Listerine. Cool beb rasa Listerine tu... kesakitan mengajar erti kehidupan.. ahakss..
3. Kalau aku rajin, aku kumur jugak dengan air garam.. Tapi yang ni macam tak berkesan sangat kat aku. Mungkin rawatan tradisional tak sesuai untuk tubuh badan aku. ahha... statement biol...
4. Bila kumur dengan air garam tak berkesan, aku pun letak je secubit garam kat gigi yang sakit tu... Siryess marvellous feeling die. 

Pada suatu pagi yang hening, aku bangun je dari tidur, aku dah tak rasa sakit gigi lagi... adakah eksperiment yang aku buat ke atas diri aku tu berjaya ataupun bakteria tu dah muak nak duduk kat gigi aku... aku pun tak tahu la... yang penting, gigi aku dah sembuh!!!

Now, I had change! 

Everyday in my life, I will make sure that I had take at least 2 glasses of milk. 1 glass during breakfast and another glass before I'm going to sleep and meet up with Mr. Dream boom boom... If aku malas nak masak air panas, aku just beli je air kotak susu Dutch Lady Full Cream... Aku tak suka minum yang low fat sebab aku nak tambah lemak dalam badanku yang kurang lemak ni...

Kenapa aku berubah? Sebab aku dah realise tentang kebaikannya kalsium untuk tubuh badan kita. Banyak...sangat banyak fungsi kalsium ni sebenarnya tapi aku malas nak tulis banyak-banyak. aku nak kongsi 5 jer...

1. Kalsium sangat berguna untuk pembentukan tulang dan gigi. even kanak-kanak pun tahu. Sapa nak tinggi, makanlah makanan yang mengandungi sumber kalsium yang mantap.
2. Kalsium dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berbahaya seperti strok, diabetes, osteoporosis, tekanan darah rendah @ tinggi.
3. If anda terluka, kalsium lah yang akan membantu dalam menyembuhkan luka. kalsium akan bekerjasama dengan platelet untuk membekukan darah dari terus mengalir dan menghentikan luka. if not, kuman akan berinteraksi dengan luka tersebut... (berinteraksi katanya)
4. Kalsium juga memainkan peranan penting terhadap pergerakan otot dalam badan kita sebabnya kalsium terlibat dalam pembentukan tenaga yang digunakan oleh otot untuk menggerakkan badan kita ni. if not, badan kita hanya mampu bergerak secara longlai.... (boleh la jugak kan as long as kau penari)
5. Untuk dapatkan kulit yang sihat, banyakkan pengambilan kalsium terutamanya mereka yang mengalami kulit kering, pecah-pecah....

Some people did not really like milk sepertimana aku dulu di zaman kegelapan... They may feel queasiness... i don't know why. But for me, the feeling of being queasiness is come from your mind set actually. Drink milk is such a  cool hobby, you know...yeah... cool!

Selain daripada susu, banyak lagi sumber kalsium yang boleh kita peroleh sebab confirm ramai yang tak suka minum susu... Antara sumber-sumber kalsium yang cute adalah:

1. Ulam atau dalam bahasa omputihnya Malay salad. Kurangkan makan spinach or bayam sebab ianya mengandungi oxalate, so it can prevent the calcium absorption dalam badan. 
2. Buah betik ataupun papaya.
3. Segala macam jenis kekacang or we called nuts and beans.
4. Keju or cheese. yang ni pun salah satu favourite aku. tapi kat malaysia macam tak banyak pilihan cheese.. mungkin sebab bukan makanan ruji kita..
5. Yogurt pun nice gak... Lebih elok yogurt yang asli la... Pure Yogurt consist a lot of beneficial value. Next-next entry nanti aku cita pasal kebaikan Pure Yougurt.
6. Dedahkan diri pada matahari pagi sebab morning sunlight mengeluarkan Vitamin D. Fyi, the absorption of calcium is good when there is enough Vitamin D in our body.  

Aku student Biology. Aku sangat suka kongsi tips-tips kesihatan yang aku tahu... Manusia sekarang terlalu menjaga luaran sedangkan dalaman mereka terlepas pandang. We need to take care of our body systems, organs, tissues and all cells in it. They are much more important dari pandangan luaran yang kita nampak ni. If sihat dalaman, automatically luaran juga akan nampak sihat. Jagalah kesihatan tubuh badan kita.

***p/s: tengah buat assignment berkenaan algae... you know algae? Lumut yang ada kat longkang-longkang, tepi parit, dalam toilet... Terlalu banyak benefits algae dalam kehidupan kita. Nampak algae macam kotor tapi kebaikannya juga tetap a lot! (amek ko english berkecamuk) 



Wednesday, 14 December 2011

~bila tiba masa kita...

Ramai insan terdekat yang membesar bersama kita, pernah main-main tanah dengan kita, main lumba-lumba basikal, panjat-panjat pokok petik buah ceri, main galah gempur sama-sama, main nyorok-nyorok sampai terhantuk telah membesar kerana peredaran waktu dan zaman. Ramai yang telah menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan insan tersayang... Perubahan-perubahan sepeti ini jugalah yang membuatkan kita sedar bahawa setiap detik dan saat umur kita semakin meningkat. Next year umur aku telah mencapai 22 tahun. Aku yakin pada tahun2012 yang tak lama lagi akan melabuhkan tirainya, bakal menonjolkan beberapa insan istimewa dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka. Aku bila lagi? Kita pulak bila lagi? Bila pula seru kita sampai? Entahlah..mak aku selalu ingatkan pada aku, masa mak dulu, umur mak 22 tahun, mak dah ada anak yang berumur 2 tahun. hambik ko....umur macam aku ni dah ada anak sebesar 2 tahun... aku??? aku masih tak bersedia & tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. tapi kalau tiba-tiba Allah takdirkan telah sampai seru untuk aku berumah tangga, adakah aku telah bersiap sedia seperti mana kawan-kawan aku yang lain?




ketiga-tiga pic di atas aku songlap daripada engagement coursemate aku yang sangat baik dan owesome. kak Bella... tahniah kak atas pertunangan kamu bersama Adi. Kamu sangat cantik pada masa ni dan zati yakin kamu pasti sangat-sangat cantik time kamu bernikah nanti... untungnya Adi... tahniah! 

Saturday, 3 December 2011

get well soon, mom! i love u

sedih... bru dpt mesej dari adik yang my mom muntah-muntah because of gastrics... 
god... Please help her to get well soon... please...please...please... i love her damn much! seriously... don't be sick more & more... Nurul & adik masih perlukan mak...even ayah pun tak boleh hidup kalau mak tak ada..sob sob sob

rindu nak tengok mak senyum semula...


***adoi...penat dah nangis ni... kesian mak aku...
      peps, tolonglah doakan semoga mak aku cepat sembuh...

AKU BUKAN WANITA SEBENAR

Tajuk entry tak leh bla.... actually entry ni berkenaan dengan movie Ombak Rindu yang bukan main sibuk dan hebat lagi diperkatakan di arena hiburan... wah...ayat kemain... tapi.... aku pelik...kenapa aku macam tak excited langsung nak tengok movie tu sedangkan pelakon-pelakonnya aku minat... (eh, minat ke?? boleh tahan minat la jugak kan...kecik hati kak Lisa Surihani nanti) Adakah aku tidak cukup sifat keperempuanan? my girlpren semuanya kemain lagi excited nak tengok movie tu... tapi aku? kenapakah? adakah hormon kewanitaan aku dah berkurangan... oh tidak...statement bunuh diri tu...
apa pun aku sangat tersentuh tengok video klip OST Ombak Rindu.. sedih lagu tu bila kita hayati...liriknya menyentuh hati dan jantung...sampaikan jantungku hampir berlubang kerana itu lagu. apakah???




***weh...nangis pulak ha.... giler sensitip.... ok bai