Wednesday, 14 December 2011

~bila tiba masa kita...

Ramai insan terdekat yang membesar bersama kita, pernah main-main tanah dengan kita, main lumba-lumba basikal, panjat-panjat pokok petik buah ceri, main galah gempur sama-sama, main nyorok-nyorok sampai terhantuk telah membesar kerana peredaran waktu dan zaman. Ramai yang telah menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan insan tersayang... Perubahan-perubahan sepeti ini jugalah yang membuatkan kita sedar bahawa setiap detik dan saat umur kita semakin meningkat. Next year umur aku telah mencapai 22 tahun. Aku yakin pada tahun2012 yang tak lama lagi akan melabuhkan tirainya, bakal menonjolkan beberapa insan istimewa dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka. Aku bila lagi? Kita pulak bila lagi? Bila pula seru kita sampai? Entahlah..mak aku selalu ingatkan pada aku, masa mak dulu, umur mak 22 tahun, mak dah ada anak yang berumur 2 tahun. hambik ko....umur macam aku ni dah ada anak sebesar 2 tahun... aku??? aku masih tak bersedia & tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. tapi kalau tiba-tiba Allah takdirkan telah sampai seru untuk aku berumah tangga, adakah aku telah bersiap sedia seperti mana kawan-kawan aku yang lain?




ketiga-tiga pic di atas aku songlap daripada engagement coursemate aku yang sangat baik dan owesome. kak Bella... tahniah kak atas pertunangan kamu bersama Adi. Kamu sangat cantik pada masa ni dan zati yakin kamu pasti sangat-sangat cantik time kamu bernikah nanti... untungnya Adi... tahniah! 

No comments: