Friday, 7 December 2012

Love never fail~


Assalamualaikum dan Salam harmoni.. wah!

Berkurun wei biarkan blog ini kesepian sampai berhabuk tepu. Ehem! Tajuk dah jiwang so kene tulis dan baca dengan mood jiwang jugak ni... hehe.. desperate sangat uollsss!



Wahai manusia! Yes, I'm talking to the human being yang merupakan seorang homosapien... Hanya homosapien je yang memahami apa homosapien lain cakap.

Manusia ni memang. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, kalau dah sayang, sanggup buat apa saja pada orang yang dicintai tu walaupun 'tersiksa' dengan perangai kekasih hati.

Cop! Bukan semua manusia. Just manusia yang berhati batu dan berjiwa binatang mempunyai perangai cenggini. Dia tak sayang pada diri sendiri. Dia tak sedar yang dia sedang menzalimi diri sendiri. Dia sepatutnya bijak dalam memenuhi soal hati bukan mengikut kehendak hati.

Kau! Yes kau! Lupakanlah si dia yang sudah tersimpang jauh hatinya pada kau. Dia dah tak nak kau. Dia dah tak ingin kau. Dalam hatinya tak ada langsung cinta walaupun sisa untuk kau. Tolonglah sedar wahai kawan. Sedarlah! Banyak cinta lain yang lebih layak untuk kau. Stop mengharap cinta dia! Dia tak layak untuk kau dan kau pun tak layak untuk dia. Biarlah dia berbahagia dengan dunianya yang baru, TANPA KAU. Let him free from you. Sebab dia berhak dapatkan kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Sedarlah yang kebahagiaan dia bukan Allah titipkan melalui kau. Dan sepatutnya kau tahu bahawa kau masih kejar dirinya bukanlah kerana cinta tetapi kerana nafsu yang menguasai cinta. Lepaskanlah dia walau berat hati kau melangkah meninggalkannya. Janganlah kita sia-siakan masa dan hidup kita dengan pasangan yg tak sepatutnya.

Peace ^__^

Wednesday, 14 November 2012

Why?

Assalamualaikum readers...

Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan aku sedang menghapdet belog aku yang aku rasa agak membosankan sejak belakangan ini. Damn! Jangan berani kutuk blog aku... hahaha.. 

Salah satu sifat buruk aku yang aku admit adalah senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. 
EASY TO FORGIVE BUT IT'S HARD TO FORGET. 
Siapa yang punyai masalah sama dengan aku, sila blah! hahaha *evil laugh*. Kadang-kadang aku terfikir. Adakah aku punyai penyakt hati sampai sukar untuk melupakan kesalahan orang kat aku, walhal aku dah pun memaafkan dia. Kenapa? Adakah ini dinamakan dendam? Oh no! Oh, yes la tu Zati Mohd oiii... Itu maknanya hati kau tu tak bersih! Tak suci! 

Sometimes, I feel serik for having any business with homosapien yang pernah buat salah kat aku. Lama aku ragu tentang perkara ni sampailah aku terbaca satu blog yang memukau hati aku. Thanks sis kerana menyedarkan aku dan membuatkan aku rasa tenang dengan diri sendiri dan takdir Allah. Baru aku sedar kenapa sangat sukar untuk melupakan sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Memang susah sebanarnya nak lupakan perkara yang very hurtful ni. One of the reason is because Allah nak kita belajar sesuatu daripada perkara tersebut. Dan aku yakin perkara tersebut mampu membuatkan kita bertambah kuat untuk hari-hari mendatang. Kalau Allah nak bagi kemanisan dalam hidup ni, Dia boleh bagi melalui banyak cara. Mungkin kemanisan yang Dia nak bagi tu melalui kepahitan yang kita pernah jalani. Kan? Setuju tak? *Kekening*

So, for the time being, aku dah belajar untuk lupakan semua kesalahan orang terhadap aku. Memaafkan tu memang confirmlah kan walaupun aku tahu kau duk kutuk & jaja cerita buruk tentang aku. But, it's ok. Aku maafkan kau. Dan aku dah pun melupakan dosa kau tu... Aku pun mintak maaf dengan seikhlas hati aku kepada semua umat manusia dalam dunia ini. Mana lah tau kot-kot esok aku dah tak bernyawa lagi... Ingatlah, setiap hari umur kita makin singkat dan masa kita untuk ke alam satu lagi makin dekat. Salam.


Wednesday, 7 November 2012

Tasik Putrajaya

Assalammualaikum... 

Siang tadi seawal 8 pagi kami, student biologi yang ambil elektif Limnologi Gunaan (Applied Limnology) telah menjejakkan kaki kami ke Putrajaya yang indah permai. Tujuannya untuk ambil sampel air tasik Putrajaya. 

Pertama tasik putrajaya yang dekat dengan Masjid Putrajaya tu. Kedua tasik yang berhampiran dengan tempat peninjau dan kawasan polis marin, dan yang ketiga tasik dalam Taman Botani. 

Ehem...aku bukanlah si pemikir yang bijak, bukanlah juga si pemuitis yang budiman. Aku sekadar memberi pandangan tentang alam sekeliling. Pada aku, tempat pelancongan macam putrajaya tu harus memiliki tasik yang berkualiti. Perbezaan antara ketiga-tiga tasik tu tak la ketara sangat. Tasik pertama dan kedua berwarna hijau manakala tasik ketiga berwarna coklat! Fikirla ketara ke idak perbezaannya? Yang berwarna coklat tu bila diselidiki dan diperhati, tak ada parit disekelilingnya. That means sekiranya hujan, air dari daratan mengalir masuk ke dalam tasik. Bukan takat air hujan, air siraman pokok dan air-air seumpama dengannya juga mengalir terus ke dalam tasik. So tasik tu dicerobohi oleh tanah sehingga mencemarkan warnanya. Bila tercemar warna, maka tercemar jugaklah pemandangan yang diharapkan indah. Jadi solution paling mudah adalah dengan membuat parit dan longkang di sekitarnya. 

TASIK 1

TASIK 2

TASIK 3.. Can you see that??? The teh tarik yummy...hahaha

Tolonglah selamatkan Putrajaya wahai pemimpin-pemimpin yang berhati mulia. Di Selangor dan KL tak ada laut dan pantai yang indah macam Melaka dan Terengganu untuk kita menikmati keindahan air dengan seluas mata memandang. Take it as serious thing. Kalau tasik pun tak boleh dijaga dengan elok, macam mana pula dengan negara? This is general. Aku tak berpihak mana-mana kuasa. Aku sendiri tak percaya pada politik. Oh dem... jangan esok tiba-tiba aku terjoin puteri UMNO kawasan Telok Mas, Melaka. hahaha   

Tudiaaa.... geng meroyan amek gambar.
(Pipi aku nampak bambam la pulak...sadis mcm ni)

Thursday, 1 November 2012

Mad Markets!

Wah... Aku suka sangat sangat tengok rancangan Mad Markets kat tv9.. Pengacaranya si cantik manis Miss Hanis Zalikha. Tapi agak kecewa sikit bila rancangan ni hanya berlangsung sebanyak 8 episod je. Tak puas tengok Hanis Zalikha bershopping sakan sambil kongsi tips fesyen yang cool! Aku suka fesyen Hanis Zalikha sebab tak over. Kalau tengok dia mix and matchkan pakaian dia, sangat comel. Warna tak over and nampak simple, sesuai untuk semua gadis diluar sana! hehe...

Sepanjang aku tengok Mad Markets ni, instinct aku untuk jadi perempuan sejati membuak-buak. Tak pernah umur aku minat pakai gelang, bila tengok Mad Markets ni tiba-tiba aku tersuka kat gelang tangan. Disebabkan Mad Markets ni la aku simpan mission untuk beli itu dan ini. Dan aku akan pastikan mission aku tercapai. Berusaha untuk cari duit, Zati Mohd! Ada siapa-siapa nak offer aku kerja part time during weekend? hehehe... Offer la, offer la... plishhh~ Komited sangat nak cari duit ni untuk accomplishkan mission aku yang menggunung.. Help me...




Saturday, 20 October 2012

Tengok-tengok, pandang-pandang...

Misi hari ini untuk menjadi peneman kak fizah beli baju raya tidak kesampaian. Sebaliknya aku yang bershopping sakan tak hingat dunia umpama anak orang kaya... Damn! Even barang-barang yang aku beli ni memang dalam pencarian tapi aku tak aspect la nak beli dalam masa terdekat ni... Nafsu... nafsu... Ampunkan aku ya Allah kerana tak mampu melawan nafsu brshopping ni... Ada tips x supaya nafsu bershopping ni kurang? Nampak baju tu cantik, aku nak... Nampak kasut tu comel, aku nak... Nampak beg tu menarik, aku nak... Damn la kau ni nafsu! Duit aku kat bank tu dah semakin susut kau tahu? Ada sape2 nak offer kerja partime hari sabtu ahad x?? hehehehehehehehe....


Nampak tak, nampak x??? Entah hape-hape barang yang aku beli, kan? Wet wipes(RM5), t-shirt(RM20), beg(RM30) and blinkers(RM4)!!! hehehe... Oleh kerana aku terasa perbelanjaan aku dah kian merosot, aku mengharapkan dana dari masyarakat sekeliling untuk menderma kepada aku, insan yang hina ini... Sila lah sponsor mana-mana yang patut... Please... Ha???X de? Sob3...Okbai~

Tuesday, 16 October 2012

Hadiah kesabaran

Hujan... wow! sejuknya cuaca diwaktu ni. Betul-betul mengundang tidur. hehe.. ptg2 tak elok tidur la.. mewarisi kegilaan nanti. *ckup dgn intro yg pendek*

Setelah seminggu penuh dengan ketensionan dengan masalah yang pelbagai, Allah permudahkan aku lalui segalanya. Segala kesakitan dan ujian aku hadapi dengan penuh sabar dan hasilnya Allah gantikan dengan kegembiraan yang tak terhingga. Tahniah buat band K5, The Pick setelah mendapat naib johan dalam pertandingan rentak putra kat UPM. 4 tahun aku mengharapkan kejayaan ini. Tahniah korang!!!


Yeah! Gembira untuk korang. Hope dimasa-masa akan datang korang mempertahankan kemenangan ini. 

Dalam masa yang sama, saya dapat kawan baru yang comel dan baik!

Si dia yang comel bertudung merah adalah kawan baru saya... :)
Hopefully ukhwah yang terjalin antara kita makin utuh walaupun nanti akan ada badai yang melanda sebagai ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang Dia sayang. Ujian tu kan tanda sayang Allah... :)
  

Sunday, 7 October 2012

Hati biar besar

Entry ini dibuat dalam keadaan mataku sedang mengantuk. Tetapi kerana proposal FYP aku terpaksa gagahkan diri untuk stay up. Tambahan lagi selasa ni aku ada test untuk Limnologi Gunaan. Apa tu Limnologi Gunaan? Korang google lah sendiri. Aku kedekut ilmu sekarang.ihikss :)

Aku dah tukar heading! Hehehe... Kemain fokus kat blah mata. Yela mata tak cantik so kena la fokus kan supaya nampak kewujudan mata itewww... Tajuk entry Hati biar besar banyak kene mengenanya dengan aku yang berhati besar. Tengoklah gambar-gambar dalam blog aku ni, semuanya aku biarkan terpampang besar supaya kurang orang yang rabun kat dalam dunia ni...hahaha tak ada kene mengena. 

Dah la...nak sambung study... Aim aku sem ni nak dapatkan 3.5 & ke atas walaupun kurang keyakinan diri sebab ada bahasa Perancis. Aku belajar bahasa Perancis sekarang so pasni boleh maki orang dalam bahasa Perancis... Kau ade??? hahaha... Adios..

Kalau nak berjimba-jimba, sila pm aku. Aku free anytime.

Saturday, 22 September 2012

Kau Ketua!!!

Sekarang kau kat atas... kau lah ketua.. kau disanjung-sanjung tinggi sampai ke bintang walaupun berat kau hampir mencecah ratusan paun.(konon ringan la tu boleh dihayun-hayun sampai ke bintang kan)
Cop! Kau dilambung-lambung sampai ke bintang tu, kau fikir semua orang ikhlas ke dalam melambung kau? Kau tak terfikir ke ramai antara insan yang melambung kau tu bakal membunuh kau dalam senyap tanpa kau sedari? Bila ada insan lain yang cuba menasihati kau, kau sombong! Sikit pun nasihat dia kau tak ambil endah... Kau siapa di sisi Allah wei sampai kau langsung x boleh terima pendapat insan lain yang niatnya baik untuk memperbetulkan kau? Terkadang aku malu mengaku engkau sebagai manusia kelahiran yang senegeri dengan aku, sebaya dengan aku, sama menuntut ilmu dengan aku. Aku malu bila orang yang sama naik dengan aku dulu jadi lupa diri, lupa daratan dek kerana gilakan jawatan. Weh, kau sedar tak yang jawatan yang kau sandang sekarang ni mengundang kau untuk terjerumus ke dalam neraka terlebih dahulu berbanding anak-anak buah kau? Kau ketua!!! Kau ketua!!! Kau ketua!!! Jadi kau lah dulu masuk neraka!

Tuesday, 14 August 2012

Buatmu~


Dalam DIAM aku harus terus MENDOAKANMU...
Moga baik-baik saja...
Semoga Allah sampaikan isi hati ini dan lewat doa yang KHAS kutitipkan buatmu...
Dengan caraNya yang TERINDAH..
Sungguh aku MERINDUIMU kerana Allah...
Maka eratkanlah PERTAUTAN ini Ya Allah..

Tuesday, 31 July 2012

resepi puding jagung

Salam Ramadhan. Hari ni merupakan hari buang tebiat aku bila aku mengupdate resepi. Kau tak tahu masak tapi update pasal masak memasak? Ape kau pikir ni tempat main masak-masak or pondok-pondok ke? 

Hoi! Jangan pandang aku sebelah mata tau! Nah, tengok ni...


Sedap kan? Indah kabar beserta rupa tau. Aku belajar dari kakak-kakak lab yang awesome! Sumpah senang nak mati buat puding ni...
  1. Sebungkus tepung kastad.
  2. 1 tin jagung.
  3. 2 biji kelapa.
  4. 4 senduk gula pasir.
Kiteorang buat puding ni guna periuk nasi je sebab keperluan harian tidak mencukupi... Anak-anak pelarian la katakan.
Masukkan sebungkus tepung kastad, digaul dengan 1 tin jagung. Then masukkan 7 tin santan (daripada 2 biji kelapa tadi) ke dalam campuran tepung kastad dan jagung tadi. Kemudian masukkan 4 senduk gula halus. Gaul sampai berkilat tau! Akhir sekali bolehlah masukkan cecair kuning tersebut ke dalam bekas dan simpanlah di dalam peti ais untuk disejukkan. Tapi kalau nak biarkan dia keras sendiri tanpa bantuan peti ais pun boleh. Bila semuanya dah bersatu maka kita bolehlah makan! Nyamnyam...


Selamat mencuba si puding jagung yang simple awesome!

Sunday, 29 July 2012

Doa buat sahabat~

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Aku rindu dia. Insan yang jadi tempat luahan isi hati aku, yang banyak nasihat aku, yang jadi otak kedua aku bila aku memerlukan, yang teman aku time aku demam, yang gelakkan aku kalau aku menangis, jadi pendorong semangat aku.


Kau! Yes kau yang aku maksudkan, miramalek! Hallamak dah macam berteater sesi monolog la pulak... Tapi serius... Aku sedang merindui kau, sorang minah senget yang berhati sensitip. Selama aku berkawan dengan kau, sikit pun perangai kau tak buat aku meluat. Sumpah eden tak tipu.

Semoga Allah tak tarik pemberian seorang sahabat seperti kau dalam hidup aku ni, mira. Hilang kau, hilanglah sejuta kawan baik yang aku ada. Semoga kau sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan hidup kau terus diberkati olehNya. Aku doakan dari kejauhan. Tak berada di depan mata, tak beerti dalam hati pun kau tak ada.  

Monday, 23 July 2012

Nice dreaming di siang hari

Semalam kan (Ahad, 22/7/12) aku pergi tengok cerita Spider man tau kat wayang. Pada aku cerita ni better than Batman yang aku tengok hari Jumaat mlm ritu.. Mengantok kau tau. Tak banyak action langsung. Aku bajet tengok cerita superhero ni banyak la action nye tapi Batman sangat-sangat mengecewakan aku. Dah la si MBO Bukit Tinggi tu tak tutup aircond waktu customer tengok midnight. Balik kolej je aku terus kene demam panas. Kau tau x sambut 1 Ramadhan di negeri orang dalam keadaan demam panas, sorang-sorang kat dalam bilik? Macam insan terbuang betul. Last2 bangun tidur dah sampai waktu berbuka. Tak prepare ape2 pun. Berbuka la dengan air susu & air masak je. Manelah aku tak kurus! Merana sungguh hidup aku. Masyaallah... melalut sampai suku page..

Kalau ditanya, aku akan cakap cerita Spiderman is better than Batman even si cerita Spiderman yang baru ni tak banyak bezanya dengan cerita Spiderman yang lama tu. Cuma bezanya aku dapat rasakan umpama aku yang berada dalam cerita tu. huahuahua.. almaklumlah, si Peter Parker ni seorang pelajar sains, scene dia pun dalam makmal yang banyak binatang.. Sama macam aku, aku kan praktikal kat MPOB, duduk dalam makmal yang penuh binatang perosak. HOMAIGAD! Awek dia pulak anak polis. Tapi dalam hidup aku, aku lah anak polis! Si pengarah Spiderman ni dah mengadaptasi cerita hidup aku ke dalam movie dia.. hahaha!!! Stop dreaming, zati. Stop it...

Okeh, entry kali ni sekadar mainan. Mengupdate kerana terlalu tertekan dengan kerja yang banyak membelenggu diri. Sadis~ Salam 1 Malaysia. Dem!

Sunday, 17 June 2012

Sedih tanda sayang Allah~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Salam Isra' Mikraj wahai semua hamba Allah.

Kekecewaan hati yang membawa kepada menitisnya airmata sebenarnya suatu ujian dari Allah. Jujur sekarang aku memang sedang bersedih tapi still on facebook & blog. hakhakhak.. then terjumpa picture2 cute yang buat hati aku tenang. Thanks Allah! Kau always ada time aku memerlukan~




ni aku paling suka~ 

tersentuh hati.. hehe... 


aja aja fighting!

sume picture2 comel tu aku copy dari sini

Disebalik "air mata", pasti akan datang "senyuman" 
Disebalik "luka", pasti akan datang "penyembuh"
Disebalik "kesabaran", pasti datang "kebahagiaan"
Disebalik "kesulitan" pasti datang "kemudahan"
Sesungguhnya Allah Bersama Hamba-hambanya yang SABAR 
SenyumLAH walaupun dirimu disakiti ♥‿♥ 

THANKS FOR READING!

Sunday, 10 June 2012

Insan itu manusia...

Opkos insan itu manusia.. opsss sory.. Assalamualaikum and salam bahagia peps! Asyik nak membebel je sampai terlupa nak greet korang, kan? Sorry, my bad... Oh, my english! hehe...

Ada la sorang insan yang bergelar hamba Allah ni, (amboiii tak ada intro. terus masuk kepada isi penting) kemain masyukk mulut dia cakap orang lain... orang tu macam tu, orang tu macam ni... Kalau kat blog dia, ayat kemain puitis mengata orang. Pergh! Mahu membara hati kau terbakar baca post dia... Dia seolah-olah bercerita tentang kau dalam keadaan yang sangat sinis dan berbaur perli... Boleh kau tak nak menyampah dengan dia? Huh! Geram...memang geram...

Apa yang aku peliknya, dia selalu je cakap2 tentang keburukan orang tapi dia tak nampak serba sedikit keburukan yang dia umpat tu, terjadi dalam hidup dia.. Dia duk mengumpat hal orang lain, awek2 dia sendiri tak bertudung... Bila tak bertudung, means tak jalankan perintah Allah.. Dah kira jahat lah tu kan? Lebih memilukan harini profile picture dia kat facebook menonjolkan gambar dia tak tutup aurat, pakai seluar pendek yang menunjukkan lututnya yang cantik. Auww... bukan geng2 kau jenis 'ustaz2' yang bermulut celupar ke? Pelik aku diaorang tak tegur kau letak profile picture cenggitu... cakap orang lain menyanyi menari tu berdosa, ahli neraka tapi kau pakai seluar pendek, tak tutup aurat tak apa pulak kan? Sekarang ni, skandal kau yang terhangat jugak seorang penari yang free hair.. So? Kau tetap nak teruskan dengan kesejatian kau mengata hal orang lain? Ketuk kepala, tanya akal. 

Kau patut sedar. Semua orang dalam dunia ni buat salah tapi bukan dengan cara tu kau nak tauliah orang. Pada aku cara kau tak betul. Terlalu melampau sampai kau buat orang lain menyampah dengan cara kau tu. Kau cakap-cakap orang then when the time goes around, kau pulak yang buat benda tu. Eh? Macam bangang punya keje kan? Seolah-olah yang dia perli dalam ayat puitis blog dia tu adalah diri diri sendiri. 

Ingatlah... Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kau kat atas dan akan sampai masanya aku pulak kat atas! & aku akan pastikan yang aku tak kan turun.. Pergh! gerek beb! Keji sangat nak gerek-gerek. haha... Abes! 

Jangan asyik duk teropong keburukan orang lain je. Teropong jugak ke dalam diri kita. Peringatan untuk semua termasuklah diri ini~


Monday, 4 June 2012

Nakal bukan budak jahat~

Aku ni kan dulu time sekolah menengah seorang budak yang nakal tau. Berapa kali naik turun bilik guru jumpa Ustazah Mazlina aka cikgu disiplin sekolah masa tu. Kau bayangkan lah... Aku ni dah la pengawas tapi boleh pulak buat perangai setan kat sekolah. 2 kali kantoi bawak henset pergi sekolah, back up geng2 hostel 'fly' keluar asrama lepak kat umah aku, tak pakai kain dalam walhal kain dalam adalah pakaian wajib time kat sekolah aku tu dulu. Aku rasa aku budak paling jahat kat sekolah. Tapi bila fikir balik, aku bawak henset pun sekadar nak call bapak aku bagitau balik pukul bape sebab kadang2 ade kelas tambahan. Sampai kene gantung jawatan pengawas tau bila kantoi bawak henset pegi sekolah. Yang back up member2 aku fly kuar asrama tu pulak bukannya pergi berjudi ke ape ke, just lepak umah aku, study same2. Ye la...aku kan tak duduk asrama. Kalau tak pakai kain dalam tu, bukannya kain aku tu jarang. Tak de makna nak nampak kaki aku yang cantik tu. Kain sekolah kemain tebal lagi. Saja je nk suruh student panas melebau gaknya. Ada pulak sekor minah ni tukang pengampu cikgu disiplin aka barua kat sekolah, lagi la hangin geng2 nakal kat sekolah aku tu kan... Ish3... kisah lama.. Tu semua tinggal kenangan. Sikit pun aku tak menyesal buat perangai nakal time kat sekolah dulu. Kalau aku tak buat, tak ada benda yang aku nak kenang macam sekarang ni. Bila kenang balik, aku tergelak sorang2..

Muka seorang pengawas yang selalu naik turun bilik guru disiplin
"Jadi nakal adalah salah satu cara untuk menikmati nikmat hidup. Penuhkanlah nama anda di dalam buku disiplin. Sesungguhnya budak nakal sebenarnya bijak."

Tersedak2 aku baca petikan kat atas ni. Terasa macam dia sedang memperkatakan tentang aku dulu. Hahaha... Boleh tak aku nak jadi budak nakal lagi? Tapi dah masuk universiti ni macam tak ada benda yang nakal2 pulak nak buat. Sebab kita dah boleh berfikir. Rindu waktu sekolah dulu. Kelakar bila teringat seorang budak perempuan 16 tahun menipu pak cik guard untuk back up kawan dia untuk kuar sekolah. Huish... kalau la kawan tu eksiden ke, kene culik ke, sapa yang nak bertanggungjawab agaknye time tu? hahaha... Otak senteng betul. tak matang langsung... Sok paginye kawan aku tu datang sekolah dengan muka tersenyum singa turun dari kereta bapak aku. Bangga la tu dapat fly kuar asrama.hahaha...

Buat adik-adik kat luar sana, toksah lah nak buat salah laku kat sekolah. Just follow the rules. Kalau nak nakal-nakal pun, jangan terlampau nakal sangat sampai orang panggil kita budak bermasalah. At least time aku sekolah dulu even aku nakal, mak bapak aku tak pernah pun dipanggil untuk mengadap pengetua sebab salah laku aku... kahkahkah... Nakal2 pun masih ada batasnya...

Picture setelah msaf dan pulang ke pangkal jalan... Macam bekas budak Tunas Bakti pulak.

Thanks 4 reading... (^_*)


Sunday, 3 June 2012

Merah itu sinonim~

Merah itu warna kesukaan aku. Since aku dewasa ni baru aku statik minat kat satu warna je. Dulu kemain lagi minat macam-macam warna. Ikut mood dan perkembangan semasa. Tak matang langsung, kan? 
Dah 3 tahun sejak aku masuk UPM ni baru aku terminat kat merah. Kalau dulu, nak pandang merah pun jeling-jeling je... 

Haritu, bape haribulan aku tak ingat dah... geng2 bio aku ada buat gathering kat bukit ekspo UPM. Gathering ni dibuat semata-mata kerana kerinduan kami antara satu sama lain. hahaha..toksah nak rindu sangat la der. Mak ko kat melaka tu tergolek terlentang rindu kat ko jugak, ko tau x? Okeh, 2 minggu lagi aku pulang la... Sambung... Ape kene mengena tajuk entry aku dengan cerita budak bio gathering ni? Hanya gambar yang mampu untuk mengexplainkan. Aku bab elaboration ni agak lemah sikit. Matila nak interview keje nanti SOFT SKILL aku low.. adeh...

Nah, tengok gambar...

Aku tergolong dalam group merah! i like!
Kami sangat mengenang nenek moyang melayu kerana masih bermain baling selipar. 
Encik Kocek yang membaling selipar dengan mulut muncung untuk mendapatkan aura pembaling sebenar
Hahaha...aku paling suka gambar ni. Hebat kan hebat kan.. Sume orang give high expectation kepada pembalingan aku tapi akhirnya tak kene jugak. Tangan pengkau la. Mak aku tak bedung time aku masih baby yang comel. Sampai ke besar pun still comel lagi. Aku tau tu~ hahaha
Setelah berjaya membaling perlu berebut2 untuk membina balik selipar yang telah dibaling dan terburai tadi. Sangat membuang tenaga bila dah baling, nak kene susun dan bina balik. Dah ludah, jangan jilat balik la! tapi kerana itu adalah salah satu syarat2 untuk menang maka kami susun la jugak... 
Setelah menang beradu tenaga dengan group oren, maka kami berehat sebentar bersama rumput dan selipar dikaki. Sangat bersemangat pasukan tau bila waktu rehat pun masih duduk dalam group. Saya sayang group merah saya. hehe
Group biru adalah group suku akhir yang berjaya kami kalahkan dan membawa kami kepada juara baling selipar! Yeay! Group merah menang!
Cari gula-gula dalam tepung. Sukaneka sangat kan... Kiteorang tak puas bertadika dulu.
Selain tiup2 tepung, kami jugak main baling2 belon tanpa pandang belakang. Time ni aku tak dapat join. Terpaksa pulang awal sebab anak2 kat umah tak makan lagi. 
Setelah penat bermain haruslah mengambil gambar dalam keadaan tonggang tonggek
Perlu makan dengan berebut untuk mengelakkan daripada kerugian
Mengambil gambar dengan makanan adalah salah satu petua untuk kurangkan berat badan
Madihah adalah bekas Zombi Malaya yang telah insaf dan hanya makan daging ayam aje sekarang. Kami sangat mesra alam kerana mampu makan dikaki 5 berdekatan dengan tong sampah.

Gathering ni sangat best sebenarnya kalau tak dicemburui waktu. Opkos, waktu sangat jeles dengan manusia dan sengaja berlari laju disaat manusia berasa sangat gembira dalam melakukan sesuatu aktiviti sihat. Huh!
Untuk kawan-kawan bio, kite just ada setahun je lagi untuk bersama. After this, mungkin aku still ada disini untuk teruskan master tapi aku tak tahu korang yang lain macam mana. Hope masing-masing simpan memori yang indah ini dalam kepala. Yang tak indah itu buang jauh-jauh umpama kentut yang tidak diingini oleh tuannya... Udara kentut itu toksin dan sangat tidak baik untuk manusia. Ni apsal masuk bab kentut pulak ni? Mengarut juga sangat sinonim dengan Zati Mohd selain warna merah. Heh!

 Akhir kate thanks for reading tau kawan-kawan!!! -dari makcik goreng ayam guna penyepit kuih kat picture atas ni-
Pakcik2 yang berumur 50 tahun pun kalau terbaca blog saya ni, anda juga kawan2 yang umpama sebaya dengan saya. Sangat mesra alam. 
Sekian...


Friday, 25 May 2012

Cik Joyah jaga badan!

hmm... lama beno aku x hapdate belog... bukan ape.. alasan paling utama adalah tak ada idea nak tulis ape... alasan kedua sebab aku tak ade masa... twitter pun aku jarang bukak dah...yang aku rajin bukak facebook & en.google je... sory tau twitter n belog.. 
Kaki aku sakit! Sakit yang teramat sangat gara-gara kekejangan yang amat dahsyat kerana menari tak ingat dunia... Kau tahu aku menari lagu ape? Untuk pertama kalinye aku menari lagu korea... k-pop u'ollsss!!!!!!! aku pun tak sangke wei... menari sambil mengajar pulak tu.. ades~ over tau! macam aku ni gadis hot yang tak akan bagi peluang untuk orang lain jadi diva... menyampah pulak bile fikir balek... mungkin ini kali terakhir aku menari kot. Cukup-cukup lah tu... Umur makin lama makin meningkat. Aku rasa aku tak patut menari lagi sebenarnya... Tapi disebabkan atas permintaan, aku harungi jua. acecece... ayat macam dalam novel Siti Rosmizah... dangggg!
Now, tidur tak cukup... Minum air sejuk tak puas... Reject makanan pedas... adui... u know betapa sukarnya hidup bila terpaksa buat perkara yang aku tak suka... Aku suka tidur, aku suka minum air sejuk, aku suka makan makanan pedas...tapi tak dapat buat sume tu dgn aman dan makmur...sadis, kan???

Tadi ade sorang adik ayam (aku xsuka panggilan anak ayam) aku tanya, "kenapa perut kak zati tak buncit?" alamak... aku nak jawab ape? Sebab aku bukannye jenis jaga badan punya orang... Tapi untuk menutup kecelaruan yang melanda aku pun jawab la...

1. setiap hari aku wajibkan diri aku untuk minum jus buah terutamanya carrot sebab aku kan rabun so aku minum air Carrot 0 tanpa susu tu dengan harapan saiz badan aku maintain, mata aku pulih, kulit aku pun ok... tp buat masa ni aku pasan badan aku je ok... kulit tetap gitu gak... mata tu aku tak berapa nak pasti sebab hrtu bila aku cek mata, orang tu kate power mate aku dh kurang tapi aku macam tak berapa nak percaya... so mungkin berkesan la jugak kot.... hahaha
2. Walaupun aku suka air sejuk, aku kawal jugak tekak aku daripada selalu minum air sejuk. Kalau aku beli air kat tepi jalan tu, aku akan cakap yang aku tak nak ais... Kalau siang hari aku dah minum ais, malam tu wajib aku minum air suam... 
3. Minum air putih banyak-banyak supaya kita kerap buang air, toksin dalam badan pun akan tersingkir...
4. Dari segi pemakanan pulak setiap hari aku wajibkan diri aku untuk makan nasi... Kadang-kadang aku tak sempat nak makan tau so time dinner aku wajibkan diri aku untuk makan nasi.. kalau time lunch aku dah makan nasi, dinner aku akan makan makanan lain, bukan nasi... Cam tu je la kitarannya...

Aku tak rasa cara aku ni betul sebab aku tak bersukan... Tapi setiap hari aku tetapkan diri aku untuk kuarkan peluh tak kesahlah melompat-lompat dalam bilik ke, basuh baju sidai baju ke, menyanyi sampai berpeluh ke,jalan laju-laju ke, whatsoever la kan... Wajib keluar peluh! 

Sekian, jaga lah badan untuk diri sendiri~

Sunday, 6 May 2012

Gabai Bersatu!

Okeh tajuk entry macam nak buat lirik lagu.


Kau tahu apa itu memori? Apa itu kenangan?


Pada tanggal 5 Mei 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, geng-geng Majlis Tertinggi Mahasiswa K5 10/11 telah mengorak langkah ke Gabai. Untuk aku, ni la pertama kali aku ke sini sedangkan bebudak lain dah banyak kali sampai kot..Giler lambat kau ni zati.. booo....


Ok, nah tengok gambar-gambar ni... Mungkin korang akan faham apa yang dimaksudkan dengan memori dan kenangan melalui gambar. Hehe..mood: malas explain lebih-lebih.


Bergelak ketawa sambil bersantai melihat aksi ngeri kawan-kawan


wajah yang penuh ketakutan untuk membuat lagak ngeri seperti yang diwajibkan
Akhirnya lagak ngeri kami dipertontonkan


orang lain boleh senyum dan tunjuk peace dihadapan kamera tapi si perempuan betudung hitam yang berada ditangga keempat tu langsung tak pandai menutup ketakutan yang sedang mengasak jiwanya. Anak sapa la yang penakut sangat. Padahal batu terjun tu tak la tinggi mana pun.


Kerana ketakutan yang dahsyat maka perlulah memegang dan menarik baju orang hadapan dengan kuat sekali, tanpa syak lagi... Kalau boleh sampai terkoyak.


Okeh, habis adegan lagak ngeri yang tak bape nak ngeri untuk Batu Terjun Satu yang tak bape nak tinggi...
Eh, kejap... Belum habis lagi la... ni baru part Batu Terjun Satu... Belum Batu Terjun Dua lagi. Semestinya Batu Terjun Dua lebih tinggi dan menakutkan. Ketinggiannya lebih kurang 12ft. Tapi untuk orang pelik dan gagah seperti kami, ianya sekadar batu terjun biasa...miahahahaha...
Aku sampai menangis air mata darah tahu tak bila diaorang paksa gak aku buat aktiviti extreme ni. Umpama membaling nyawa yang sangat berharga ke dalam mulut buaya (wujud x simpulan bahasa ni??? hahaha)

Si ijat aka driver aku


Mr Presiden yang gagah berani dan sangat sweet


Encik KUDA aka Amir yang telah memesongkan hati aku untuk tidak turut turun melalui Batu Terjun Dua... Hampeh!


Puan Liyion aka isteri Mr. Pres


Cik thaleq yang banyak kali gak turun Batu Terjun Dua ni...
Cik p-nut yang bertahan untuk tidak menjerit


Cik mimi yang banyak kali terjun
Puan Anim yang turun Batu Terjun Dua secara terbang...


Si dayah yang dengan bangganya menunjukkan peace yang aku sendiri tak mampu buat waktu dalam ketakutan.
Encik Dusun dengan perutnya..

Miss Maizatul yang look great.... a bit la...

Puan Yna yang sedang buat latihan vokal untuk masuk teater Kolej Kelima UPM next year


Ecah kecik yang dipaksa rela untuk turun... kesian kau mek cah!


Cik Anis bear sedang bersedia membaham mangsanya yang merupakan seorang HULK!


Ehem! This is Mr. Tongga yang hensem... but sorry, he's already not available.


Abe Capri yang sedang menahan kesakitan akibat disula dari bawah... haram jadah! 
Cik Baity yang merupakan pengarah program. Program kau sangat berjaya, Bet... Tahniah!


Miss Pido... eh, salah... Encik Pido yang sememangnya sedang tido dengan nyenyaknya walaupun sedang menuruni Batu Terjun Dua yang curam dan tinggi bersama air yang sangat deras sebab malam sebelumnya hujan lebat.
Encik Hulk dengan adegan yang sangat mengerikan umpama berskating diatas ais yang empuk! (Orang lain turun kaki dulu, kau nak advance turun kepala dulu. Sape ajar kau ha, che nah?!)


Miss Cikya yang pernah merangkul anugerah Pelakon Terbaik seantero dunia. Walaupun wajahnya nampak sangat takut pada kondisi sekeliling namun tangannya masih lagi sempat untuk menunjukkan peace kepada Encik Kamera. Kan pandai berlakon tu. Miss Cikya juga pernah merangkul anugerah Model of The Year untuk Kampung Pinang Sebatang.




Seorang gadis ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan terjunkan dirinya ke dalam air melalui Batu Terjun Dua tetapi dia sangat takut kerana batu terjun ini sangat tinggi yang x nampak kesudahannya. Orang sekeliling merupakan syaitan dan malaikat yang menyuruh dan menegah beliau melakukan hal terkutuk itu.

Akhirnya si gadis terpengaruh dengan pujukan iblis dan tidak menghindarkan nasihat si malaikat. Dia terus menutup hidungnya yang penyek walaupun masih belum sampai air...
Si gadis tadi terus menerus dengan adegannya menutup hidung dengan harapan mati tak bernafas sebelum sampai air
Tapi setelah berada di pertengahan jalan, beliau realise yang langkahnya ini adalah salah disis undang-undang akhirat. Jadi dia pun cuba untuk mendarat dengan baik ke dalam air.

Akhirnya si gadis turun dengan airmata yang berlinangan di pipinya dan terjunam ke dalam air terjun yang dalamnya paras pinggang. Di bawahnya ramai peminat yang sedang menunggu untuk menyelamatkannya daripada mati lemas kerana encik air.
Aku yang kesejukan bersama cik bear yang sangat giler


Antara gadis bunian yang sempat kami jumpa di Sg. Gabai


Gigi memang aset kami!


Untuk ambek gambar paling depan sekali memang aktiviti paling menarik yang pernah aku buat.




Cerita di atas adalah adaptasi daripada blog ini sendiri. Tidak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekadar untuk hiburan semata-mata. Kalau tak terhibur gak, anda bukan manusia normal.


Sambung cerita melalui gambar. Setelah penat bermandi-manda dengan jayanya, kami pun pulang dengan hati yang gembira.

Aku bersama cik driver tak bertauliah


Antara gadis cantik yang dikecualikan untuk masuk Miss World


Kami bukan gay~


Picture ni sangat adil bila muka aku sorang je nampak. Muka drebar aku memang tak disukai oleh Encik Lens Kamera


Gadis bunian yang otw nk pegi audition jadi ustazah pilihan


Saiz kami berbeza tau!


Aku dikerumuni oleh peminat fanatik


Bersama si kakak putih dan si nenek bambam... hahahaha


Million thousands of appreciation to Mr Kimo aka our photographer yang sudi ambil gambar kami. Kau yang rakamkan moment ni untuk kami. Thanks bro. Aku cari gak picture kau tapi tak jumpa. Memang lumrah seorang photographer handalan cenggitu agaknya. Amek gambar orang lain, tapi picture sendiri tak de... betapa murninya hatimu, Kimo.. Btw, semalam kau macho sangat! Pujian ikhlas dari hati... hehehe...


Pada kawan-kawan MTM yang lain, kerana koranglah aku hepi yang tak terhingga. Aku tak pernah lupa moment kita bersama. Dengan kereta bergoyang time lagu Mr. Sexobeat, dengan dayah yang penakut time nak tido & try kacau orang lain supaya tak leh tido macam dia, dengan tido sampai berdengkur dalam pawagam time cerita Avengers, dengan supportan korang untuk aku yang penakut nak terjun Batu Terjun Dua yang tinggi, dengan masak-masak yang awesome! Pendek kate, sume yang indah lah dengan korang ni... Aku sayang korang tau... Sayang sangat! Hope ukhwah kita kekal sampai ke akhirat dan kita semua bersatu di dalam syurga... Insyaallah...


Thanks for reading... Deabak!