Friday, 6 January 2012

No Perfect Title~

Wajah molek rupa indah
Akal cerdik otak pandai
Mata celik suara merdu
Hidung hidu telinga dengar
Tangan beri tangan terima
Kaki melangkah lari laju
Paru-paru bernafas jantung berdenyut
Allah beri segalanya sempurna pada kau
Tapi...
Tapi...
Tapi...
Entah...
Dimana silapnya?
Siapa yang salahnya?
Kasihan si ibu mengandung
Setelah jauh kau daripadanya
Tudung kau pun entah kemana
Akhlak terpuji tertinggal nyata
Budaya terpinggir terbiar sahaja
Hilang gaya muslim kau
Hilang budaya suci kau
Siapa yang telah kau persalahkan?
Ibu saya tahu
Ibu saya yang memberi izin
Ibu?
Buka tudung kerana fesyen kau salahkan ibu?
Rambut perang kau salahkan ibu?
Kau harus tahu
Allah beri dunia pada kau
Namun akhirat nanti siapa tahu?
Adakah kau insan yang paling rugi?
Allah Maha Tahu...
Kau seorang insan yang sangat bertuah
Kewujudan kau satu dalam sejuta
Namun apa yang telah kau sumbangkan pada dunia?
Apa sumbangan kau pada agama suci kau?
Buang tudung rambut perang?
Itukah sumbangan yang telah kau berikan pada agama suci kau?
Terima kasih ikhlas dariku
Kau memang mudah lupa
Atau kau buat-buat lupa
Segala nikmat yang Allah beri bukan milik kau sepenuhnya
Tetapi milik dia
Kau hanya meminjam!
Kau hanya si peminjam!
Kau bukan tuan empunya nikmat itu...
Kau harus tahu
Kau harus sedar
Wahai gadis buang tudung rambut perang...

4 comments:

cik zaza said...

macam tahu sape yang diperkatakan..

izzati said...

aku cite pasal ko la ni..hahahaha

Anonymous said...

tak perlu persoal tentang kejahilan orang lain sebab diri kita tak semuanya sempurna. cuma yang pasti, persoal ttg apa kejahilan kita dan jauhi kemungkaran kita. kepada si 'dia' itu mungkin urusannya dengan maha pencipta.


sekian. sekadar memberi pandangan.

izzati said...

thanks en. anonymous... pandangan anda amat sy hargai & akan simpan ketat2 dalam lubuk hati yang paling dalam.