Tuesday, 28 February 2012

28 Februari 2012, hari nasib baik ku...

Rezeki Allah datang tanpa diduga. Siapa sangka kesabaran yang dijaga dari sehari ke sehari membuahkan hasil yang lumayan. Masyaallah... Subhanallah... Syukur atas kurniaan kau. Tapi untuk menggapainya bukan sesuatu yang mudah. 

1. Malam tadi PTPTN dah masuk. Kau tau tak betapa sukarnya hidup tanpa duit loan selama ni? Terpaksa ikat perut. Makan sekali je sehari. Bawak kete pun slow je sebab tak nak minyak kete habis cepat. Masyaallah... Haru merah hidup tanpa duit. Mintak mak ayah? oh, no way... Tak sampai hati nak menyusahkan mereka yang tercinta. Kesian mak ayah...

2. Kegatalan tangan aku ni dalam menggoogle kerja sambilan di internet telah membuahkan hasil.

'Seorang pengajar mengaji diperlukan di area taman balakong raya'. 

Aku pun memberanikan diri bertanya dan alhamdulillah dengan mudah orang tu menerima. Namun pencarian aku ke tempat pengajian tu bukanlah sesuatu yang mudah.. Ianya amatlah menguji kesabaran hati. Masyaallah... betul-betul ujian. Dengan bantuan seorang kawan yang aku tak kenal pun asal usulnya di facebook, alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..


*If Allah restu, segalanya jadi mudah. Thanks to Allah atas pertolongannya. Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. Doakanlah wahai sahabat...* 

Tengah malam yang suram...

Tak semua kau rancang akan berlaku...
Mungkin nasib tak menyebelahi aku...

Eh, menyanyi sakan nampak...Tak la sakan mana pun... Sekadar menghibur hati yang gundah... Gundah ke? Wallahualam...

Dugaan hidup datang melalui pelbagai cara. Aku juga manusia biasa yang tak lari daripada dugaan hidup. Kadang-kadang hati rasa bahagia, kadang-kadang hati ini berduka. Duka dan gembira, suka dan airmata... Semua itu melambangkan dugaan yang mendatang. Hati yang gembira juga merupakan dugaan sebenarnya; andai akal kita mengerti, andai hati kita memahami. Berhati-hatilah dalam segalanya. Segala yang tersurat pasti ada yang tersirat. 
Jangan dianggap segala yang indah itu kekal indah. Takut tercalit sedikit noda, hati kita merundum kecewa kelak...
Pandanglah sesuatu itu dengan sekadarnya, agar hati kita tetap kekal tenang tatkala ia punah, hancur dan musnah.
Terimalah nasihat daripada sesiapa jua seandainya dia mengingatkanmu tentang sesuatu perkara yang baik walaupun dia seorang kaki judi, peminum arak, si penzina.  

*Jagalah dirimu, hiasilah peribadimu... Allah itu Maha Tahu dalam setiap gerak geri hati dan akalmu.*




Renungan bersama dari seorang insan yang penuh dengan bintik hitam suram...

Sunday, 26 February 2012

syaitan yang direjam...

Baru minggu pertama sem 6, aku dah berhadapan dengan assignment. Ekotoksikologi... Nice one. Tapi dari semalam cari sumber assignment ni, tetap gak tak jumpa-jumpa... How come? Bukankah segalanya hanya dihujung jari? Memangla...tapi syaitan sekeliling banyak jugak dihujung jari, dihujung akal, dihujung hati... bila aku taip ekotoksikologi, aku teringat facebook... bila dah bukak facebook, baca komen2, balas mesej, stalk wall orang lain (assignment ekotoks tak stat lagi ni), pastu teringat blog... so bukak la blog aku yang berlapuk tak update ni... baca-baca blog-blog orang lain... then sunyi lak rsa so jari pun menaip youtube... konon nak dengar lagu je la kan. then ter'stick' kat lagu 'kupinang kau dengan bismillah'... bila dah dengar lagu, of coz la nak cari trailer cite tu... apakah? begitu hebat penangan si pakcik syaitan...cilakak lu setan! smpai sekarang dah pukul 1 pagi eden masih lagi belom stat buat assignment...

salah syaitan ke salah aku? aku pun konpius...