Thursday, 29 March 2012

Asid

Hello peps!
Tajuk entry macam tak menarik langsung, kan? Of course la... Bab fakta yang mengantukkan otak, menidurkan mata siapa yang berminat nak baca... 
*Ada aku kesah?*

Asid merupakan salah satu bahan kimia yang mempunyai rasa masam bila kita rasa guna lidah. Kalau rasa guna tangan aku tak tahulah perisa apa yang akan kuar tapi yang pastinya akan terkakis tangan kau kalau concentration asid tu tinggi. Nice~

Aku suka gila makanan yang masam-masam macam asam yang selalu kita beli murah-murah kat pasar malam tu. Tapi bila aku tahu yang asam-asam tu semua bukan makanan yang elok, aku pun stop lah makan selalu. In case mengidam macam ibu mengandung je aku akan cari bende alah tu. 

Actually, setiap makanan yang kita makan sekarang ni pun mengandungi asid. Inilah salah satu sebabnya kenapa aku stop terus makan asam-asam tu semua even asam dan zati mohd umpama aur dengan tebing, umpama isi dengan kuku, umpama kerbau dicucuk hidung, eh? 

So, beta ada la beberapa langkah nak kongsikan dengan rakyat jelata sekalian tentang pemakanan yang boleh kita ambil instead of kita mencekik makanan lain yang kita tak perasan ada asid dalam makanan tu walaupun kita confirm yang makanan tu dah cukup bersih, suci dan murni. (Baca dalam satu nafas,ok)

1. Makan yogurt. Lagi bagus kalau dapat pure yogurt. Kita boleh jumpa yogurt ni kat Giant, Carefour, Mydin, etc. Lecturer aku cakap yogurt ni bagus untuk kesihatan dalaman kita. Oleh kerana ianya bersifat alkali maka bende alah ni bagus untuk meneutralkan balik internal condition of our body. 

Menggiurkan... Thanks en. gugel...


2. Minumlah air kelapa muda sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Selain daripada membalancekan pH dalam badan, air kelapa muda juga mampu menurunkan suhu badan yang panas dan meneutralkan racun-racun yang terdapat dalam badan.

If anda semua ke Melaka, jangan lupa singgah coconut shake kat Klebang, Melaka. hehe...

3. Sesiapa yang bijaksana memasak tu, jangan overcook makanan tu tau. Pesan kat ibu-ibu bapak-bapak, ye. Sebab bila kita overcook makanan tu, secara amnya khasiat makanan tu berkurang dan secara khususnya makanan tu jadi berasid. Lebih baik makanan tu direbus daripada dimasak guna minyak dan kuali yang bontotnya hitam...hahaha

4. Yang ni the most important thing. Jangan guna minyak yang sama berkali-kali. Please la people... Even kau nak jimat pun, jangan lah jadi bakhil sangat. Minyak yang di recycle banyak kali tu adalah carcinogenic. As we know, carcinogen merupakan salah satu agen kanser. Kau nak kena kanser ke? Memang tak la kan...

Itu je aku nak kongsikan pada malam Jumaat yang indah ini. Selamat beramal. Jagalah kesihatan badan, dalaman dan luaran. Kesihatan itu satu anugerah, maka hargailah ia. 

*Jangan lupa baca yaasin...

2 comments:

miramalek said...

hehe~~ baru first time berilmiah aku baca~ haha.. tulis mcm nie banyak2 pun takpe~ sbb kite tak blaja bio ketika ini~ kite tak suke baca buku yang tebal2 so bile awak tulis dengan ringkas siap ngan gamba2, kite suke je baca! ^_^

izzati said...

byk je entry aku yang berilmiah... ko je yg tak perasan... sumenye tntg kesihatan...hehehehe