Tuesday, 6 March 2012

Desperate Red~

Wah....title nak gempak macam 'Desperate Housewife' kan... ihikkk!

Sejak kebelakangan ini, senang cerita sejak aku masuk UPM, keinginan aku terhadap barang-barang yang red in colour in sangat memuncak.. boleh dikatakan berada pada tahap klimaks dah ni....

Actually, aku tak perasan pun benda ni terjadi pada aku tapi after aku beli selimut warna merah kat IKEA pada Sabtu lepas, baru la aku perasan yang barang-barang aku kebanyakannya warna merah. Yess! Aku memang minat merah rupanya...

Jom kita pakat ramai-ramai kumpul accessories ikut warna kesukaan kita... Hobi yang sihat, you know. (sihat apenya kalau nampak kemeja merah, blaus merah, tshirt merah, singlet merah, kasut merah, beg merah, semua nak beli! Tapi biarlah berpatutan.)

And beside warna merah, aku sekarang tengah menggila novel Siti Rozmizah. Ala...penulis novel Andai Itu Takdirnya tu... yang semua orang menangis sakan bila baca... Sentap!

Aku nak buat koleksi novel hasil penulisan Siti Rosmizah... Best wo novel dia. Kadang-kadang gila sebab gelak sorang-sorang, kadang-kadang nangis sampai bengkak mata. Kadang-kadang baran sorang-sorang. Sadis betul...

Pada aku tak salah pun kita nak beli novel cintan-cintun ni. Sebabnya, melalui cerita-cerita macam ni lah kadang-kadang mampu membentuk nilai-nilai murni dalam diri kita. Beside, kita sepatutnya support penulis-penulis novel di Malaysia yang menulis novel dengan menggunakan bahasa ibunda kita. Ini tak, yang aku nampak kebanyakan students sekarang beli novel-novel mat salleh leleh...

Kalau aku tanya kenapa tak beli novel Melayu? Alasan lapuk dieorang akan bagi, tak minat dengan cerita-cerita cinta (padahal ko dengan balak ko tengah bercinta ni. Bodoh!)
Sebenarnya dalam hati kau, "Ape barang bace novel Melayu. Tak style langsung!" At least kalau kau duduk tunggu KTM, kau boleh berlagak kan dengan novel BI kau tu... then orang akan tengok, "wo~ gempak giler minah tu baca novel omputih!" hahahaha...bangang!

Ok bai!

9 comments:

Asyraf Azizan said...

kalo minat merah sile lah sokong manchester united :)

Anonymous said...

hahaha.....sentap gile ayat kau! aku pon baca peminat novel b.i okeyy....tp novel b.i pon...aku pilih yg jiwang2 jee....haha n paling penting novel2 melayu paling aku minaaat! so, aku xde lam kategori POYO tu kn? hehehehe n citer novel2 rosmizah aku bnyak kali ulang bc sbb BEST!!

okbai! hhehe
zati...ko kenal aku...kiki tp kita x same kos,blok. kolej je sme...:P lala~

cik zaza said...

kalau kau tak buat entri ni pun aku tau kau memang suka baca novel melayu ni.hehe.. aku tak kisah la novel melayu ke english ke sama je.

izzati said...

dlu tak wei....aku tak minat membaca langsung... tapi sejak voucher 200 tu aku dapat, barulah minat terhadap membaca tu meluap-luap...semakin bersemangat waja...

Anonymous said...

asal komen aku xde?

izzati said...

MU tk minat la sbb rooney dh tua..hahahahahaha...
liverpool tetap menjadi pujaan hatiku...hahahaha

izzati said...

sape3???? nk gak tau sape ni....

izzati said...

bukan tak de tp komen ko trpelanting dalam spam...xtau npe di anak tirikan smpai mcm tu skali...

Anonymous said...

adelaaa~ hehe