Friday, 27 April 2012

Recycle Energy

Korang pernah terfikir tak apa yang terjadi pada sampah sarap yang korang buang tu? Korang pernah bertanya tak kemana perginya semua sampah-sampah tu bila lori sampah angkat sampah-sampah tu semua? Aku antara manusia yang pernah terfikir tentang perkara ni dulu tapi tingkatan 5. Pastu dah lupa...


Selasa, 17 April 2012 merupakan field trip pertama geng Ekotoksikologi jabatan biologi. Kami telah diarahkan untuk pergi ke Recycle Energy Sdn. Bhd. Kajang yang terletak di area Semenyih. Sangat awesome tempat ni. Nah, aku bagi tengok gambar dulu...



Sumpah aku tak tipu, tempat ni sangat best! Walaupun dikelilingi oleh sampah sarap yang cantik dan bau-bauan yang menarik, namun tempat ni hebat! Kenapa? Sebab melalui tempat ni la aku realised yang kita boleh generate electrical energy daripada sampah-sarap. Omaigod! Siryes? Sampah-sarap boleh jadi tenaga elektrik? Yes! TNB pun beli elektrik dari RESB tau. Awesome, kan? 

Air sampah ataupun leachate yang kita bau busuk tu, boleh ditapis untuk jadi Standard A water then try letak ikan emas yang senang mati dalam air tu.... Ikan emas tu nanti boleh bernyawa panjang dan hidup dengan tersangatlah senang hati dalam air yang Standard A tu. Nice kan? Air leachate yang dah ditukar jadi Standard A water digunakan untuk basuh lori sampah dan siram pokok... Jimat tau!

Sampah sarap kan terdiri daripada bahan organik dan bahan tak organik. Sampah yang organik akan dibiarkan untuk jalani proses penguraian atau dalam englishnya dipanggil decompose.

Sampah sarap yang boleh dikitar semula seperti aluminium, metal, akan di ektrak@extract untuk dijual. Dapat gain income, kan? Rasa macam nak buat tempat recycle energy sendiri la pulak...

Yang barang-barang plastik pulak macam botol, akan diproses dan dijadikan resin. Resin tu nanti boleh diguna semula untuk generate plastik yang baru. So botol air plastik yang kita minum tu adalah daripada sampah sarap, okeh! hahaha...

Pada aku, kerajaan Malaysia patut bagi award lagi pada RESB Kajang ni sebab tempat ni sangat bagus. Aku tak tahu nak expresskan kebagusan tempat ni macam mana lagi sebab perkara yang bagus tu hanya boleh dirasai, tak mampu untuk diungkapkan dengan katak-kata. Aceh!


Nah, tengok gambar lagi... cakap banyak-banyak pun tak guna kalau still tak ada kesedaran. Amboiii ayat tak de tapis. Tolong jangan benci aku... kuang3...



Ok dah habis! Jaga environment kita untuk masa depan yang lebih gemilang...


Tuesday, 24 April 2012

Hafalan Shalat Delisa

Assalamualaikum...



Sangat nice tengok cerita ni. Meleleh jugak la airmata tengok budak kecil tu berlakon... Kenapa ye Malaysia tak nak buat cerita yang banyak pengajaran macam ni? Pada aku, daripada bazir duit buat movie Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, baiklah buat cerita yang bermanfaat untuk tontonan dan pengajaran pada masyarakat kita. Masyarakat kita makin hari makin teruk kot. Dengan politik kotornya yang memecah-belahkan rakyat, dengan jenayah yang tak stop-stop... Masyarakat kita sekarang sangat terdedah dengan media so pada aku media merupakan salah satu alternatif yang kuat untuk bagi kesan dan pengajaran dalam hidup masyarakat kita.

Kebanyakan drama atau filem yang made in Malaysia aku tengok tak sampai pengajarannya ke lubuk hati aku sepertimana filem Hafalan Shalat Delisa ni. Intipati yang terdapat dalam filem ni, walaupun tersurat namun mudah difahami untuk manusia jahil macam aku. Betapa hebat dan kuatnya hati seorang kanak-kanak kecil yang kehilangan hampir semua benda yang dia sayangi. Ikhlas dalam semua perkara... Kalau kita ikhlas, segala ujian yang menimpa kita, pasti kita dapat tanganinya. Allahuakbar!

Saturday, 21 April 2012

DiVa~ Kau Fikir Kau cantik?

Assalamualaikum.
Semalam aku & the geng ada buat persembahan untuk Dinner Fakulti Sains UPM... Huh! Penat tak habis lagi tapi sangat rajin untuk mengupdate blog. Nah...tengok la picture diva-diva yang fikir diri mereka lawa, tiada tolok bandingnya dengan diva-diva seantero dunia. Ayat mintak tapak kaki lekat kat muka je kan...











Band yang sangat100x the awesomeness... sangat2 minat dengan dieorang ni...sampai dekan Fakulti Sains pun tak lepas pandang dengan dieorang..









Picture-picture ni semuanya random. Jap pakai baju kurung, jap pakai baju biasa kan... Bajet diva sangat aku ni. Bukan apa, masa mula-mula aku pakai baju kurung sebab kena menari untuk persembahan pembukaan, sambut tetamu. Then kena tukar baju sebab nak nyanyi dengan band, macam tak sesuai je nak nyanyi dengan band pakai baju kurung. huhu... Band UPM best! Gitarist & drummer yang sangat2 hebat! I LOIKE! hahaha


Sekian...


Wednesday, 11 April 2012

Never~

"Never give up before you even try...
Nothing is really over until you stop trying..."

"Never say it is impossible before you pursue the way you think it is impossible..."

"Never make yourself feel less worthy by comparing yourself with others..."

"Never allow obstacles to stop you! Confront and transform it to opportunity. Believing in working hard towards your future. Take a step at a time to reach your goal..."






p/s: Always believe in yourself. Your happiness is in your hands.

Wednesday, 4 April 2012

~Hati terkesima~

Recently, aku banyak bermuhasabah diri atas apa yang terjadi pada diri. Ceh... Bunyi macam baru lepas kene sebat dengan bapak aku je... haha tak de kene mengena... Opkos bila update blog pagi-pagi buta cenggini akan mewujudkan mood yang pelik sekaligus menghasilkan entry yang jelik. 


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.

Dipetik dari SINI

Aku sendiri terkesima dengan artikel indah itu. As usual, setiap hari aku tetapkan diri aku untuk melakukan yang terbaik, lebih baik dari semalam, lebih indah dari sebelum-sebelumnya. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin...



Sunday, 1 April 2012

Hukum Dunia...

.:wahai lelaki.kalau kau sayangkan seserang wanita itu sebenar-benarnya, kau takkan buat air mata dia jatuh selain air mata kegembiran.kau takkan buat dia kecewa atas keterlanjuran tingkah lakumu.kau takkan mengasari dirinya dengan tangan yang sepatutnya kau lindungi.dan kau takkan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan olehmu~:. ♥

Aku terstalk ayat ni dari post sorang junior aku kat facebook. Aku suka ayat-ayat ni. Dan kalau semua lelaki faham, pasti tak ada seorang pun perempuan dalam dunia ni yang kecewa kerana cinta.

Oh, wanita. Please be strong and smart. Ingatlah! Sebijak-bijak seorang wanita, itulah sebodoh-bodohnya seorang lelaki. Tapi sebaik-baik hati seorang lelaki, lebih baik lagi hati seorang perempuan. Dan sejahat-jahat perangai seorang lelaki, lebih jahat lagi perangai seorang perempuan kalau dia berniat jahat.