Tuesday, 24 April 2012

Hafalan Shalat Delisa

Assalamualaikum...



Sangat nice tengok cerita ni. Meleleh jugak la airmata tengok budak kecil tu berlakon... Kenapa ye Malaysia tak nak buat cerita yang banyak pengajaran macam ni? Pada aku, daripada bazir duit buat movie Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, baiklah buat cerita yang bermanfaat untuk tontonan dan pengajaran pada masyarakat kita. Masyarakat kita makin hari makin teruk kot. Dengan politik kotornya yang memecah-belahkan rakyat, dengan jenayah yang tak stop-stop... Masyarakat kita sekarang sangat terdedah dengan media so pada aku media merupakan salah satu alternatif yang kuat untuk bagi kesan dan pengajaran dalam hidup masyarakat kita.

Kebanyakan drama atau filem yang made in Malaysia aku tengok tak sampai pengajarannya ke lubuk hati aku sepertimana filem Hafalan Shalat Delisa ni. Intipati yang terdapat dalam filem ni, walaupun tersurat namun mudah difahami untuk manusia jahil macam aku. Betapa hebat dan kuatnya hati seorang kanak-kanak kecil yang kehilangan hampir semua benda yang dia sayangi. Ikhlas dalam semua perkara... Kalau kita ikhlas, segala ujian yang menimpa kita, pasti kita dapat tanganinya. Allahuakbar!

2 comments:

cik zaza said...

serius.. aku kalau nak tengok cerita2 yg ada pengajaran aku prefer tgk cite indonesia. cite malaysia hampeh! hanya mampu buat cerita pasal org kaya, rebutkn harta nak jd ceo yadda yadda yadda...pfft!

izzati said...

tau xpe... aku tak jumpe lagi cerita Malaysia yang mampu bagi pengajaran jitu macam cite ni... Ingatkan dulu Tentang Dhia tu ok dah rupenye cinta semata2... huahuahua