Friday, 27 April 2012

Recycle Energy

Korang pernah terfikir tak apa yang terjadi pada sampah sarap yang korang buang tu? Korang pernah bertanya tak kemana perginya semua sampah-sampah tu bila lori sampah angkat sampah-sampah tu semua? Aku antara manusia yang pernah terfikir tentang perkara ni dulu tapi tingkatan 5. Pastu dah lupa...


Selasa, 17 April 2012 merupakan field trip pertama geng Ekotoksikologi jabatan biologi. Kami telah diarahkan untuk pergi ke Recycle Energy Sdn. Bhd. Kajang yang terletak di area Semenyih. Sangat awesome tempat ni. Nah, aku bagi tengok gambar dulu...



Sumpah aku tak tipu, tempat ni sangat best! Walaupun dikelilingi oleh sampah sarap yang cantik dan bau-bauan yang menarik, namun tempat ni hebat! Kenapa? Sebab melalui tempat ni la aku realised yang kita boleh generate electrical energy daripada sampah-sarap. Omaigod! Siryes? Sampah-sarap boleh jadi tenaga elektrik? Yes! TNB pun beli elektrik dari RESB tau. Awesome, kan? 

Air sampah ataupun leachate yang kita bau busuk tu, boleh ditapis untuk jadi Standard A water then try letak ikan emas yang senang mati dalam air tu.... Ikan emas tu nanti boleh bernyawa panjang dan hidup dengan tersangatlah senang hati dalam air yang Standard A tu. Nice kan? Air leachate yang dah ditukar jadi Standard A water digunakan untuk basuh lori sampah dan siram pokok... Jimat tau!

Sampah sarap kan terdiri daripada bahan organik dan bahan tak organik. Sampah yang organik akan dibiarkan untuk jalani proses penguraian atau dalam englishnya dipanggil decompose.

Sampah sarap yang boleh dikitar semula seperti aluminium, metal, akan di ektrak@extract untuk dijual. Dapat gain income, kan? Rasa macam nak buat tempat recycle energy sendiri la pulak...

Yang barang-barang plastik pulak macam botol, akan diproses dan dijadikan resin. Resin tu nanti boleh diguna semula untuk generate plastik yang baru. So botol air plastik yang kita minum tu adalah daripada sampah sarap, okeh! hahaha...

Pada aku, kerajaan Malaysia patut bagi award lagi pada RESB Kajang ni sebab tempat ni sangat bagus. Aku tak tahu nak expresskan kebagusan tempat ni macam mana lagi sebab perkara yang bagus tu hanya boleh dirasai, tak mampu untuk diungkapkan dengan katak-kata. Aceh!


Nah, tengok gambar lagi... cakap banyak-banyak pun tak guna kalau still tak ada kesedaran. Amboiii ayat tak de tapis. Tolong jangan benci aku... kuang3...



Ok dah habis! Jaga environment kita untuk masa depan yang lebih gemilang...


4 comments:

cik zaza said...

aku boleh mintak praktikal kat sini ni.. bagi nombor HR dia..kihkih.. bajet betul nak praktikal kat sini.tahan ke tak nanti.haihh

izzati said...

Boleh la kalau ko nak. ko try google kat tenet pasal Recycle energy ni... nanti kau jumpe. Dia amek budak praktikal & bayar elaun RM200 sebulan.

cik zaza said...

Rm200 je sebulan?huhu.. Nak lebih sikit.cehh. demand lak aku ni.praktikal je punn..

izzati said...

hahaha...syukur la tu die nk bg elaun...tmpt len ade yg x dpt kot..