Friday, 25 May 2012

Cik Joyah jaga badan!

hmm... lama beno aku x hapdate belog... bukan ape.. alasan paling utama adalah tak ada idea nak tulis ape... alasan kedua sebab aku tak ade masa... twitter pun aku jarang bukak dah...yang aku rajin bukak facebook & en.google je... sory tau twitter n belog.. 
Kaki aku sakit! Sakit yang teramat sangat gara-gara kekejangan yang amat dahsyat kerana menari tak ingat dunia... Kau tahu aku menari lagu ape? Untuk pertama kalinye aku menari lagu korea... k-pop u'ollsss!!!!!!! aku pun tak sangke wei... menari sambil mengajar pulak tu.. ades~ over tau! macam aku ni gadis hot yang tak akan bagi peluang untuk orang lain jadi diva... menyampah pulak bile fikir balek... mungkin ini kali terakhir aku menari kot. Cukup-cukup lah tu... Umur makin lama makin meningkat. Aku rasa aku tak patut menari lagi sebenarnya... Tapi disebabkan atas permintaan, aku harungi jua. acecece... ayat macam dalam novel Siti Rosmizah... dangggg!
Now, tidur tak cukup... Minum air sejuk tak puas... Reject makanan pedas... adui... u know betapa sukarnya hidup bila terpaksa buat perkara yang aku tak suka... Aku suka tidur, aku suka minum air sejuk, aku suka makan makanan pedas...tapi tak dapat buat sume tu dgn aman dan makmur...sadis, kan???

Tadi ade sorang adik ayam (aku xsuka panggilan anak ayam) aku tanya, "kenapa perut kak zati tak buncit?" alamak... aku nak jawab ape? Sebab aku bukannye jenis jaga badan punya orang... Tapi untuk menutup kecelaruan yang melanda aku pun jawab la...

1. setiap hari aku wajibkan diri aku untuk minum jus buah terutamanya carrot sebab aku kan rabun so aku minum air Carrot 0 tanpa susu tu dengan harapan saiz badan aku maintain, mata aku pulih, kulit aku pun ok... tp buat masa ni aku pasan badan aku je ok... kulit tetap gitu gak... mata tu aku tak berapa nak pasti sebab hrtu bila aku cek mata, orang tu kate power mate aku dh kurang tapi aku macam tak berapa nak percaya... so mungkin berkesan la jugak kot.... hahaha
2. Walaupun aku suka air sejuk, aku kawal jugak tekak aku daripada selalu minum air sejuk. Kalau aku beli air kat tepi jalan tu, aku akan cakap yang aku tak nak ais... Kalau siang hari aku dah minum ais, malam tu wajib aku minum air suam... 
3. Minum air putih banyak-banyak supaya kita kerap buang air, toksin dalam badan pun akan tersingkir...
4. Dari segi pemakanan pulak setiap hari aku wajibkan diri aku untuk makan nasi... Kadang-kadang aku tak sempat nak makan tau so time dinner aku wajibkan diri aku untuk makan nasi.. kalau time lunch aku dah makan nasi, dinner aku akan makan makanan lain, bukan nasi... Cam tu je la kitarannya...

Aku tak rasa cara aku ni betul sebab aku tak bersukan... Tapi setiap hari aku tetapkan diri aku untuk kuarkan peluh tak kesahlah melompat-lompat dalam bilik ke, basuh baju sidai baju ke, menyanyi sampai berpeluh ke,jalan laju-laju ke, whatsoever la kan... Wajib keluar peluh! 

Sekian, jaga lah badan untuk diri sendiri~

Sunday, 6 May 2012

Gabai Bersatu!

Okeh tajuk entry macam nak buat lirik lagu.


Kau tahu apa itu memori? Apa itu kenangan?


Pada tanggal 5 Mei 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, geng-geng Majlis Tertinggi Mahasiswa K5 10/11 telah mengorak langkah ke Gabai. Untuk aku, ni la pertama kali aku ke sini sedangkan bebudak lain dah banyak kali sampai kot..Giler lambat kau ni zati.. booo....


Ok, nah tengok gambar-gambar ni... Mungkin korang akan faham apa yang dimaksudkan dengan memori dan kenangan melalui gambar. Hehe..mood: malas explain lebih-lebih.


Bergelak ketawa sambil bersantai melihat aksi ngeri kawan-kawan


wajah yang penuh ketakutan untuk membuat lagak ngeri seperti yang diwajibkan
Akhirnya lagak ngeri kami dipertontonkan


orang lain boleh senyum dan tunjuk peace dihadapan kamera tapi si perempuan betudung hitam yang berada ditangga keempat tu langsung tak pandai menutup ketakutan yang sedang mengasak jiwanya. Anak sapa la yang penakut sangat. Padahal batu terjun tu tak la tinggi mana pun.


Kerana ketakutan yang dahsyat maka perlulah memegang dan menarik baju orang hadapan dengan kuat sekali, tanpa syak lagi... Kalau boleh sampai terkoyak.


Okeh, habis adegan lagak ngeri yang tak bape nak ngeri untuk Batu Terjun Satu yang tak bape nak tinggi...
Eh, kejap... Belum habis lagi la... ni baru part Batu Terjun Satu... Belum Batu Terjun Dua lagi. Semestinya Batu Terjun Dua lebih tinggi dan menakutkan. Ketinggiannya lebih kurang 12ft. Tapi untuk orang pelik dan gagah seperti kami, ianya sekadar batu terjun biasa...miahahahaha...
Aku sampai menangis air mata darah tahu tak bila diaorang paksa gak aku buat aktiviti extreme ni. Umpama membaling nyawa yang sangat berharga ke dalam mulut buaya (wujud x simpulan bahasa ni??? hahaha)

Si ijat aka driver aku


Mr Presiden yang gagah berani dan sangat sweet


Encik KUDA aka Amir yang telah memesongkan hati aku untuk tidak turut turun melalui Batu Terjun Dua... Hampeh!


Puan Liyion aka isteri Mr. Pres


Cik thaleq yang banyak kali gak turun Batu Terjun Dua ni...
Cik p-nut yang bertahan untuk tidak menjerit


Cik mimi yang banyak kali terjun
Puan Anim yang turun Batu Terjun Dua secara terbang...


Si dayah yang dengan bangganya menunjukkan peace yang aku sendiri tak mampu buat waktu dalam ketakutan.
Encik Dusun dengan perutnya..

Miss Maizatul yang look great.... a bit la...

Puan Yna yang sedang buat latihan vokal untuk masuk teater Kolej Kelima UPM next year


Ecah kecik yang dipaksa rela untuk turun... kesian kau mek cah!


Cik Anis bear sedang bersedia membaham mangsanya yang merupakan seorang HULK!


Ehem! This is Mr. Tongga yang hensem... but sorry, he's already not available.


Abe Capri yang sedang menahan kesakitan akibat disula dari bawah... haram jadah! 
Cik Baity yang merupakan pengarah program. Program kau sangat berjaya, Bet... Tahniah!


Miss Pido... eh, salah... Encik Pido yang sememangnya sedang tido dengan nyenyaknya walaupun sedang menuruni Batu Terjun Dua yang curam dan tinggi bersama air yang sangat deras sebab malam sebelumnya hujan lebat.
Encik Hulk dengan adegan yang sangat mengerikan umpama berskating diatas ais yang empuk! (Orang lain turun kaki dulu, kau nak advance turun kepala dulu. Sape ajar kau ha, che nah?!)


Miss Cikya yang pernah merangkul anugerah Pelakon Terbaik seantero dunia. Walaupun wajahnya nampak sangat takut pada kondisi sekeliling namun tangannya masih lagi sempat untuk menunjukkan peace kepada Encik Kamera. Kan pandai berlakon tu. Miss Cikya juga pernah merangkul anugerah Model of The Year untuk Kampung Pinang Sebatang.




Seorang gadis ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan terjunkan dirinya ke dalam air melalui Batu Terjun Dua tetapi dia sangat takut kerana batu terjun ini sangat tinggi yang x nampak kesudahannya. Orang sekeliling merupakan syaitan dan malaikat yang menyuruh dan menegah beliau melakukan hal terkutuk itu.

Akhirnya si gadis terpengaruh dengan pujukan iblis dan tidak menghindarkan nasihat si malaikat. Dia terus menutup hidungnya yang penyek walaupun masih belum sampai air...
Si gadis tadi terus menerus dengan adegannya menutup hidung dengan harapan mati tak bernafas sebelum sampai air
Tapi setelah berada di pertengahan jalan, beliau realise yang langkahnya ini adalah salah disis undang-undang akhirat. Jadi dia pun cuba untuk mendarat dengan baik ke dalam air.

Akhirnya si gadis turun dengan airmata yang berlinangan di pipinya dan terjunam ke dalam air terjun yang dalamnya paras pinggang. Di bawahnya ramai peminat yang sedang menunggu untuk menyelamatkannya daripada mati lemas kerana encik air.
Aku yang kesejukan bersama cik bear yang sangat giler


Antara gadis bunian yang sempat kami jumpa di Sg. Gabai


Gigi memang aset kami!


Untuk ambek gambar paling depan sekali memang aktiviti paling menarik yang pernah aku buat.




Cerita di atas adalah adaptasi daripada blog ini sendiri. Tidak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekadar untuk hiburan semata-mata. Kalau tak terhibur gak, anda bukan manusia normal.


Sambung cerita melalui gambar. Setelah penat bermandi-manda dengan jayanya, kami pun pulang dengan hati yang gembira.

Aku bersama cik driver tak bertauliah


Antara gadis cantik yang dikecualikan untuk masuk Miss World


Kami bukan gay~


Picture ni sangat adil bila muka aku sorang je nampak. Muka drebar aku memang tak disukai oleh Encik Lens Kamera


Gadis bunian yang otw nk pegi audition jadi ustazah pilihan


Saiz kami berbeza tau!


Aku dikerumuni oleh peminat fanatik


Bersama si kakak putih dan si nenek bambam... hahahaha


Million thousands of appreciation to Mr Kimo aka our photographer yang sudi ambil gambar kami. Kau yang rakamkan moment ni untuk kami. Thanks bro. Aku cari gak picture kau tapi tak jumpa. Memang lumrah seorang photographer handalan cenggitu agaknya. Amek gambar orang lain, tapi picture sendiri tak de... betapa murninya hatimu, Kimo.. Btw, semalam kau macho sangat! Pujian ikhlas dari hati... hehehe...


Pada kawan-kawan MTM yang lain, kerana koranglah aku hepi yang tak terhingga. Aku tak pernah lupa moment kita bersama. Dengan kereta bergoyang time lagu Mr. Sexobeat, dengan dayah yang penakut time nak tido & try kacau orang lain supaya tak leh tido macam dia, dengan tido sampai berdengkur dalam pawagam time cerita Avengers, dengan supportan korang untuk aku yang penakut nak terjun Batu Terjun Dua yang tinggi, dengan masak-masak yang awesome! Pendek kate, sume yang indah lah dengan korang ni... Aku sayang korang tau... Sayang sangat! Hope ukhwah kita kekal sampai ke akhirat dan kita semua bersatu di dalam syurga... Insyaallah...


Thanks for reading... Deabak!