Sunday, 6 May 2012

Gabai Bersatu!

Okeh tajuk entry macam nak buat lirik lagu.


Kau tahu apa itu memori? Apa itu kenangan?


Pada tanggal 5 Mei 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, geng-geng Majlis Tertinggi Mahasiswa K5 10/11 telah mengorak langkah ke Gabai. Untuk aku, ni la pertama kali aku ke sini sedangkan bebudak lain dah banyak kali sampai kot..Giler lambat kau ni zati.. booo....


Ok, nah tengok gambar-gambar ni... Mungkin korang akan faham apa yang dimaksudkan dengan memori dan kenangan melalui gambar. Hehe..mood: malas explain lebih-lebih.


Bergelak ketawa sambil bersantai melihat aksi ngeri kawan-kawan


wajah yang penuh ketakutan untuk membuat lagak ngeri seperti yang diwajibkan
Akhirnya lagak ngeri kami dipertontonkan


orang lain boleh senyum dan tunjuk peace dihadapan kamera tapi si perempuan betudung hitam yang berada ditangga keempat tu langsung tak pandai menutup ketakutan yang sedang mengasak jiwanya. Anak sapa la yang penakut sangat. Padahal batu terjun tu tak la tinggi mana pun.


Kerana ketakutan yang dahsyat maka perlulah memegang dan menarik baju orang hadapan dengan kuat sekali, tanpa syak lagi... Kalau boleh sampai terkoyak.


Okeh, habis adegan lagak ngeri yang tak bape nak ngeri untuk Batu Terjun Satu yang tak bape nak tinggi...
Eh, kejap... Belum habis lagi la... ni baru part Batu Terjun Satu... Belum Batu Terjun Dua lagi. Semestinya Batu Terjun Dua lebih tinggi dan menakutkan. Ketinggiannya lebih kurang 12ft. Tapi untuk orang pelik dan gagah seperti kami, ianya sekadar batu terjun biasa...miahahahaha...
Aku sampai menangis air mata darah tahu tak bila diaorang paksa gak aku buat aktiviti extreme ni. Umpama membaling nyawa yang sangat berharga ke dalam mulut buaya (wujud x simpulan bahasa ni??? hahaha)

Si ijat aka driver aku


Mr Presiden yang gagah berani dan sangat sweet


Encik KUDA aka Amir yang telah memesongkan hati aku untuk tidak turut turun melalui Batu Terjun Dua... Hampeh!


Puan Liyion aka isteri Mr. Pres


Cik thaleq yang banyak kali gak turun Batu Terjun Dua ni...
Cik p-nut yang bertahan untuk tidak menjerit


Cik mimi yang banyak kali terjun
Puan Anim yang turun Batu Terjun Dua secara terbang...


Si dayah yang dengan bangganya menunjukkan peace yang aku sendiri tak mampu buat waktu dalam ketakutan.
Encik Dusun dengan perutnya..

Miss Maizatul yang look great.... a bit la...

Puan Yna yang sedang buat latihan vokal untuk masuk teater Kolej Kelima UPM next year


Ecah kecik yang dipaksa rela untuk turun... kesian kau mek cah!


Cik Anis bear sedang bersedia membaham mangsanya yang merupakan seorang HULK!


Ehem! This is Mr. Tongga yang hensem... but sorry, he's already not available.


Abe Capri yang sedang menahan kesakitan akibat disula dari bawah... haram jadah! 
Cik Baity yang merupakan pengarah program. Program kau sangat berjaya, Bet... Tahniah!


Miss Pido... eh, salah... Encik Pido yang sememangnya sedang tido dengan nyenyaknya walaupun sedang menuruni Batu Terjun Dua yang curam dan tinggi bersama air yang sangat deras sebab malam sebelumnya hujan lebat.
Encik Hulk dengan adegan yang sangat mengerikan umpama berskating diatas ais yang empuk! (Orang lain turun kaki dulu, kau nak advance turun kepala dulu. Sape ajar kau ha, che nah?!)


Miss Cikya yang pernah merangkul anugerah Pelakon Terbaik seantero dunia. Walaupun wajahnya nampak sangat takut pada kondisi sekeliling namun tangannya masih lagi sempat untuk menunjukkan peace kepada Encik Kamera. Kan pandai berlakon tu. Miss Cikya juga pernah merangkul anugerah Model of The Year untuk Kampung Pinang Sebatang.




Seorang gadis ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan terjunkan dirinya ke dalam air melalui Batu Terjun Dua tetapi dia sangat takut kerana batu terjun ini sangat tinggi yang x nampak kesudahannya. Orang sekeliling merupakan syaitan dan malaikat yang menyuruh dan menegah beliau melakukan hal terkutuk itu.

Akhirnya si gadis terpengaruh dengan pujukan iblis dan tidak menghindarkan nasihat si malaikat. Dia terus menutup hidungnya yang penyek walaupun masih belum sampai air...
Si gadis tadi terus menerus dengan adegannya menutup hidung dengan harapan mati tak bernafas sebelum sampai air
Tapi setelah berada di pertengahan jalan, beliau realise yang langkahnya ini adalah salah disis undang-undang akhirat. Jadi dia pun cuba untuk mendarat dengan baik ke dalam air.

Akhirnya si gadis turun dengan airmata yang berlinangan di pipinya dan terjunam ke dalam air terjun yang dalamnya paras pinggang. Di bawahnya ramai peminat yang sedang menunggu untuk menyelamatkannya daripada mati lemas kerana encik air.
Aku yang kesejukan bersama cik bear yang sangat giler


Antara gadis bunian yang sempat kami jumpa di Sg. Gabai


Gigi memang aset kami!


Untuk ambek gambar paling depan sekali memang aktiviti paling menarik yang pernah aku buat.




Cerita di atas adalah adaptasi daripada blog ini sendiri. Tidak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekadar untuk hiburan semata-mata. Kalau tak terhibur gak, anda bukan manusia normal.


Sambung cerita melalui gambar. Setelah penat bermandi-manda dengan jayanya, kami pun pulang dengan hati yang gembira.

Aku bersama cik driver tak bertauliah


Antara gadis cantik yang dikecualikan untuk masuk Miss World


Kami bukan gay~


Picture ni sangat adil bila muka aku sorang je nampak. Muka drebar aku memang tak disukai oleh Encik Lens Kamera


Gadis bunian yang otw nk pegi audition jadi ustazah pilihan


Saiz kami berbeza tau!


Aku dikerumuni oleh peminat fanatik


Bersama si kakak putih dan si nenek bambam... hahahaha


Million thousands of appreciation to Mr Kimo aka our photographer yang sudi ambil gambar kami. Kau yang rakamkan moment ni untuk kami. Thanks bro. Aku cari gak picture kau tapi tak jumpa. Memang lumrah seorang photographer handalan cenggitu agaknya. Amek gambar orang lain, tapi picture sendiri tak de... betapa murninya hatimu, Kimo.. Btw, semalam kau macho sangat! Pujian ikhlas dari hati... hehehe...


Pada kawan-kawan MTM yang lain, kerana koranglah aku hepi yang tak terhingga. Aku tak pernah lupa moment kita bersama. Dengan kereta bergoyang time lagu Mr. Sexobeat, dengan dayah yang penakut time nak tido & try kacau orang lain supaya tak leh tido macam dia, dengan tido sampai berdengkur dalam pawagam time cerita Avengers, dengan supportan korang untuk aku yang penakut nak terjun Batu Terjun Dua yang tinggi, dengan masak-masak yang awesome! Pendek kate, sume yang indah lah dengan korang ni... Aku sayang korang tau... Sayang sangat! Hope ukhwah kita kekal sampai ke akhirat dan kita semua bersatu di dalam syurga... Insyaallah...


Thanks for reading... Deabak!

9 comments:

miramalek said...

kuang ajO ko eh!!! hahaha~~kemain banyak lagi ko kutuk aku! haha~~ tapi.. mmg best giller la time tue~ sius aku syg ko! haha! bongess!

izzati said...

hahaha~ dlm rmai2, caption picture ko plg byk ak olah..ngeh3... tau xpe..nk gather2 lg

Anonymous said...

gambar mira! hehehehehehe siyess xtahan nak gelak....:P
zati mantain comel je....hehe

izzati said...

airyark...comel hape klu pipi makin tembam tu....

Anonymous said...

You got a really useful blog. I have been here reading for about an hour. I am a newbie and your success is very much an inspiration for me.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Anonymous said...

Very useful blog. Keep up the good work.

vono man said...

hampeh punye nenek.. kau keji aku ye... kahkah

izzati said...

hahaha...peng'keji'an terhadap kau itu satu kemuliaan.

Anonymous said...

Hello, very professional high level blog! thank you for sharing. Because of good writing, and I learned a lot, and I am glad to see such a beautiful thing. Sorry for my bad English. ?
HTTP://www.CoolMobilePhone.net