Sunday, 17 June 2012

Sedih tanda sayang Allah~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Salam Isra' Mikraj wahai semua hamba Allah.

Kekecewaan hati yang membawa kepada menitisnya airmata sebenarnya suatu ujian dari Allah. Jujur sekarang aku memang sedang bersedih tapi still on facebook & blog. hakhakhak.. then terjumpa picture2 cute yang buat hati aku tenang. Thanks Allah! Kau always ada time aku memerlukan~




ni aku paling suka~ 

tersentuh hati.. hehe... 


aja aja fighting!

sume picture2 comel tu aku copy dari sini

Disebalik "air mata", pasti akan datang "senyuman" 
Disebalik "luka", pasti akan datang "penyembuh"
Disebalik "kesabaran", pasti datang "kebahagiaan"
Disebalik "kesulitan" pasti datang "kemudahan"
Sesungguhnya Allah Bersama Hamba-hambanya yang SABAR 
SenyumLAH walaupun dirimu disakiti ♥‿♥ 

THANKS FOR READING!

Sunday, 10 June 2012

Insan itu manusia...

Opkos insan itu manusia.. opsss sory.. Assalamualaikum and salam bahagia peps! Asyik nak membebel je sampai terlupa nak greet korang, kan? Sorry, my bad... Oh, my english! hehe...

Ada la sorang insan yang bergelar hamba Allah ni, (amboiii tak ada intro. terus masuk kepada isi penting) kemain masyukk mulut dia cakap orang lain... orang tu macam tu, orang tu macam ni... Kalau kat blog dia, ayat kemain puitis mengata orang. Pergh! Mahu membara hati kau terbakar baca post dia... Dia seolah-olah bercerita tentang kau dalam keadaan yang sangat sinis dan berbaur perli... Boleh kau tak nak menyampah dengan dia? Huh! Geram...memang geram...

Apa yang aku peliknya, dia selalu je cakap2 tentang keburukan orang tapi dia tak nampak serba sedikit keburukan yang dia umpat tu, terjadi dalam hidup dia.. Dia duk mengumpat hal orang lain, awek2 dia sendiri tak bertudung... Bila tak bertudung, means tak jalankan perintah Allah.. Dah kira jahat lah tu kan? Lebih memilukan harini profile picture dia kat facebook menonjolkan gambar dia tak tutup aurat, pakai seluar pendek yang menunjukkan lututnya yang cantik. Auww... bukan geng2 kau jenis 'ustaz2' yang bermulut celupar ke? Pelik aku diaorang tak tegur kau letak profile picture cenggitu... cakap orang lain menyanyi menari tu berdosa, ahli neraka tapi kau pakai seluar pendek, tak tutup aurat tak apa pulak kan? Sekarang ni, skandal kau yang terhangat jugak seorang penari yang free hair.. So? Kau tetap nak teruskan dengan kesejatian kau mengata hal orang lain? Ketuk kepala, tanya akal. 

Kau patut sedar. Semua orang dalam dunia ni buat salah tapi bukan dengan cara tu kau nak tauliah orang. Pada aku cara kau tak betul. Terlalu melampau sampai kau buat orang lain menyampah dengan cara kau tu. Kau cakap-cakap orang then when the time goes around, kau pulak yang buat benda tu. Eh? Macam bangang punya keje kan? Seolah-olah yang dia perli dalam ayat puitis blog dia tu adalah diri diri sendiri. 

Ingatlah... Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kau kat atas dan akan sampai masanya aku pulak kat atas! & aku akan pastikan yang aku tak kan turun.. Pergh! gerek beb! Keji sangat nak gerek-gerek. haha... Abes! 

Jangan asyik duk teropong keburukan orang lain je. Teropong jugak ke dalam diri kita. Peringatan untuk semua termasuklah diri ini~


Monday, 4 June 2012

Nakal bukan budak jahat~

Aku ni kan dulu time sekolah menengah seorang budak yang nakal tau. Berapa kali naik turun bilik guru jumpa Ustazah Mazlina aka cikgu disiplin sekolah masa tu. Kau bayangkan lah... Aku ni dah la pengawas tapi boleh pulak buat perangai setan kat sekolah. 2 kali kantoi bawak henset pergi sekolah, back up geng2 hostel 'fly' keluar asrama lepak kat umah aku, tak pakai kain dalam walhal kain dalam adalah pakaian wajib time kat sekolah aku tu dulu. Aku rasa aku budak paling jahat kat sekolah. Tapi bila fikir balik, aku bawak henset pun sekadar nak call bapak aku bagitau balik pukul bape sebab kadang2 ade kelas tambahan. Sampai kene gantung jawatan pengawas tau bila kantoi bawak henset pegi sekolah. Yang back up member2 aku fly kuar asrama tu pulak bukannya pergi berjudi ke ape ke, just lepak umah aku, study same2. Ye la...aku kan tak duduk asrama. Kalau tak pakai kain dalam tu, bukannya kain aku tu jarang. Tak de makna nak nampak kaki aku yang cantik tu. Kain sekolah kemain tebal lagi. Saja je nk suruh student panas melebau gaknya. Ada pulak sekor minah ni tukang pengampu cikgu disiplin aka barua kat sekolah, lagi la hangin geng2 nakal kat sekolah aku tu kan... Ish3... kisah lama.. Tu semua tinggal kenangan. Sikit pun aku tak menyesal buat perangai nakal time kat sekolah dulu. Kalau aku tak buat, tak ada benda yang aku nak kenang macam sekarang ni. Bila kenang balik, aku tergelak sorang2..

Muka seorang pengawas yang selalu naik turun bilik guru disiplin
"Jadi nakal adalah salah satu cara untuk menikmati nikmat hidup. Penuhkanlah nama anda di dalam buku disiplin. Sesungguhnya budak nakal sebenarnya bijak."

Tersedak2 aku baca petikan kat atas ni. Terasa macam dia sedang memperkatakan tentang aku dulu. Hahaha... Boleh tak aku nak jadi budak nakal lagi? Tapi dah masuk universiti ni macam tak ada benda yang nakal2 pulak nak buat. Sebab kita dah boleh berfikir. Rindu waktu sekolah dulu. Kelakar bila teringat seorang budak perempuan 16 tahun menipu pak cik guard untuk back up kawan dia untuk kuar sekolah. Huish... kalau la kawan tu eksiden ke, kene culik ke, sapa yang nak bertanggungjawab agaknye time tu? hahaha... Otak senteng betul. tak matang langsung... Sok paginye kawan aku tu datang sekolah dengan muka tersenyum singa turun dari kereta bapak aku. Bangga la tu dapat fly kuar asrama.hahaha...

Buat adik-adik kat luar sana, toksah lah nak buat salah laku kat sekolah. Just follow the rules. Kalau nak nakal-nakal pun, jangan terlampau nakal sangat sampai orang panggil kita budak bermasalah. At least time aku sekolah dulu even aku nakal, mak bapak aku tak pernah pun dipanggil untuk mengadap pengetua sebab salah laku aku... kahkahkah... Nakal2 pun masih ada batasnya...

Picture setelah msaf dan pulang ke pangkal jalan... Macam bekas budak Tunas Bakti pulak.

Thanks 4 reading... (^_*)


Sunday, 3 June 2012

Merah itu sinonim~

Merah itu warna kesukaan aku. Since aku dewasa ni baru aku statik minat kat satu warna je. Dulu kemain lagi minat macam-macam warna. Ikut mood dan perkembangan semasa. Tak matang langsung, kan? 
Dah 3 tahun sejak aku masuk UPM ni baru aku terminat kat merah. Kalau dulu, nak pandang merah pun jeling-jeling je... 

Haritu, bape haribulan aku tak ingat dah... geng2 bio aku ada buat gathering kat bukit ekspo UPM. Gathering ni dibuat semata-mata kerana kerinduan kami antara satu sama lain. hahaha..toksah nak rindu sangat la der. Mak ko kat melaka tu tergolek terlentang rindu kat ko jugak, ko tau x? Okeh, 2 minggu lagi aku pulang la... Sambung... Ape kene mengena tajuk entry aku dengan cerita budak bio gathering ni? Hanya gambar yang mampu untuk mengexplainkan. Aku bab elaboration ni agak lemah sikit. Matila nak interview keje nanti SOFT SKILL aku low.. adeh...

Nah, tengok gambar...

Aku tergolong dalam group merah! i like!
Kami sangat mengenang nenek moyang melayu kerana masih bermain baling selipar. 
Encik Kocek yang membaling selipar dengan mulut muncung untuk mendapatkan aura pembaling sebenar
Hahaha...aku paling suka gambar ni. Hebat kan hebat kan.. Sume orang give high expectation kepada pembalingan aku tapi akhirnya tak kene jugak. Tangan pengkau la. Mak aku tak bedung time aku masih baby yang comel. Sampai ke besar pun still comel lagi. Aku tau tu~ hahaha
Setelah berjaya membaling perlu berebut2 untuk membina balik selipar yang telah dibaling dan terburai tadi. Sangat membuang tenaga bila dah baling, nak kene susun dan bina balik. Dah ludah, jangan jilat balik la! tapi kerana itu adalah salah satu syarat2 untuk menang maka kami susun la jugak... 
Setelah menang beradu tenaga dengan group oren, maka kami berehat sebentar bersama rumput dan selipar dikaki. Sangat bersemangat pasukan tau bila waktu rehat pun masih duduk dalam group. Saya sayang group merah saya. hehe
Group biru adalah group suku akhir yang berjaya kami kalahkan dan membawa kami kepada juara baling selipar! Yeay! Group merah menang!
Cari gula-gula dalam tepung. Sukaneka sangat kan... Kiteorang tak puas bertadika dulu.
Selain tiup2 tepung, kami jugak main baling2 belon tanpa pandang belakang. Time ni aku tak dapat join. Terpaksa pulang awal sebab anak2 kat umah tak makan lagi. 
Setelah penat bermain haruslah mengambil gambar dalam keadaan tonggang tonggek
Perlu makan dengan berebut untuk mengelakkan daripada kerugian
Mengambil gambar dengan makanan adalah salah satu petua untuk kurangkan berat badan
Madihah adalah bekas Zombi Malaya yang telah insaf dan hanya makan daging ayam aje sekarang. Kami sangat mesra alam kerana mampu makan dikaki 5 berdekatan dengan tong sampah.

Gathering ni sangat best sebenarnya kalau tak dicemburui waktu. Opkos, waktu sangat jeles dengan manusia dan sengaja berlari laju disaat manusia berasa sangat gembira dalam melakukan sesuatu aktiviti sihat. Huh!
Untuk kawan-kawan bio, kite just ada setahun je lagi untuk bersama. After this, mungkin aku still ada disini untuk teruskan master tapi aku tak tahu korang yang lain macam mana. Hope masing-masing simpan memori yang indah ini dalam kepala. Yang tak indah itu buang jauh-jauh umpama kentut yang tidak diingini oleh tuannya... Udara kentut itu toksin dan sangat tidak baik untuk manusia. Ni apsal masuk bab kentut pulak ni? Mengarut juga sangat sinonim dengan Zati Mohd selain warna merah. Heh!

 Akhir kate thanks for reading tau kawan-kawan!!! -dari makcik goreng ayam guna penyepit kuih kat picture atas ni-
Pakcik2 yang berumur 50 tahun pun kalau terbaca blog saya ni, anda juga kawan2 yang umpama sebaya dengan saya. Sangat mesra alam. 
Sekian...