Sunday, 3 June 2012

Merah itu sinonim~

Merah itu warna kesukaan aku. Since aku dewasa ni baru aku statik minat kat satu warna je. Dulu kemain lagi minat macam-macam warna. Ikut mood dan perkembangan semasa. Tak matang langsung, kan? 
Dah 3 tahun sejak aku masuk UPM ni baru aku terminat kat merah. Kalau dulu, nak pandang merah pun jeling-jeling je... 

Haritu, bape haribulan aku tak ingat dah... geng2 bio aku ada buat gathering kat bukit ekspo UPM. Gathering ni dibuat semata-mata kerana kerinduan kami antara satu sama lain. hahaha..toksah nak rindu sangat la der. Mak ko kat melaka tu tergolek terlentang rindu kat ko jugak, ko tau x? Okeh, 2 minggu lagi aku pulang la... Sambung... Ape kene mengena tajuk entry aku dengan cerita budak bio gathering ni? Hanya gambar yang mampu untuk mengexplainkan. Aku bab elaboration ni agak lemah sikit. Matila nak interview keje nanti SOFT SKILL aku low.. adeh...

Nah, tengok gambar...

Aku tergolong dalam group merah! i like!
Kami sangat mengenang nenek moyang melayu kerana masih bermain baling selipar. 
Encik Kocek yang membaling selipar dengan mulut muncung untuk mendapatkan aura pembaling sebenar
Hahaha...aku paling suka gambar ni. Hebat kan hebat kan.. Sume orang give high expectation kepada pembalingan aku tapi akhirnya tak kene jugak. Tangan pengkau la. Mak aku tak bedung time aku masih baby yang comel. Sampai ke besar pun still comel lagi. Aku tau tu~ hahaha
Setelah berjaya membaling perlu berebut2 untuk membina balik selipar yang telah dibaling dan terburai tadi. Sangat membuang tenaga bila dah baling, nak kene susun dan bina balik. Dah ludah, jangan jilat balik la! tapi kerana itu adalah salah satu syarat2 untuk menang maka kami susun la jugak... 
Setelah menang beradu tenaga dengan group oren, maka kami berehat sebentar bersama rumput dan selipar dikaki. Sangat bersemangat pasukan tau bila waktu rehat pun masih duduk dalam group. Saya sayang group merah saya. hehe
Group biru adalah group suku akhir yang berjaya kami kalahkan dan membawa kami kepada juara baling selipar! Yeay! Group merah menang!
Cari gula-gula dalam tepung. Sukaneka sangat kan... Kiteorang tak puas bertadika dulu.
Selain tiup2 tepung, kami jugak main baling2 belon tanpa pandang belakang. Time ni aku tak dapat join. Terpaksa pulang awal sebab anak2 kat umah tak makan lagi. 
Setelah penat bermain haruslah mengambil gambar dalam keadaan tonggang tonggek
Perlu makan dengan berebut untuk mengelakkan daripada kerugian
Mengambil gambar dengan makanan adalah salah satu petua untuk kurangkan berat badan
Madihah adalah bekas Zombi Malaya yang telah insaf dan hanya makan daging ayam aje sekarang. Kami sangat mesra alam kerana mampu makan dikaki 5 berdekatan dengan tong sampah.

Gathering ni sangat best sebenarnya kalau tak dicemburui waktu. Opkos, waktu sangat jeles dengan manusia dan sengaja berlari laju disaat manusia berasa sangat gembira dalam melakukan sesuatu aktiviti sihat. Huh!
Untuk kawan-kawan bio, kite just ada setahun je lagi untuk bersama. After this, mungkin aku still ada disini untuk teruskan master tapi aku tak tahu korang yang lain macam mana. Hope masing-masing simpan memori yang indah ini dalam kepala. Yang tak indah itu buang jauh-jauh umpama kentut yang tidak diingini oleh tuannya... Udara kentut itu toksin dan sangat tidak baik untuk manusia. Ni apsal masuk bab kentut pulak ni? Mengarut juga sangat sinonim dengan Zati Mohd selain warna merah. Heh!

 Akhir kate thanks for reading tau kawan-kawan!!! -dari makcik goreng ayam guna penyepit kuih kat picture atas ni-
Pakcik2 yang berumur 50 tahun pun kalau terbaca blog saya ni, anda juga kawan2 yang umpama sebaya dengan saya. Sangat mesra alam. 
Sekian...


No comments: