Monday, 4 June 2012

Nakal bukan budak jahat~

Aku ni kan dulu time sekolah menengah seorang budak yang nakal tau. Berapa kali naik turun bilik guru jumpa Ustazah Mazlina aka cikgu disiplin sekolah masa tu. Kau bayangkan lah... Aku ni dah la pengawas tapi boleh pulak buat perangai setan kat sekolah. 2 kali kantoi bawak henset pergi sekolah, back up geng2 hostel 'fly' keluar asrama lepak kat umah aku, tak pakai kain dalam walhal kain dalam adalah pakaian wajib time kat sekolah aku tu dulu. Aku rasa aku budak paling jahat kat sekolah. Tapi bila fikir balik, aku bawak henset pun sekadar nak call bapak aku bagitau balik pukul bape sebab kadang2 ade kelas tambahan. Sampai kene gantung jawatan pengawas tau bila kantoi bawak henset pegi sekolah. Yang back up member2 aku fly kuar asrama tu pulak bukannya pergi berjudi ke ape ke, just lepak umah aku, study same2. Ye la...aku kan tak duduk asrama. Kalau tak pakai kain dalam tu, bukannya kain aku tu jarang. Tak de makna nak nampak kaki aku yang cantik tu. Kain sekolah kemain tebal lagi. Saja je nk suruh student panas melebau gaknya. Ada pulak sekor minah ni tukang pengampu cikgu disiplin aka barua kat sekolah, lagi la hangin geng2 nakal kat sekolah aku tu kan... Ish3... kisah lama.. Tu semua tinggal kenangan. Sikit pun aku tak menyesal buat perangai nakal time kat sekolah dulu. Kalau aku tak buat, tak ada benda yang aku nak kenang macam sekarang ni. Bila kenang balik, aku tergelak sorang2..

Muka seorang pengawas yang selalu naik turun bilik guru disiplin
"Jadi nakal adalah salah satu cara untuk menikmati nikmat hidup. Penuhkanlah nama anda di dalam buku disiplin. Sesungguhnya budak nakal sebenarnya bijak."

Tersedak2 aku baca petikan kat atas ni. Terasa macam dia sedang memperkatakan tentang aku dulu. Hahaha... Boleh tak aku nak jadi budak nakal lagi? Tapi dah masuk universiti ni macam tak ada benda yang nakal2 pulak nak buat. Sebab kita dah boleh berfikir. Rindu waktu sekolah dulu. Kelakar bila teringat seorang budak perempuan 16 tahun menipu pak cik guard untuk back up kawan dia untuk kuar sekolah. Huish... kalau la kawan tu eksiden ke, kene culik ke, sapa yang nak bertanggungjawab agaknye time tu? hahaha... Otak senteng betul. tak matang langsung... Sok paginye kawan aku tu datang sekolah dengan muka tersenyum singa turun dari kereta bapak aku. Bangga la tu dapat fly kuar asrama.hahaha...

Buat adik-adik kat luar sana, toksah lah nak buat salah laku kat sekolah. Just follow the rules. Kalau nak nakal-nakal pun, jangan terlampau nakal sangat sampai orang panggil kita budak bermasalah. At least time aku sekolah dulu even aku nakal, mak bapak aku tak pernah pun dipanggil untuk mengadap pengetua sebab salah laku aku... kahkahkah... Nakal2 pun masih ada batasnya...

Picture setelah msaf dan pulang ke pangkal jalan... Macam bekas budak Tunas Bakti pulak.

Thanks 4 reading... (^_*)


3 comments:

cik zaza said...

pasal henpon.yeke?kihkih

bagi aku nakal2 budak sekolah kite dulu tak takde la nakal mana. since kite sume pompuan so benda yg remeh tu dah jd salahlaku paling besar kat sekolah.lain kali nak bawak henpon gi sekolah menuntut dgn aku,tak penah kantoi!hoho.aku macam tahu2 je bila ada spotcheck bila takde spotcheck.haha!

bila dah besar,nakal2 kite tu la yg paling ingat kan?aku n nana sampai sekarang kot ingat time kitorang kantoi mengumpat atas kertas dulu.huhu.bila nak tulis2 something ats kertas mesti topik kantoi tu jd bualan berjela2.huhu

izzati said...

hahaha..klu mengumpat atas kertas aku x prnh trkantoi sbb aku x bese buat... klu btl2 nk mengumpat, time ckgu xde dlm kelas... lg 1, klu de budak2 yg ajk ngumpat ats kertas dlu, aku tgk jenis ckgu jugak.. klu ckgu haslina, xde mknenye lah ak berani nk mengumpat cm tu...

Liza Razak said...

nakal jugak awak ni time sekolah dulu...saya pon sama jugak..hehe