Tuesday, 31 July 2012

resepi puding jagung

Salam Ramadhan. Hari ni merupakan hari buang tebiat aku bila aku mengupdate resepi. Kau tak tahu masak tapi update pasal masak memasak? Ape kau pikir ni tempat main masak-masak or pondok-pondok ke? 

Hoi! Jangan pandang aku sebelah mata tau! Nah, tengok ni...


Sedap kan? Indah kabar beserta rupa tau. Aku belajar dari kakak-kakak lab yang awesome! Sumpah senang nak mati buat puding ni...
  1. Sebungkus tepung kastad.
  2. 1 tin jagung.
  3. 2 biji kelapa.
  4. 4 senduk gula pasir.
Kiteorang buat puding ni guna periuk nasi je sebab keperluan harian tidak mencukupi... Anak-anak pelarian la katakan.
Masukkan sebungkus tepung kastad, digaul dengan 1 tin jagung. Then masukkan 7 tin santan (daripada 2 biji kelapa tadi) ke dalam campuran tepung kastad dan jagung tadi. Kemudian masukkan 4 senduk gula halus. Gaul sampai berkilat tau! Akhir sekali bolehlah masukkan cecair kuning tersebut ke dalam bekas dan simpanlah di dalam peti ais untuk disejukkan. Tapi kalau nak biarkan dia keras sendiri tanpa bantuan peti ais pun boleh. Bila semuanya dah bersatu maka kita bolehlah makan! Nyamnyam...


Selamat mencuba si puding jagung yang simple awesome!

Sunday, 29 July 2012

Doa buat sahabat~

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Aku rindu dia. Insan yang jadi tempat luahan isi hati aku, yang banyak nasihat aku, yang jadi otak kedua aku bila aku memerlukan, yang teman aku time aku demam, yang gelakkan aku kalau aku menangis, jadi pendorong semangat aku.


Kau! Yes kau yang aku maksudkan, miramalek! Hallamak dah macam berteater sesi monolog la pulak... Tapi serius... Aku sedang merindui kau, sorang minah senget yang berhati sensitip. Selama aku berkawan dengan kau, sikit pun perangai kau tak buat aku meluat. Sumpah eden tak tipu.

Semoga Allah tak tarik pemberian seorang sahabat seperti kau dalam hidup aku ni, mira. Hilang kau, hilanglah sejuta kawan baik yang aku ada. Semoga kau sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan hidup kau terus diberkati olehNya. Aku doakan dari kejauhan. Tak berada di depan mata, tak beerti dalam hati pun kau tak ada.  

Monday, 23 July 2012

Nice dreaming di siang hari

Semalam kan (Ahad, 22/7/12) aku pergi tengok cerita Spider man tau kat wayang. Pada aku cerita ni better than Batman yang aku tengok hari Jumaat mlm ritu.. Mengantok kau tau. Tak banyak action langsung. Aku bajet tengok cerita superhero ni banyak la action nye tapi Batman sangat-sangat mengecewakan aku. Dah la si MBO Bukit Tinggi tu tak tutup aircond waktu customer tengok midnight. Balik kolej je aku terus kene demam panas. Kau tau x sambut 1 Ramadhan di negeri orang dalam keadaan demam panas, sorang-sorang kat dalam bilik? Macam insan terbuang betul. Last2 bangun tidur dah sampai waktu berbuka. Tak prepare ape2 pun. Berbuka la dengan air susu & air masak je. Manelah aku tak kurus! Merana sungguh hidup aku. Masyaallah... melalut sampai suku page..

Kalau ditanya, aku akan cakap cerita Spiderman is better than Batman even si cerita Spiderman yang baru ni tak banyak bezanya dengan cerita Spiderman yang lama tu. Cuma bezanya aku dapat rasakan umpama aku yang berada dalam cerita tu. huahuahua.. almaklumlah, si Peter Parker ni seorang pelajar sains, scene dia pun dalam makmal yang banyak binatang.. Sama macam aku, aku kan praktikal kat MPOB, duduk dalam makmal yang penuh binatang perosak. HOMAIGAD! Awek dia pulak anak polis. Tapi dalam hidup aku, aku lah anak polis! Si pengarah Spiderman ni dah mengadaptasi cerita hidup aku ke dalam movie dia.. hahaha!!! Stop dreaming, zati. Stop it...

Okeh, entry kali ni sekadar mainan. Mengupdate kerana terlalu tertekan dengan kerja yang banyak membelenggu diri. Sadis~ Salam 1 Malaysia. Dem!