Sunday, 29 July 2012

Doa buat sahabat~

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Aku rindu dia. Insan yang jadi tempat luahan isi hati aku, yang banyak nasihat aku, yang jadi otak kedua aku bila aku memerlukan, yang teman aku time aku demam, yang gelakkan aku kalau aku menangis, jadi pendorong semangat aku.


Kau! Yes kau yang aku maksudkan, miramalek! Hallamak dah macam berteater sesi monolog la pulak... Tapi serius... Aku sedang merindui kau, sorang minah senget yang berhati sensitip. Selama aku berkawan dengan kau, sikit pun perangai kau tak buat aku meluat. Sumpah eden tak tipu.

Semoga Allah tak tarik pemberian seorang sahabat seperti kau dalam hidup aku ni, mira. Hilang kau, hilanglah sejuta kawan baik yang aku ada. Semoga kau sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan hidup kau terus diberkati olehNya. Aku doakan dari kejauhan. Tak berada di depan mata, tak beerti dalam hati pun kau tak ada.  

No comments: