Tuesday, 31 July 2012

resepi puding jagung

Salam Ramadhan. Hari ni merupakan hari buang tebiat aku bila aku mengupdate resepi. Kau tak tahu masak tapi update pasal masak memasak? Ape kau pikir ni tempat main masak-masak or pondok-pondok ke? 

Hoi! Jangan pandang aku sebelah mata tau! Nah, tengok ni...


Sedap kan? Indah kabar beserta rupa tau. Aku belajar dari kakak-kakak lab yang awesome! Sumpah senang nak mati buat puding ni...
  1. Sebungkus tepung kastad.
  2. 1 tin jagung.
  3. 2 biji kelapa.
  4. 4 senduk gula pasir.
Kiteorang buat puding ni guna periuk nasi je sebab keperluan harian tidak mencukupi... Anak-anak pelarian la katakan.
Masukkan sebungkus tepung kastad, digaul dengan 1 tin jagung. Then masukkan 7 tin santan (daripada 2 biji kelapa tadi) ke dalam campuran tepung kastad dan jagung tadi. Kemudian masukkan 4 senduk gula halus. Gaul sampai berkilat tau! Akhir sekali bolehlah masukkan cecair kuning tersebut ke dalam bekas dan simpanlah di dalam peti ais untuk disejukkan. Tapi kalau nak biarkan dia keras sendiri tanpa bantuan peti ais pun boleh. Bila semuanya dah bersatu maka kita bolehlah makan! Nyamnyam...


Selamat mencuba si puding jagung yang simple awesome!

No comments: