Saturday, 22 September 2012

Kau Ketua!!!

Sekarang kau kat atas... kau lah ketua.. kau disanjung-sanjung tinggi sampai ke bintang walaupun berat kau hampir mencecah ratusan paun.(konon ringan la tu boleh dihayun-hayun sampai ke bintang kan)
Cop! Kau dilambung-lambung sampai ke bintang tu, kau fikir semua orang ikhlas ke dalam melambung kau? Kau tak terfikir ke ramai antara insan yang melambung kau tu bakal membunuh kau dalam senyap tanpa kau sedari? Bila ada insan lain yang cuba menasihati kau, kau sombong! Sikit pun nasihat dia kau tak ambil endah... Kau siapa di sisi Allah wei sampai kau langsung x boleh terima pendapat insan lain yang niatnya baik untuk memperbetulkan kau? Terkadang aku malu mengaku engkau sebagai manusia kelahiran yang senegeri dengan aku, sebaya dengan aku, sama menuntut ilmu dengan aku. Aku malu bila orang yang sama naik dengan aku dulu jadi lupa diri, lupa daratan dek kerana gilakan jawatan. Weh, kau sedar tak yang jawatan yang kau sandang sekarang ni mengundang kau untuk terjerumus ke dalam neraka terlebih dahulu berbanding anak-anak buah kau? Kau ketua!!! Kau ketua!!! Kau ketua!!! Jadi kau lah dulu masuk neraka!