Wednesday, 14 November 2012

Why?

Assalamualaikum readers...

Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan aku sedang menghapdet belog aku yang aku rasa agak membosankan sejak belakangan ini. Damn! Jangan berani kutuk blog aku... hahaha.. 

Salah satu sifat buruk aku yang aku admit adalah senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. 
EASY TO FORGIVE BUT IT'S HARD TO FORGET. 
Siapa yang punyai masalah sama dengan aku, sila blah! hahaha *evil laugh*. Kadang-kadang aku terfikir. Adakah aku punyai penyakt hati sampai sukar untuk melupakan kesalahan orang kat aku, walhal aku dah pun memaafkan dia. Kenapa? Adakah ini dinamakan dendam? Oh no! Oh, yes la tu Zati Mohd oiii... Itu maknanya hati kau tu tak bersih! Tak suci! 

Sometimes, I feel serik for having any business with homosapien yang pernah buat salah kat aku. Lama aku ragu tentang perkara ni sampailah aku terbaca satu blog yang memukau hati aku. Thanks sis kerana menyedarkan aku dan membuatkan aku rasa tenang dengan diri sendiri dan takdir Allah. Baru aku sedar kenapa sangat sukar untuk melupakan sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Memang susah sebanarnya nak lupakan perkara yang very hurtful ni. One of the reason is because Allah nak kita belajar sesuatu daripada perkara tersebut. Dan aku yakin perkara tersebut mampu membuatkan kita bertambah kuat untuk hari-hari mendatang. Kalau Allah nak bagi kemanisan dalam hidup ni, Dia boleh bagi melalui banyak cara. Mungkin kemanisan yang Dia nak bagi tu melalui kepahitan yang kita pernah jalani. Kan? Setuju tak? *Kekening*

So, for the time being, aku dah belajar untuk lupakan semua kesalahan orang terhadap aku. Memaafkan tu memang confirmlah kan walaupun aku tahu kau duk kutuk & jaja cerita buruk tentang aku. But, it's ok. Aku maafkan kau. Dan aku dah pun melupakan dosa kau tu... Aku pun mintak maaf dengan seikhlas hati aku kepada semua umat manusia dalam dunia ini. Mana lah tau kot-kot esok aku dah tak bernyawa lagi... Ingatlah, setiap hari umur kita makin singkat dan masa kita untuk ke alam satu lagi makin dekat. Salam.


Wednesday, 7 November 2012

Tasik Putrajaya

Assalammualaikum... 

Siang tadi seawal 8 pagi kami, student biologi yang ambil elektif Limnologi Gunaan (Applied Limnology) telah menjejakkan kaki kami ke Putrajaya yang indah permai. Tujuannya untuk ambil sampel air tasik Putrajaya. 

Pertama tasik putrajaya yang dekat dengan Masjid Putrajaya tu. Kedua tasik yang berhampiran dengan tempat peninjau dan kawasan polis marin, dan yang ketiga tasik dalam Taman Botani. 

Ehem...aku bukanlah si pemikir yang bijak, bukanlah juga si pemuitis yang budiman. Aku sekadar memberi pandangan tentang alam sekeliling. Pada aku, tempat pelancongan macam putrajaya tu harus memiliki tasik yang berkualiti. Perbezaan antara ketiga-tiga tasik tu tak la ketara sangat. Tasik pertama dan kedua berwarna hijau manakala tasik ketiga berwarna coklat! Fikirla ketara ke idak perbezaannya? Yang berwarna coklat tu bila diselidiki dan diperhati, tak ada parit disekelilingnya. That means sekiranya hujan, air dari daratan mengalir masuk ke dalam tasik. Bukan takat air hujan, air siraman pokok dan air-air seumpama dengannya juga mengalir terus ke dalam tasik. So tasik tu dicerobohi oleh tanah sehingga mencemarkan warnanya. Bila tercemar warna, maka tercemar jugaklah pemandangan yang diharapkan indah. Jadi solution paling mudah adalah dengan membuat parit dan longkang di sekitarnya. 

TASIK 1

TASIK 2

TASIK 3.. Can you see that??? The teh tarik yummy...hahaha

Tolonglah selamatkan Putrajaya wahai pemimpin-pemimpin yang berhati mulia. Di Selangor dan KL tak ada laut dan pantai yang indah macam Melaka dan Terengganu untuk kita menikmati keindahan air dengan seluas mata memandang. Take it as serious thing. Kalau tasik pun tak boleh dijaga dengan elok, macam mana pula dengan negara? This is general. Aku tak berpihak mana-mana kuasa. Aku sendiri tak percaya pada politik. Oh dem... jangan esok tiba-tiba aku terjoin puteri UMNO kawasan Telok Mas, Melaka. hahaha   

Tudiaaa.... geng meroyan amek gambar.
(Pipi aku nampak bambam la pulak...sadis mcm ni)

Thursday, 1 November 2012

Mad Markets!

Wah... Aku suka sangat sangat tengok rancangan Mad Markets kat tv9.. Pengacaranya si cantik manis Miss Hanis Zalikha. Tapi agak kecewa sikit bila rancangan ni hanya berlangsung sebanyak 8 episod je. Tak puas tengok Hanis Zalikha bershopping sakan sambil kongsi tips fesyen yang cool! Aku suka fesyen Hanis Zalikha sebab tak over. Kalau tengok dia mix and matchkan pakaian dia, sangat comel. Warna tak over and nampak simple, sesuai untuk semua gadis diluar sana! hehe...

Sepanjang aku tengok Mad Markets ni, instinct aku untuk jadi perempuan sejati membuak-buak. Tak pernah umur aku minat pakai gelang, bila tengok Mad Markets ni tiba-tiba aku tersuka kat gelang tangan. Disebabkan Mad Markets ni la aku simpan mission untuk beli itu dan ini. Dan aku akan pastikan mission aku tercapai. Berusaha untuk cari duit, Zati Mohd! Ada siapa-siapa nak offer aku kerja part time during weekend? hehehe... Offer la, offer la... plishhh~ Komited sangat nak cari duit ni untuk accomplishkan mission aku yang menggunung.. Help me...