Wednesday, 7 November 2012

Tasik Putrajaya

Assalammualaikum... 

Siang tadi seawal 8 pagi kami, student biologi yang ambil elektif Limnologi Gunaan (Applied Limnology) telah menjejakkan kaki kami ke Putrajaya yang indah permai. Tujuannya untuk ambil sampel air tasik Putrajaya. 

Pertama tasik putrajaya yang dekat dengan Masjid Putrajaya tu. Kedua tasik yang berhampiran dengan tempat peninjau dan kawasan polis marin, dan yang ketiga tasik dalam Taman Botani. 

Ehem...aku bukanlah si pemikir yang bijak, bukanlah juga si pemuitis yang budiman. Aku sekadar memberi pandangan tentang alam sekeliling. Pada aku, tempat pelancongan macam putrajaya tu harus memiliki tasik yang berkualiti. Perbezaan antara ketiga-tiga tasik tu tak la ketara sangat. Tasik pertama dan kedua berwarna hijau manakala tasik ketiga berwarna coklat! Fikirla ketara ke idak perbezaannya? Yang berwarna coklat tu bila diselidiki dan diperhati, tak ada parit disekelilingnya. That means sekiranya hujan, air dari daratan mengalir masuk ke dalam tasik. Bukan takat air hujan, air siraman pokok dan air-air seumpama dengannya juga mengalir terus ke dalam tasik. So tasik tu dicerobohi oleh tanah sehingga mencemarkan warnanya. Bila tercemar warna, maka tercemar jugaklah pemandangan yang diharapkan indah. Jadi solution paling mudah adalah dengan membuat parit dan longkang di sekitarnya. 

TASIK 1

TASIK 2

TASIK 3.. Can you see that??? The teh tarik yummy...hahaha

Tolonglah selamatkan Putrajaya wahai pemimpin-pemimpin yang berhati mulia. Di Selangor dan KL tak ada laut dan pantai yang indah macam Melaka dan Terengganu untuk kita menikmati keindahan air dengan seluas mata memandang. Take it as serious thing. Kalau tasik pun tak boleh dijaga dengan elok, macam mana pula dengan negara? This is general. Aku tak berpihak mana-mana kuasa. Aku sendiri tak percaya pada politik. Oh dem... jangan esok tiba-tiba aku terjoin puteri UMNO kawasan Telok Mas, Melaka. hahaha   

Tudiaaa.... geng meroyan amek gambar.
(Pipi aku nampak bambam la pulak...sadis mcm ni)

1 comment:

Anonymous said...

Wow, amazing blog layout! How long have you ever been blogging for? you made blogging look easy. The full glance of your web site is excellent, as neatly as the content!