Wednesday, 14 November 2012

Why?

Assalamualaikum readers...

Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan aku sedang menghapdet belog aku yang aku rasa agak membosankan sejak belakangan ini. Damn! Jangan berani kutuk blog aku... hahaha.. 

Salah satu sifat buruk aku yang aku admit adalah senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. 
EASY TO FORGIVE BUT IT'S HARD TO FORGET. 
Siapa yang punyai masalah sama dengan aku, sila blah! hahaha *evil laugh*. Kadang-kadang aku terfikir. Adakah aku punyai penyakt hati sampai sukar untuk melupakan kesalahan orang kat aku, walhal aku dah pun memaafkan dia. Kenapa? Adakah ini dinamakan dendam? Oh no! Oh, yes la tu Zati Mohd oiii... Itu maknanya hati kau tu tak bersih! Tak suci! 

Sometimes, I feel serik for having any business with homosapien yang pernah buat salah kat aku. Lama aku ragu tentang perkara ni sampailah aku terbaca satu blog yang memukau hati aku. Thanks sis kerana menyedarkan aku dan membuatkan aku rasa tenang dengan diri sendiri dan takdir Allah. Baru aku sedar kenapa sangat sukar untuk melupakan sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Memang susah sebanarnya nak lupakan perkara yang very hurtful ni. One of the reason is because Allah nak kita belajar sesuatu daripada perkara tersebut. Dan aku yakin perkara tersebut mampu membuatkan kita bertambah kuat untuk hari-hari mendatang. Kalau Allah nak bagi kemanisan dalam hidup ni, Dia boleh bagi melalui banyak cara. Mungkin kemanisan yang Dia nak bagi tu melalui kepahitan yang kita pernah jalani. Kan? Setuju tak? *Kekening*

So, for the time being, aku dah belajar untuk lupakan semua kesalahan orang terhadap aku. Memaafkan tu memang confirmlah kan walaupun aku tahu kau duk kutuk & jaja cerita buruk tentang aku. But, it's ok. Aku maafkan kau. Dan aku dah pun melupakan dosa kau tu... Aku pun mintak maaf dengan seikhlas hati aku kepada semua umat manusia dalam dunia ini. Mana lah tau kot-kot esok aku dah tak bernyawa lagi... Ingatlah, setiap hari umur kita makin singkat dan masa kita untuk ke alam satu lagi makin dekat. Salam.


No comments: