Wednesday, 2 October 2013

Up to me!

Well, well, well... Sekian lama dunia blog aku biarkan sepi. Bukan apa, x sempat nk online utk update blog. As usual, kalau nak update mesti kene ada idea yang menawan, baru la dapat update dengan cerianya. 

Dua bulan belakangan ni aku busy dengan kerja kat Kotra Pharma as Stability Executive. Masih tak berjaya nak coop dengan environment pekerjaan yang aku kerja ni. At last, aku buat keputusan untuk berhenti kerja.. haha... orang lain susah payah menganggur cari keje, aku berhenti sesuka hati jer. Sebelum semuanya jadi lebih parah, it's better I quit kan? Trying to find another job yang suit dengan jiwa aku yang lemah gemalai ni... hoho... Next job, please come to mama :)

I'm just love the scenary behind. Have to sepetkan mata because of the shining from the sun. 

Aku sukakan ketenangan. Mungkin tu la satu2nya sebab pabila aku tegar buat keputusan untuk berhenti kerja kat tempat lama. Hati aku tak tenang, tension memanjang sampai emosi terganggu (tapi tak sampai kene jmpe psikatri). Jadi aku pun buatla keputusan untuk apply keje lain as a teacher under JAIM. Tapi just jadi guru ganti je pon.. Boleh penuhkan ruangan kat dalam resume untuk peluang pekerjaan. Haha.. 

Pada aku, berkomunikasi dan bekerja dengan orang dewasa ni agak payah sikit sebab masing-masing ada akal dan perangai tersendiri. Kalau bekerja dengan mesin, mungkin lebih tenang emosi berbanding bekerja dengan manusia dewasa. Jadi, aku pun mencuba nasib. Wish me luck! Hohoho...

Friday, 5 July 2013

Mini giveaway by DiyanaHani!!!

Salam A'laik...

 

Sumpah comel Mini giveaway by DiyanaHani ni... Tak pernah terfikir pon nak join contest-contest cenggini tapi kali ni tiba-tiba hati terpanggil untuk join mini giveaway ni...haha...so sweet! (>_<)

Tujuan utama join adalah sebab nak support budak comel Hani ni. Omo omo omo... dak tecik ni sangat comel tau even kite tgk secara live!

Jom join contest ni... Hadiah die omey2 belaka... Caranye? Mudah bangat!

1. Semestinya mempunyai BLOG. 
2. Follow BLOG hani dan like page BLOG ini.

3. Like dan follow semua sponsor.(jujur ye,akan dicheck) 
4. Buat entry,copy banner dan backlink ke entry Hani.
5. Tinggalkan url entri anda ke dalam ruangan komen entry beliau.
 
Follow Sponsor: 
ADILA / KECIK / IESYAH / CIK PENSIL / ARRIEN  /  SHADHIRA / SYARA / AIMI / IFA / ERRY 
 
Page Sponsor: 
 
Senarai hadiah
-Moustache watch~1
-Perfume~2
-Keychain~3
-Spectacle~1
-Full Edited~1
-Banner GIF~2
-Header~3
-RM5~10
-Hadiah misteri~3
-Brooch+Pin Shawl~3
-Keychain Hp+Klip Rambut-2
 
Bakal Pemenang
Top Referral(1) dan Random.org  
 
Mudah, kan??? So, jom la join contest si budak comel ni... Support blogger ape salahnya, kan?   
 
Thanks for reading! :)
 

Tuesday, 18 June 2013

Kematian

Salam mahabbah penghuni bumi Allah.

Allah berfirman dalam al Quran, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (al-Anbiyaa, 35).

Dalam seminggu ni dua kejadian kematian yang memilukan hati berlaku depan mata kita, rakyat Malaysia khususnya. 

Pada 15 Jun 2013, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu telah terkorban dalam kejadian kebakaran pada jam 1.50 pagi. Hasil bedah siasat menyatakan bahawa otak pelajar tersebut masih segar, seolah-olah milik insan yang masih hidup. Subhanallah.... Maha Suci Allah, segala puji bagiMu ya Allah...

Pada 16 Jun 2013 pula, kemalangan maut melibatkan 4 orang pelajar IPTA (seorang pelajar Asasi UPM, 3 orang pelajar UITM) telah mengorbankan 3 nyawa manakala seorang lagi hanya mengalami cedera ringan. Tragis sungguh kalau tengok gambar-gambar yang dikeluarkan media. Tak sanggup nak tunjuk kat sini. Semangat diri sendiri pun tak berapa kuat. Maaf sahabat. My bad. :(

Segala yang berlaku atas ketentuan Allah. Namun, Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Justeru, sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan, demi diri kita dan keluarga serta agama islam. Berdoalah semoga nyawa kita ditarik dalam keadaan yang elok. 

Ya Allah, aku dilahirkan dalam Islam, diazankan oleh ayah yang Islam, disusukan oleh ibu yang beragama Islam. Maka matikanlah aku dalam iman Ya Allah Ya Rabbi.. Amiinnn...

Tuesday, 4 June 2013

Travelog Trips to Kedah!

Assalamualaikum..
Annyeosayo!

Lama dah aku tak luangkan masa untuk update blog ni. Settle viva petang tadi, alhamdulillah segalanya berjalan lancar mengikut kehendak yang aku harapkan. Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar. 

Minggu lepas, erkkk x sampai seminggu lagi.. 1 Jun yang lepas, aku telah bertravelog bersama family ke Sungai Petani Kedah! Best! Best! Best! Kat sana walaupun cuaca agak panas sampai burn sikit kulit muka aku, tapi aku puas hati dengan pemandangan yang indah! Hehehe... 

Perjalanan ke utara ambil masa lebih kurang 5 jam dari Selangor. Tapi perjalanan untuk family aku ni agak lebih dari 7 jam sebab ayah aku bawak 100km/h je and kami banyak berhenti. Almaklum lah... Aku ni kemain kuat minum air sekarang. Jadi penyahtinjaan sering kali berlaku setiap 1jam setengah.. hahaha... Bapak aku ambik masa jugak untuk adapt dengan keadaan aku ni. Hobi baru tau!

Sepanjang perjalanan alhamdulillah lancar, tanpa halangan. Tak bertembung langsung dengan kemalangan dan seangkatan dengannya. Alhamdullillah. Tapi sesampainya di area Ipoh, cuaca semakin gelap. Bukan gelap nak senja tapi nak hujan. Pergh... dah la naik turun bukit, jalan selekoh-selekoh, sangat bahaya. Nasib baik ayah aku pemandu berhemah. *Berhemah lah sangat*

Can you see that?? The gelapness of the cuaca? Oh, can't see? Ape pon cannot la you...

Haip! That one bukan asap yang mencemarkan udara but that one is awan yang berarak dikepala-kepala gunung-ganang selepas hujan... hoho..

Oh, owesome giler bila tengok pemandangan cam ni depan mata. Belakang sana tu Gunung Jerai. Tak jelas sebab baru lepas hujan. 

Sebenarnya, untuk berjalan jauh, kita kena prepare macam-macam benda, dari segi fizikal, mental dan juga spiritual. 

1. Jangan lupa solat sunat musafir sebelum gerak dari tempat mastautin kita ataupun boleh je nak solat musafir kejap kat mana-mana hentian R&R selagi belum sampai tempat nak tuju. Kan dapat pahala tu...

2. Check kereta/ transport keseluruhannya seperti tayar, lampu, minyak hitam, air kereta and so on. Dengan harapan tak nak terjadi apa-apa sepanjang perjalanan. Tapi kalau terjadi jugak, redha je la kan...

3. Prepare makanan such as kudap-kudap untuk kau ngap-ngap dalam kereta. Even bukan untuk diri kau pun tapi untuk driver yang nak bawak kereta. Takut-takut driver mengantuk. Macam bapak aku haritu, berapa kali menguap aku tengok. 




4. Selain kudap-kudap untuk kau mengunyah, kau harus bawak ubat-ubatan seperti panadol, in case tetiba kau mabuk kereta walaupun sebelum ni kau tak pernah ade kes pun dengan mabuk-mabuk ni. Preparation je.

5. Make sure semua barang keperluan yang kita rasa kita tak boleh hidup tanpanya kita bawak bersama. Janganlah nanti percutian kita jadi hambar semata-mata bedak Johnson & baby tak bawak. Auwww! Aku la tu!

6. Oh! Sebelum gerak, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Semoga perjalanan berjalan dengan lancar. 

Ekceli travelog aku & family ke Sungai Petani ni bukan dengan tujuan suka-suka. Tapi sebab nak meraikan sepupu aku yang membesar sama-sama dengan aku kahwin. Haishhh... Aku bila lagi? Ehem! Nak ambik berkat ni....

Cikgu Nurul Hanis dan suami. Bagai pinang dibelah dua. 
*Aku tak faham kenapa pinang yang orang tua-tua amik buat perumapamaan*

 Ha....Kan aku dah kate, aku amik berkat. 

Hantaran dari pihak perempuan. Tapi minah tudung pink tu tak termasuk dalam hantaran. Melalak mak aku.

Hantaran daripada pihak lelaki.

Mas kahwin dari pihak lelaki dalam bentuk dinar emas bernilai RM1900. 

Lauk-lauk dimeja pengantin. Kemain menimbun sampai tak cukup ruang. Ni first time aku involve dalam susun-susun and hias-hias meja pengantin ni. Aku pelik kenapa kene letak makanan banyak-banyak kat meja pengantin. Dengan udang nak panjat-panjat lidi bagai.. Melayu... Melayu... Takkan Melayu hilang di dunia... hoho.. Jangan layu sudah!

Kemain Cik Ti bergambar sebentar dengan kek yang nak dihidang kat meja pengantin. Sampai kene marah dengan mak aku sebab asyik nak amik gambau je.

Aku suka attend wedding Kak Hanis ni sebab aku dapat rasa nilai-nilai islamik dalam majlis persandingan dieorang ni. Everything buat ala kadar sahaja. Hantaran, just nice. Mas kahwin pun murah. Hias meja pengantin, aku and sepupu-sepupu yang buat (free). Mekap, sepupu yang tolong mekapkan (free). Just banyak keluar duit untuk sedekah makan kat tetamu je. Berkat perhubungan dieorang. Insyaallah....

Ihik! Aku dah merasa amik gambar pegang bunga pengantin, anda bila lagi? kih3! Ambik berkat katenye....

Sunday, 26 May 2013

Is it you???

Is it you?
The one who the heaven sent to be with me...

Is it you?
The one who will erase the loneliness from my heart...
Is it you, isn't it?
The one who the heaven wants me to love...

The sound of my heart keeps telling me that its you...
I've never been serious with anyone like this...
Syukran for everything you had done for me. 



Thursday, 25 April 2013

Recycle!

Assalamualaikum

Kesedaran untuk merecycle memang telah lama tertanam dalam hati dan sanubari. Aku selalu minum air mineral dalam botol. Sehari kadang-kadang sampai 2-3 botol la jugak aku buang. Tapi tapi tapi... aku tak buang sesuka hati. Aku longgokkan dulu botol-botol tu dalam beg kat bilik aku. Bila aku nampak dah penuh je, aku bagi kat mak cik cleaner, suh dia jual. Sambil kita selamatkan alam sekitar, kita dapat bersedekah.. Amalkan ye! 

Aku terpanggil untuk buat entry ni sebab aku ternampak kat facebook INI gambar-gambar menarik di Nami Island berkenaan dengan barang-barang recycle. Sangat osem ok! Thanks sis sebab berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain...

Nah tengok ni picture dari facebook sis Zakiah yang jadi sumber inspirasi pada aku... Dah tau dah nak buat apa untuk isi masa lapang pas abes stadi ni..hehehe...(confirm kene bebel dengan mak aku sebab simpan barang recycle banyak-banyak kat umah)

Jalan yang dihiasi dengan botol kaca.

Kolam yang diperbuat daripada botol-botol kaca

Tengok tu, tengok tu! Kasut dia buat tanam pokok. Nice tau! Kalau nak comel lagi, leh corak-corakkan kasut tu bagi kreatif sikit & tak nampak bende tu as kasut buat si penggeli...

haha... Tv yang tak boleh digunakan lagi pun dieorang buat sebagai pasu bunga.. Kan comel tu.. 

Yang ni paling aku suka. Tin-tin minuman dikemekkan dan dijadikan sebagai tempat duduk. Rasa macam nak tendang je...

Replika ostrich diperbuat daripada kayu-kayan yang tak berguna lagi. Kesian kau...

Jabatan Biologi UPM dengan tajaan Coca Cola Malaysia, telah mengadakan Recycle To Cycle yang mana pihak Coca Cola telah memberikan basikal sebagai pertukaran dengan barangan yang boleh direcycle. Secara tak langsung wujudnya budaya sihatyakni berbasikal di kawasan kampus walaupun semakin hari semakin banyak bilangan kereta kat UPM sampaikan kereta aku pun tak ada tempat nak park. Harem!

Haip! I support tau event tu. Dengan mata bengkak baru bangun tidur.
Marilah bersama-sama kita menjaga alam sekitar. Tak banyak, sikit pun jadilah. Berbudi pada alam, nescaya  ganjarannya tak pernah suram.







Tuesday, 12 March 2013

The Last

Assalamualaikum. 
For this coming Thursday, I'll face the Test 1 which will become the last Test 1 for degree on my life... What the sad T__T
So I decide to get A for this test as it may become the last memory for my first test. That is my misson for now on. But, still the power of laziness is on the top level. 


Thanks to pakcik cokelat cadbury sebab accompanied me during study Limnology topics. Wow! sangat the mengantuk you know, dengan kehujanannya di bumi serdang ni... 

Last but not least, wish me luck!

Wednesday, 6 March 2013

~Kerana Nama~

Assalamualaikum...


Seperti yang tertakluk kepada gambar di atas (oh, tertakluk sangat-ignore eyebag besauuu), dengan adanya baucer buku 1 Malaysia! *jerit macam pak Najib* aku telah membeli novel yang tersebut. ngeh3... Kerana nama penulisnya Zati Mohd, kerana tajuk novelnya ada kene mengena dengan blogger maka aku pun terpanggil untuk membeli. Harap-harap ceritanya tak menghampakan. ihiks... masa baca ni feeling2 diri sendiri gitewww... baru baca 1 chapter hoii! *over acting* Marilah bersama-sama kita mengamalkan budaya membaca. Hahaha..slogan masa sekolah rendah akhirnya berguna jugak. Kbai!

Wednesday, 27 February 2013

For you!

Everytime I say 'I love you'...
ღ I'm really trying to say so much more than those three little words.
ღ I'm trying to say you mean more to me than anyone else in the world....
ღ I'm trying to let you know that I adore you and that I cherish the time we spend together.
ღ I'm trying to explain that I want you and that I need you and that I get lost in wonderful thoughts every time I think about you.
ღ And each time I whisper "I love you", I'm trying to remind you that you're the best thing that has ever happened to me...♥ ♥ ♥


Just smile for me... Because your smile make my life so brightened~

Thursday, 7 February 2013

Indah,kot....

Sangat indah perasaan ini pabila melihat kereta yang aku sayang dah bersih dicuci dan divakum oleh pakcik india. Oh...tak sabar nak balik Melaka for holiday even just in a week. But then, its raining!! OMG!! Kotor balik kete aku!!!*Baling plastik aiskrim keluar kete*

Wednesday, 6 February 2013

Final year project

It is still in progress. 

Pada petang yang penuh hening ni, aku sorang-sorang duk menangu tunggu minyak pati serai yang kena hydrodistillation (rebus) selama 4 jam. Tiada siapa yang menemani, sekadar hujan lebat yang membasahi bumi, oh... sangat mengharukan. Jadi, dengan hati yang tegar walaupun takut duk kat makmal IBS sorang-sorang sampai lewat petang, aku pun buatlah aktiviti yang agak berfaedah selain mengupdate blog sekarang ni. 

Oppa Jae Suk, Kang Gary and Miss Ji Hyo! Thanks cause u'ollss sudi accompanied me. hehehe
Bersama dengan lunch aku pada jam 4petang.. hahaha.. makanan orang bujang. Malas nak gigih memasak macam-macam sedangkan perut aku sorang je yang nak kena isi.
Essential oil production. Tolonglah keluar dengan comelnya. Mami kamu ni dah penat siang malam untuk buat research tentang kamu. Please be nice k...

Doakanlah yang terbaik untukku. Cita-cita aku sekarang nak jadi saintis muslim. Memang dengar macam tak boleh bla tapi aku sedang laluinya sekarang. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuh untuk  mengejar cita-cita murni. *Ayat macam dalam novel mintak kasut saiz 8...*

Friday, 18 January 2013

Listen! Listen! Listen!

Assalamualaikum.. 

Wah! Aku berada di Malaysia hari ni. Kenapa bukan di Argentina?  Haha... Aku gelak jahat ni. 

Syukur... Aku hanya bersyukur pada Allah... kerana Dia pemberi nikmat. Bukan manusia, bukan pak Najib, bukan parti itu, bukan parti ini. heh!

Berkenaan dengan isu "LISTEN! LISTEN! LISTEN!". Mungkin melalui blog aku ni je aku mampu berbicara. Bukan penakut. Tapi melalui media ini saje la orang macam aku ni boleh luahkan segala yang terkandung di minda. Mana ade peluang lain, kan? Kalau berpeluang tapi mike ditarik jauh dari mulut, untuk apa bayang-bayang peluang tu diberi? 

Malaysia negara demokrasi! Tapi kenapa aku rasa pemerintahan Malaysia umpama diktator?
Rakyat bebas bersuara! Ha? Ape? Bebas bersuara? Yup! Bersuara dalam selimut sendiri.

"Jangan samakan Malaysia dengan negara lain yang mampu berikan pendidikan percuma kepada rakyatnya...."

hahahaha... Kalau macam tu, sewaktu menaikkan harga minyak, pihak anda juga jangan samakan isu harga minyak di Malaysia lebih rendah berbandingkan dengan negara-negara lain yang bukan pengeluar minyak ye. Rakyat Malaysia sekarang bukan bodoh!

Pada aku, kalau betul ingin tolong rakyat, kenapa PTPTN perlu ada interest? cukuplah  kalau nak bayar sikit servis perkhidmatan. Menurut perundangan Islam, kalau pinjam sesuatu, kita perlu pulangkan semula setimpal dengan apa yg dipinjam. Means kalau pinjam 5kg beras, pulangkn balik 5kg beras. Ini ada ke patut pinjam 5kg beras minta pulangan 7kg beras?

Negara Islam ke kalau macam ni? Dah la tak amalkan hudud, pinjam meminjam pun ade riba. Oh, Malaysiaku! Bala yang Allah turunkan semakin hari semakin bertambah. Tak sedar lagi ke wahai insan?

Tukar pulak topik berkenaan dengan respect to others. Sekali lagi buat aku tergelak. Wahai insan hebat Sharifah Zohra Jabeen... Anda bercakap soal hormat sedangkan anda sendiri tidak tunjukkan sifat seorang individu yang patut dihormati. Miss Bawani tu tak habis cakap lagi you dah potong, you tarik peluang seorang mahasiswa untuk bersuara. Mana bukti Malaysia mengamalkan hak kebebasan bersuara? Kalau you berada di tempat yang betul, jangan takut bila orang lain menyuarakan pendapat. Kenapa you cut apa yang Miss Bawani nak persoalkan? Takut soalan-soalan yang diutarakan nanti tak mampu untuk dijawab? Takut mahasiswa lain yang umpama lalang tu tersedar dari tiupan angin sepoi-sepoi bahasa  yang you tiupkan tu? Tepuk dada, tanya iman. Eh, sorry... I tak boleh minta you bertanya pada iman kerana you sendiri tidak bertudung.

Sekian dari seorang mahasiswa!

p/s: Nak main wayang, jangan main depan aku. Buat aku bertambah menyampah dan tak hormat ade lah. Oh, did I give them some respect? I did. Even I did not shake hand with them. huh! 

Friday, 11 January 2013

Tebiat terbuang~


Assalamualaikum

Untuk kesekian kalinya aku buang tebiat lagi. Tau ape? Aku beli novel islamik u’ollsss.. Aku pun terkezuttt dengan perubahan drastik aku ni. Selama ni aku tak terfikir pun akan terminat kat Fatimah Syarha. Just dengar dari mulut2 member tentang hebatnya wanita manis bertudung labuh tu. Sampailah satu hari, aku ternampak muka beliau kat facebook. Sangat sejuk mata memandang. Ada sinar kebahagiaan dan ketenangan pada wajah itu. Tak hairanlah sekiranya ramai yang menjadikan beliau ikon dan idola. Pergh... ayat aku macam penulis Majalah Dara.

Semalam after merdeka daripada final exam, aku pun drive kereta ke Sunway Pyramid dengan tujuan nak pergi Daiso and cari present untuk my sweety birthday girl, kak fiza. Sepanjang perjalanan aku berfikir, hadiah apa yang sesuai untuk kak fiza? Lepas melantak Hawaiian Chicken daripada pizza hut, aku terus melancarkan misi untuk mencari hadiah besday kak fiza di kedai buku popular. Entah kenapa tiba-tiba kaki aku melangkah ke kedai buku waktu tu, padahal niat nak pergi Daiso ni. Then cari punya cari, aku terjumpa buku agama title: 290 Nasihat untuk Muslimah. Aku amik tanpa tengok kiri kanan. Haha. Bajet desperate. Buku tu sangat bagus buat muslimah yang imannya tak sekuat  para ulama', anbiya' dan yang sama waktu dengannya.


Aku teruskan pencarian kat novel-novel chenta karya Siti Rosmizah. But then, aku ternampak "Cinta High Class" hasil penulisan Fatimah Syarha. Aku ni berkeyakinan tinggi tau. Tanpa tengok kiri kanan, terus amik novel tu dan terlupa pasal novel Siti Rosmizah. Maaf puan, next time after dapat vaucer buku 1 Malaysia, saya beli novel puan pulak ye... hehe. Terlupa dalam tak sengaja kerana terpukau dengan Fatimah Syarha. Terus bayar dan balik dalam keadaan terkejar-kejar sebab takut terlambat nak pergi ngajar ngaji. 


The end...

Monday, 7 January 2013

Pergilah Merpati~

"Pergilah kamu wahai merpati..tanpa memberi harapan lagi... 
Biarlah aku tetap disini, bersama Cinta dan Harapan Illahi... 
Aku rela melepaskanmu untuk hidup yang sementara ini... 
Jika memang benar namamu terpahat dalam suratan takdir kita, kau pasti akan kembali kepadaku suatu masa nanti... 
Pergilah....
Aku Rela kau pergi...."

Setelah menghitung kira hari demi hari, hati aku kuat untuk melepaskan kau pergi. Demi kebahagiaan kita bersama. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal