Friday, 18 January 2013

Listen! Listen! Listen!

Assalamualaikum.. 

Wah! Aku berada di Malaysia hari ni. Kenapa bukan di Argentina?  Haha... Aku gelak jahat ni. 

Syukur... Aku hanya bersyukur pada Allah... kerana Dia pemberi nikmat. Bukan manusia, bukan pak Najib, bukan parti itu, bukan parti ini. heh!

Berkenaan dengan isu "LISTEN! LISTEN! LISTEN!". Mungkin melalui blog aku ni je aku mampu berbicara. Bukan penakut. Tapi melalui media ini saje la orang macam aku ni boleh luahkan segala yang terkandung di minda. Mana ade peluang lain, kan? Kalau berpeluang tapi mike ditarik jauh dari mulut, untuk apa bayang-bayang peluang tu diberi? 

Malaysia negara demokrasi! Tapi kenapa aku rasa pemerintahan Malaysia umpama diktator?
Rakyat bebas bersuara! Ha? Ape? Bebas bersuara? Yup! Bersuara dalam selimut sendiri.

"Jangan samakan Malaysia dengan negara lain yang mampu berikan pendidikan percuma kepada rakyatnya...."

hahahaha... Kalau macam tu, sewaktu menaikkan harga minyak, pihak anda juga jangan samakan isu harga minyak di Malaysia lebih rendah berbandingkan dengan negara-negara lain yang bukan pengeluar minyak ye. Rakyat Malaysia sekarang bukan bodoh!

Pada aku, kalau betul ingin tolong rakyat, kenapa PTPTN perlu ada interest? cukuplah  kalau nak bayar sikit servis perkhidmatan. Menurut perundangan Islam, kalau pinjam sesuatu, kita perlu pulangkan semula setimpal dengan apa yg dipinjam. Means kalau pinjam 5kg beras, pulangkn balik 5kg beras. Ini ada ke patut pinjam 5kg beras minta pulangan 7kg beras?

Negara Islam ke kalau macam ni? Dah la tak amalkan hudud, pinjam meminjam pun ade riba. Oh, Malaysiaku! Bala yang Allah turunkan semakin hari semakin bertambah. Tak sedar lagi ke wahai insan?

Tukar pulak topik berkenaan dengan respect to others. Sekali lagi buat aku tergelak. Wahai insan hebat Sharifah Zohra Jabeen... Anda bercakap soal hormat sedangkan anda sendiri tidak tunjukkan sifat seorang individu yang patut dihormati. Miss Bawani tu tak habis cakap lagi you dah potong, you tarik peluang seorang mahasiswa untuk bersuara. Mana bukti Malaysia mengamalkan hak kebebasan bersuara? Kalau you berada di tempat yang betul, jangan takut bila orang lain menyuarakan pendapat. Kenapa you cut apa yang Miss Bawani nak persoalkan? Takut soalan-soalan yang diutarakan nanti tak mampu untuk dijawab? Takut mahasiswa lain yang umpama lalang tu tersedar dari tiupan angin sepoi-sepoi bahasa  yang you tiupkan tu? Tepuk dada, tanya iman. Eh, sorry... I tak boleh minta you bertanya pada iman kerana you sendiri tidak bertudung.

Sekian dari seorang mahasiswa!

p/s: Nak main wayang, jangan main depan aku. Buat aku bertambah menyampah dan tak hormat ade lah. Oh, did I give them some respect? I did. Even I did not shake hand with them. huh! 

No comments: