Friday, 11 January 2013

Tebiat terbuang~


Assalamualaikum

Untuk kesekian kalinya aku buang tebiat lagi. Tau ape? Aku beli novel islamik u’ollsss.. Aku pun terkezuttt dengan perubahan drastik aku ni. Selama ni aku tak terfikir pun akan terminat kat Fatimah Syarha. Just dengar dari mulut2 member tentang hebatnya wanita manis bertudung labuh tu. Sampailah satu hari, aku ternampak muka beliau kat facebook. Sangat sejuk mata memandang. Ada sinar kebahagiaan dan ketenangan pada wajah itu. Tak hairanlah sekiranya ramai yang menjadikan beliau ikon dan idola. Pergh... ayat aku macam penulis Majalah Dara.

Semalam after merdeka daripada final exam, aku pun drive kereta ke Sunway Pyramid dengan tujuan nak pergi Daiso and cari present untuk my sweety birthday girl, kak fiza. Sepanjang perjalanan aku berfikir, hadiah apa yang sesuai untuk kak fiza? Lepas melantak Hawaiian Chicken daripada pizza hut, aku terus melancarkan misi untuk mencari hadiah besday kak fiza di kedai buku popular. Entah kenapa tiba-tiba kaki aku melangkah ke kedai buku waktu tu, padahal niat nak pergi Daiso ni. Then cari punya cari, aku terjumpa buku agama title: 290 Nasihat untuk Muslimah. Aku amik tanpa tengok kiri kanan. Haha. Bajet desperate. Buku tu sangat bagus buat muslimah yang imannya tak sekuat  para ulama', anbiya' dan yang sama waktu dengannya.


Aku teruskan pencarian kat novel-novel chenta karya Siti Rosmizah. But then, aku ternampak "Cinta High Class" hasil penulisan Fatimah Syarha. Aku ni berkeyakinan tinggi tau. Tanpa tengok kiri kanan, terus amik novel tu dan terlupa pasal novel Siti Rosmizah. Maaf puan, next time after dapat vaucer buku 1 Malaysia, saya beli novel puan pulak ye... hehe. Terlupa dalam tak sengaja kerana terpukau dengan Fatimah Syarha. Terus bayar dan balik dalam keadaan terkejar-kejar sebab takut terlambat nak pergi ngajar ngaji. 


The end...

No comments: