Thursday, 25 April 2013

Recycle!

Assalamualaikum

Kesedaran untuk merecycle memang telah lama tertanam dalam hati dan sanubari. Aku selalu minum air mineral dalam botol. Sehari kadang-kadang sampai 2-3 botol la jugak aku buang. Tapi tapi tapi... aku tak buang sesuka hati. Aku longgokkan dulu botol-botol tu dalam beg kat bilik aku. Bila aku nampak dah penuh je, aku bagi kat mak cik cleaner, suh dia jual. Sambil kita selamatkan alam sekitar, kita dapat bersedekah.. Amalkan ye! 

Aku terpanggil untuk buat entry ni sebab aku ternampak kat facebook INI gambar-gambar menarik di Nami Island berkenaan dengan barang-barang recycle. Sangat osem ok! Thanks sis sebab berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain...

Nah tengok ni picture dari facebook sis Zakiah yang jadi sumber inspirasi pada aku... Dah tau dah nak buat apa untuk isi masa lapang pas abes stadi ni..hehehe...(confirm kene bebel dengan mak aku sebab simpan barang recycle banyak-banyak kat umah)

Jalan yang dihiasi dengan botol kaca.

Kolam yang diperbuat daripada botol-botol kaca

Tengok tu, tengok tu! Kasut dia buat tanam pokok. Nice tau! Kalau nak comel lagi, leh corak-corakkan kasut tu bagi kreatif sikit & tak nampak bende tu as kasut buat si penggeli...

haha... Tv yang tak boleh digunakan lagi pun dieorang buat sebagai pasu bunga.. Kan comel tu.. 

Yang ni paling aku suka. Tin-tin minuman dikemekkan dan dijadikan sebagai tempat duduk. Rasa macam nak tendang je...

Replika ostrich diperbuat daripada kayu-kayan yang tak berguna lagi. Kesian kau...

Jabatan Biologi UPM dengan tajaan Coca Cola Malaysia, telah mengadakan Recycle To Cycle yang mana pihak Coca Cola telah memberikan basikal sebagai pertukaran dengan barangan yang boleh direcycle. Secara tak langsung wujudnya budaya sihatyakni berbasikal di kawasan kampus walaupun semakin hari semakin banyak bilangan kereta kat UPM sampaikan kereta aku pun tak ada tempat nak park. Harem!

Haip! I support tau event tu. Dengan mata bengkak baru bangun tidur.
Marilah bersama-sama kita menjaga alam sekitar. Tak banyak, sikit pun jadilah. Berbudi pada alam, nescaya  ganjarannya tak pernah suram.







1 comment:

Aisy ~ said...

perghh kreatif gilaaa ! bagus3