Tuesday, 18 June 2013

Kematian

Salam mahabbah penghuni bumi Allah.

Allah berfirman dalam al Quran, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (al-Anbiyaa, 35).

Dalam seminggu ni dua kejadian kematian yang memilukan hati berlaku depan mata kita, rakyat Malaysia khususnya. 

Pada 15 Jun 2013, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu telah terkorban dalam kejadian kebakaran pada jam 1.50 pagi. Hasil bedah siasat menyatakan bahawa otak pelajar tersebut masih segar, seolah-olah milik insan yang masih hidup. Subhanallah.... Maha Suci Allah, segala puji bagiMu ya Allah...

Pada 16 Jun 2013 pula, kemalangan maut melibatkan 4 orang pelajar IPTA (seorang pelajar Asasi UPM, 3 orang pelajar UITM) telah mengorbankan 3 nyawa manakala seorang lagi hanya mengalami cedera ringan. Tragis sungguh kalau tengok gambar-gambar yang dikeluarkan media. Tak sanggup nak tunjuk kat sini. Semangat diri sendiri pun tak berapa kuat. Maaf sahabat. My bad. :(

Segala yang berlaku atas ketentuan Allah. Namun, Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Justeru, sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan, demi diri kita dan keluarga serta agama islam. Berdoalah semoga nyawa kita ditarik dalam keadaan yang elok. 

Ya Allah, aku dilahirkan dalam Islam, diazankan oleh ayah yang Islam, disusukan oleh ibu yang beragama Islam. Maka matikanlah aku dalam iman Ya Allah Ya Rabbi.. Amiinnn...

No comments: