Tuesday, 4 June 2013

Travelog Trips to Kedah!

Assalamualaikum..
Annyeosayo!

Lama dah aku tak luangkan masa untuk update blog ni. Settle viva petang tadi, alhamdulillah segalanya berjalan lancar mengikut kehendak yang aku harapkan. Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar. 

Minggu lepas, erkkk x sampai seminggu lagi.. 1 Jun yang lepas, aku telah bertravelog bersama family ke Sungai Petani Kedah! Best! Best! Best! Kat sana walaupun cuaca agak panas sampai burn sikit kulit muka aku, tapi aku puas hati dengan pemandangan yang indah! Hehehe... 

Perjalanan ke utara ambil masa lebih kurang 5 jam dari Selangor. Tapi perjalanan untuk family aku ni agak lebih dari 7 jam sebab ayah aku bawak 100km/h je and kami banyak berhenti. Almaklum lah... Aku ni kemain kuat minum air sekarang. Jadi penyahtinjaan sering kali berlaku setiap 1jam setengah.. hahaha... Bapak aku ambik masa jugak untuk adapt dengan keadaan aku ni. Hobi baru tau!

Sepanjang perjalanan alhamdulillah lancar, tanpa halangan. Tak bertembung langsung dengan kemalangan dan seangkatan dengannya. Alhamdullillah. Tapi sesampainya di area Ipoh, cuaca semakin gelap. Bukan gelap nak senja tapi nak hujan. Pergh... dah la naik turun bukit, jalan selekoh-selekoh, sangat bahaya. Nasib baik ayah aku pemandu berhemah. *Berhemah lah sangat*

Can you see that?? The gelapness of the cuaca? Oh, can't see? Ape pon cannot la you...

Haip! That one bukan asap yang mencemarkan udara but that one is awan yang berarak dikepala-kepala gunung-ganang selepas hujan... hoho..

Oh, owesome giler bila tengok pemandangan cam ni depan mata. Belakang sana tu Gunung Jerai. Tak jelas sebab baru lepas hujan. 

Sebenarnya, untuk berjalan jauh, kita kena prepare macam-macam benda, dari segi fizikal, mental dan juga spiritual. 

1. Jangan lupa solat sunat musafir sebelum gerak dari tempat mastautin kita ataupun boleh je nak solat musafir kejap kat mana-mana hentian R&R selagi belum sampai tempat nak tuju. Kan dapat pahala tu...

2. Check kereta/ transport keseluruhannya seperti tayar, lampu, minyak hitam, air kereta and so on. Dengan harapan tak nak terjadi apa-apa sepanjang perjalanan. Tapi kalau terjadi jugak, redha je la kan...

3. Prepare makanan such as kudap-kudap untuk kau ngap-ngap dalam kereta. Even bukan untuk diri kau pun tapi untuk driver yang nak bawak kereta. Takut-takut driver mengantuk. Macam bapak aku haritu, berapa kali menguap aku tengok. 




4. Selain kudap-kudap untuk kau mengunyah, kau harus bawak ubat-ubatan seperti panadol, in case tetiba kau mabuk kereta walaupun sebelum ni kau tak pernah ade kes pun dengan mabuk-mabuk ni. Preparation je.

5. Make sure semua barang keperluan yang kita rasa kita tak boleh hidup tanpanya kita bawak bersama. Janganlah nanti percutian kita jadi hambar semata-mata bedak Johnson & baby tak bawak. Auwww! Aku la tu!

6. Oh! Sebelum gerak, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Semoga perjalanan berjalan dengan lancar. 

Ekceli travelog aku & family ke Sungai Petani ni bukan dengan tujuan suka-suka. Tapi sebab nak meraikan sepupu aku yang membesar sama-sama dengan aku kahwin. Haishhh... Aku bila lagi? Ehem! Nak ambik berkat ni....

Cikgu Nurul Hanis dan suami. Bagai pinang dibelah dua. 
*Aku tak faham kenapa pinang yang orang tua-tua amik buat perumapamaan*

 Ha....Kan aku dah kate, aku amik berkat. 

Hantaran dari pihak perempuan. Tapi minah tudung pink tu tak termasuk dalam hantaran. Melalak mak aku.

Hantaran daripada pihak lelaki.

Mas kahwin dari pihak lelaki dalam bentuk dinar emas bernilai RM1900. 

Lauk-lauk dimeja pengantin. Kemain menimbun sampai tak cukup ruang. Ni first time aku involve dalam susun-susun and hias-hias meja pengantin ni. Aku pelik kenapa kene letak makanan banyak-banyak kat meja pengantin. Dengan udang nak panjat-panjat lidi bagai.. Melayu... Melayu... Takkan Melayu hilang di dunia... hoho.. Jangan layu sudah!

Kemain Cik Ti bergambar sebentar dengan kek yang nak dihidang kat meja pengantin. Sampai kene marah dengan mak aku sebab asyik nak amik gambau je.

Aku suka attend wedding Kak Hanis ni sebab aku dapat rasa nilai-nilai islamik dalam majlis persandingan dieorang ni. Everything buat ala kadar sahaja. Hantaran, just nice. Mas kahwin pun murah. Hias meja pengantin, aku and sepupu-sepupu yang buat (free). Mekap, sepupu yang tolong mekapkan (free). Just banyak keluar duit untuk sedekah makan kat tetamu je. Berkat perhubungan dieorang. Insyaallah....

Ihik! Aku dah merasa amik gambar pegang bunga pengantin, anda bila lagi? kih3! Ambik berkat katenye....

No comments: