Wednesday, 2 October 2013

Up to me!

Well, well, well... Sekian lama dunia blog aku biarkan sepi. Bukan apa, x sempat nk online utk update blog. As usual, kalau nak update mesti kene ada idea yang menawan, baru la dapat update dengan cerianya. 

Dua bulan belakangan ni aku busy dengan kerja kat Kotra Pharma as Stability Executive. Masih tak berjaya nak coop dengan environment pekerjaan yang aku kerja ni. At last, aku buat keputusan untuk berhenti kerja.. haha... orang lain susah payah menganggur cari keje, aku berhenti sesuka hati jer. Sebelum semuanya jadi lebih parah, it's better I quit kan? Trying to find another job yang suit dengan jiwa aku yang lemah gemalai ni... hoho... Next job, please come to mama :)

I'm just love the scenary behind. Have to sepetkan mata because of the shining from the sun. 

Aku sukakan ketenangan. Mungkin tu la satu2nya sebab pabila aku tegar buat keputusan untuk berhenti kerja kat tempat lama. Hati aku tak tenang, tension memanjang sampai emosi terganggu (tapi tak sampai kene jmpe psikatri). Jadi aku pun buatla keputusan untuk apply keje lain as a teacher under JAIM. Tapi just jadi guru ganti je pon.. Boleh penuhkan ruangan kat dalam resume untuk peluang pekerjaan. Haha.. 

Pada aku, berkomunikasi dan bekerja dengan orang dewasa ni agak payah sikit sebab masing-masing ada akal dan perangai tersendiri. Kalau bekerja dengan mesin, mungkin lebih tenang emosi berbanding bekerja dengan manusia dewasa. Jadi, aku pun mencuba nasib. Wish me luck! Hohoho...

4 comments:

cik zaza said...

zati wehh, stress ke keje kat kotra pharma? tetiba tanye. huhu

cik zaza said...

zati wehh, stress ke keje kat kotra pharma? tetiba tanye. huhu

Anonymous said...

Resources ativan vs valium effects - valium effects on the body

Anonymous said...

Aku pernah erja kat kotra pharma... kat bangunan yang baru tu. Kerja kat sana memang tension gila. Bayangkan kerja masuk pukul 8:00 am, balik 6:15pm. Tapi disebabkan aku selalu balik on time, dah kena sound dgn management. Tension gila. Satu lagi hari off sabtu & ahad. Tak datang OT hari sabtu pun kena sound. Ada yg kerja kat sana boleh kata pulak, (macam bagus konon). "ala kau dok kat rumah hari sabtu pun kau bukan buat apa?" Tak ada buat apa kau cakap??? Banyak lagi kerja yang aku boleh buat kat rumah. Jadi untuk tak terus menghambakan diri kat sana, aku pun berhentilah kerja...

Alhamdulillah, tempat kerja baru ni, gaji pun sama mcm kat kotra pharma dulu. Kerja ok, baru lah minda terbuka. Cuma satu je masalah kat sini, mesti balik on time.. kalo tak nanti kena kunci dari luar ha ha ha (pernah terkena)... lawak kan tapi betul... tapi alhamdullillah aku suka tempat kerja baru ni...

kesimpulan: Kotra pharma ni sesuai untuk orang yang gila kerja aje... kerja kerja kerja..