Saturday, 23 August 2014

Pray for Gaza

Salam A'laik.

I'm a teacher. And I want to show you this.
Meleleh air mata mendengar pengalaman beliau.

Ya Allah, tempatkanlah kami di syurgaMu.
Wahai sahabat Gaza, syurga menanti kalian.

Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri

Baru perasan entry lepas tak ada title. Lantak la... kikiki

Yang mahal tak semestinya bagus dan yang bagus tak semestinya mahal. 
Aku minat shopping. And I know majoriti perempuan normal dalam dunia ni suka shopping. Perempuan yang tak suka shopping tu sangat special and satu dalam seribu. Tahniah atas sifat anda kerana anda seorang penjimat tegar.

Yes! Aku minat gila shopping tapi shopping-shopping aku pon, ada moodnya jugak. Kalau Encik Dato' F ajak keluar and bermurah hati konon-konon nak belanja, if mood aku nak shopping tu takde, means balik tu memang aku akan balik dengan perut je berisi, barangnya takde. hihihi.. Encik Dato' F memang tidak pernah mengecewakan.

Seminggu sebelum raya, Encik Dato' F beriya-iya ajak shopping. Sebabnya dia tengok kasut aku dah macam pencacai kilang plastik. Astaghfirullah. Mana taknya.. Kasut tu dulu aku beli 3 tahun yang lepas dengan harga RM29.90. Tu la kasut jalan-jalan pergi dating, tu la kasut yang aku pakai pergi kerja, pokok pangkalnya memang tu je la kasut yang aku pakai kalau keluar rumah sebabnya kasut tu selesa walaupun harganya murah. Memang rasa berbaloi sangat beli kasut tu. Kasut tu aku beli kat kedai kasut Hoover Muar. Dan kau tau, sepanjang seminggu sebelum raya tu, Encik Dato' F tak dapat pon nak belikan aku kasut sebabnya belum sampai mood aku untuk beli kasut dan aku sangat cerewet sebenarnya kalau nak beli kasut. hihi... betapa bersabarnya dia. Dari Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan. Dari Aeon Jusco ke Tesco. Last-last 3 hari sebelum raya, baru mood aku nak beli kasut tu muncul dalam nafsu. Encik Dato' F pon terkedek-kedek la datang tempat kerja aku, tolong bawakkan pergi beli kasut. Alah... kat Keluargaku je pun, betul-betul sebelah tempat kerja. And at last, jumpa kasut yang aku berkenan. Tq la Encik Dato' F.

Bukan nak kata apa. Kita perlu Bijak Membeli Menang Memakai. Tak kesah barang tu murah or mahal, asalkan tidak berlaku pembaziran, that's perfect!

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Kenapa mata nampak sepet sebelah?

Sunday, 27 July 2014

Jalan berlenggang, songkoknya mereng,
Sudahlah mereng sayang tersenyum pula...

Acececeyyy... kemain nyenyanyi... 
Nak tunjuk braces dengan harapan kawan-kawan aku tak terkejut bila jumpa raya nanti. ekeke...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN YE :-)

Sunday, 1 June 2014

Melayu vs Omputih

Oh, hai!!! Lame benau rasenye aku x update blog. Sumpah tak sempat. Huhu...

Beberapa minggu yang lalu, aku baru balik dari Langkawi, having short vacation with my family. Well, Langkawi kalau pergi setakat 2 hari memang tak cukup. Dengan aktiviti bershopping yang sampai 7 8 kali, dengan nak pergi pantai-pantai konon nak gelapkan kulit lagi. Mana sempat pergi setakat 2 hari. 

Actually bukan nak cerita pasal pergi berapa hari, tapi nak cerita perangai orang Melayu versus Omputih. Hehe.. Dalam babak kali ni, orang melayu tu pembawa wataknya adalah aku dan bapak aku and omputih tu adalah sepasang couple tua yang sangat sweet. Dieorang tu pelancong gak macam kami. muehehehe.. Tragedi ni terjadi di Pantai Chenang. 

Can you see the two people on the right side of this picture? Ha...tu la pelakon omputih.


Pantai Chenang sangat cantik,okeh! Kalau kat Melaka, pantainya aku dah biasa tengok tapi pantai kat area sini, superb punya cantik. Subhanallah!

Selain daripada pemandangan yang indah yang menarik perhatian pelancong, ada satu sukan air kat sini yang lebih dikenali sebagai Parasailing. Menarik woo... Fly fly in the sky..

Nak dipendekkan cerita, ada sepasang husband and wife from Arab Saudi, nak main natang ni.

Eleh eleh eleh.. kengkonon dengar taklimat la tu





Sekali dah bergerak, habis berkembur pasir dengan air laut daaaa... kau tengok pasir yang kat gambar belah kiri. Tu hasil kemburan pak arab and bini dia. Sumpah time ni aku gelak giler babeng. Memang tak boleh tahan. Yang uncle and aunty mat saleh yang duk kat tepi aku, aku dengar dieorang gelak 3 kali sedak je, HAHAHA tapi aku dengan bapak aku, HAHAHAHAHAHAHAHAHA then sambung lagi HAHAHAHAHAHAHAHA then lagi HAHAHAHAHAHAHAHA sampai dah masuk kereta pon still gelak tak abes sebab geli hati. Kau nampak tak kat situ perangai orang Melayu cam mana? Perangai omputih cam mana... 

HAHAHAHAHAHAHA ok sambung gelak... 

PEACE NO WAR yer pak arab and wife! hihihi