Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri

Baru perasan entry lepas tak ada title. Lantak la... kikiki

Yang mahal tak semestinya bagus dan yang bagus tak semestinya mahal. 
Aku minat shopping. And I know majoriti perempuan normal dalam dunia ni suka shopping. Perempuan yang tak suka shopping tu sangat special and satu dalam seribu. Tahniah atas sifat anda kerana anda seorang penjimat tegar.

Yes! Aku minat gila shopping tapi shopping-shopping aku pon, ada moodnya jugak. Kalau Encik Dato' F ajak keluar and bermurah hati konon-konon nak belanja, if mood aku nak shopping tu takde, means balik tu memang aku akan balik dengan perut je berisi, barangnya takde. hihihi.. Encik Dato' F memang tidak pernah mengecewakan.

Seminggu sebelum raya, Encik Dato' F beriya-iya ajak shopping. Sebabnya dia tengok kasut aku dah macam pencacai kilang plastik. Astaghfirullah. Mana taknya.. Kasut tu dulu aku beli 3 tahun yang lepas dengan harga RM29.90. Tu la kasut jalan-jalan pergi dating, tu la kasut yang aku pakai pergi kerja, pokok pangkalnya memang tu je la kasut yang aku pakai kalau keluar rumah sebabnya kasut tu selesa walaupun harganya murah. Memang rasa berbaloi sangat beli kasut tu. Kasut tu aku beli kat kedai kasut Hoover Muar. Dan kau tau, sepanjang seminggu sebelum raya tu, Encik Dato' F tak dapat pon nak belikan aku kasut sebabnya belum sampai mood aku untuk beli kasut dan aku sangat cerewet sebenarnya kalau nak beli kasut. hihi... betapa bersabarnya dia. Dari Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan. Dari Aeon Jusco ke Tesco. Last-last 3 hari sebelum raya, baru mood aku nak beli kasut tu muncul dalam nafsu. Encik Dato' F pon terkedek-kedek la datang tempat kerja aku, tolong bawakkan pergi beli kasut. Alah... kat Keluargaku je pun, betul-betul sebelah tempat kerja. And at last, jumpa kasut yang aku berkenan. Tq la Encik Dato' F.

Bukan nak kata apa. Kita perlu Bijak Membeli Menang Memakai. Tak kesah barang tu murah or mahal, asalkan tidak berlaku pembaziran, that's perfect!

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Kenapa mata nampak sepet sebelah?

Sunday, 27 July 2014

Jalan berlenggang, songkoknya mereng,
Sudahlah mereng sayang tersenyum pula...

Acececeyyy... kemain nyenyanyi... 
Nak tunjuk braces dengan harapan kawan-kawan aku tak terkejut bila jumpa raya nanti. ekeke...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN YE :-)