Saturday, 3 January 2015

Tempat Menarik di Melaka Part 1

Salam.

Wah... tiba-tiba terpanggil untuk buat entry ni, sejak dah jadi anak jati Melaka semula. Lepas ni, tak segan dah orang tanya, kat Melaka ape tempat best-best, mana tempat menarik nak pergi.

Selama ni kalau ada member kata, "Minggu depan aku nak datang Melaka, mana tempat best nak pergi kat Melaka?" Aku mesti akan jawab, "Mana ada tempat best kat Melaka ni. Buat sesak Melaka je ko datang sini. Menyemak!" 

Hahaha... Ampun. Maap.

Bukan apa. Aku sendiri tak habis berjalan lagi kat Melaka ni. Memang tak tahu la kan nak elaborate tempat mana yang best kat Melaka ni. hihi

And for the time being, untuk orang yang kuat berangan dan suka kan tempat yang indah untuk photoshoot bagai, di Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat yang agak tepat untuk korang pergi. Agak-agak nak fefeeling pergi padang pasir yang pasirnya adalah pasir laut, meh la datang sini. 

Ini adalah jalan masuk ke kawasan yang berpasir berdengung. hahaha
Dari pintu masuk Dataran 1 Malaysia, awak terus je, don't belok-belok. *Oh, 'awak' ye. Memang dari awalnya korang tak nampak apa-apa. Tapi semakin korang ke hadapan, semakin korang dekat dengan padang pasir berdengung tu. 






Dari sini, korang parking kereta dan jalanlah kaki seluas mata memandang tu ha... hahaha... klu naik Hilux or other types of 4x4 punya kereta, boleh la tempuh ke depan lagi tapi time ni aku naik Kelisa je so parking jauh sikit sebab taknak tayar kereta terbenam dalam pasir yang dalam tu. Jenuh nak menolak kalau termasuk. Pandai-pandailah cari jalan yang rata dan keras untuk lalu dan park kereta. Dah sampai dekat timbunan pasir tu, so kau bolehlah fefeeling bergambar kat padang pasir.

Ada lagi pasir yang lebih tinggi tapi aku tak berani naik sebab aku takut tinggi.
Tengok belakang tu. Timbunan pasir yang lebih tinggi dari yang aku naik. Gua gayat.
Spa pasir laut
Lebih segar dan nyaman selepas buat spa dengan pasir. Kau dah kenapa? Nak penyepak? haha...



Riadah paling afdhal kat situ. Main pasir sampai masuk mata. Padan muka.
Tapi yang aku paling suka, tempat tu berlatarbelakangkan laut! Pusing ke kiri dan kanan, ko boleh dapat latarbelakang bangunan umpama ko nampak Singapore! haha...Over. 

Laut dibawah, aku di atas. Boleh memancing kat situ kepada sesiapa yang minat memancing tapi ikan apa yang bakal dapat, aku tak pasti.

Yang ni view dari kanan kawasan tu. Saya yang melaporkan; kak long kawasan dari Dataran 1 Malaysia.

Oh satu lagi aku lupa ingatkan. Bawalah payung sebelum hujan. hahaha.. Bukan untuk hujan tapi untuk menghalang kepanasan yang menggelegak. Mahu sunburn jadinya kulit kau nanti nak....

Okbai.

To be continue...