Sunday, 8 March 2015

Dakwah Tanggungjawab Semua

Sebelum aku menjadi aku yang sekarang; yang berkhidmat untuk rakyat, aku adalah seorang guru tadika. 
'Aik, kau dulu bukan belajar sampai degree ke? Amik course biologi kan? Apsal kau boleh jadik cikgu tadika ni?'
'Alah, cikgu tadika je pun. Bukan susah nak mengajar. Apply pon guna SPM kan?'
'Kau boleh jadik cikgu tadika? Kalau aku jadi kau, aku tak nak. Gaji pon tak bape sen'. 
Itulah yang terjadi kepada segelintir besar masyarakat kita pada hari ini. Apalah salahnya kerja sebagai seorang guru tadika atau prasekolah? Hina sangat ke pekerjaan seorang guru tadika? 

Antara gambaran peranan seorang guru tadika:

Pada awal tahun, saat anak-anak tuan/puan yang baru nak kenal sekolah, baru nak bergaul dengan orang luar, baru nak kenal dunia selain dari dalam rumah dan keluarga, guru tadika itulah yang berhempas pulas memimpin, memeluk dan memujuk anak-anak tuan/puan untuk datang ke sekolah walaupun mereka meraung sekuat-kuat hati dengan harapan tuan/puan mengambil dan membawa mereka pulang ke rumah semula. Ini ayat yang pernah saya guna:

"Boy tak boleh menangis. Nanti girl tengok, malu. Cuba tengok kawan yang lain, tak nangis pon. Ultraman mana ada nangis."
"Nah, ambil colour teacher. Jom kita colour sama-sama. Siapa colour paling cantik, dia pandai. Nanti teacher bagi stickers."
"Its ok. Mama papa tunggu kat luar. Mama papa tak boleh tunggu kat dalam nanti guru besar marah." (Automatik that child akan teringat guru besar cerita Upin Ipin. LOL) 

And for all parents on that time dinasihatkan jangan duduk menebeng kat depan mata anak sebab anak tu ok je kalau tak nampak parents mereka. Kadang-kadang mak bapak tu yang over dan tak sampai hati nak tinggalkan anak mereka kat sekolah terutama sekali kalau terdengar anak tu melalak panggil 'Mama!' 'Papa!". Almaklumlah baru 4 tahun katanya. Kalau dah tahu tak sampai hati, buat apa pergi daftarkan anak sekolah. Buat aje sekolah kat rumah, ajar sendiri. huhuhu... Dari segi pemerhatian aku, anak-anak tu just ambil masa setengah jam je nak bermesra dengan kawan-kawan dia. Paling lama pun seminggu yang aku pernah hadap. Itupun sebab that child terbiasa hidup dengan parents and seorang adik lelaki dia kat rumah. No friends. No playground. That's why la that boy penakut sangat datang sekolah. Rupa-rupanya bila dikaji selidik, memang dia tak biasa bercampur. So siapa yang nak dipersalahkan? Dan bila sampai waktu balik rumah, parents should not make your children waiting for you for a long time. Sebab nanti dia fed up bila tengok kawan-kawan semua dah balik tapi mama papa dia tak sampai-sampai lagi. Nanti esok believe me, dia tak nak pergi sekolah.

After anak-anak dah ok dengan school, dengan environment, anak-anak perlu adapt dengan pelajaran pulak kat sekolah. Macam aku dulu, aku jadi class teacher untuk 4 years. Memang menyanyi menari je la kau kat dalam kelas. hahaha.. Kadang-kadang bercerita dengan anak-anak sambil berlakon supaya anak-anak tertarik dengan perkara yang kita ajar. Yang girls of course suka cerita princess-princess while yang boys memang suka cerita superhero. Tapi ada pengajaran disebalik cerita dan lakonan yang kita reka tu. But then, aku tak galakkan anak-anak murid aku tengok cerita mengarut, khayalan cenggitu sebab those stories buat anak-anak kita kuat berangan nanti. Nanti dia mintak la kat mak bapak dia baju princess la, kasut Elsa la, topeng Ultraman la, beg Boboiboy la. So parents kat rumah, boleh guna pakai skills ni. Jangan dedah sangat anak-anak dengan gadget. Sebab nanti motor skills anak-anak anda akan lambat berbanding anak-anak yang lain. Nanti dia lambat menulis & so on. Nanti korang jugak yang risau "Apsal anak aku ni tak reti menulis. Padahal dah hantar kat sekolah private ni, bayar memahal, tapi tetap gak anak aku tak reti menulis. Mesti cikgu makan gaji buta." Dah cikgu pulak yang kene. Padahal kat rumah maknya yang malas nak layan, bagi alasan kononnya tak reti menyanyi, ayahnya tak reti menari,  jadi nak elakkan anak-anak dari memekak bermain entah apa-apa bersepah kapau rumah so dia bagilah gadget, asalkan anaknya senyap. Sorry parents. Pada aku, that solution is so wrong. Nak anak pandai, kita sama-sama kene grow dengan mereka. Anak-anak akan membesar ikut cara ibu bapa tu mendidik. Kenalkan anak-anak dengan Tuhan, dengan sang Pencipta. Nanti kita akan nampak perubahannya sehinggakan anda sendiri terharu anak-anak anda membesar dengan soleh solehah. Ajar anak-anak takutkan Allah, bukan takut pada hantu jembalang yang tak mampu berbuat apa-apa.

Masa aku jadi guru tadika dulu, aku ada target, hujung tahun anak-anak murid aku mesti kenal semua huruf and numbers. Kalau boleh membaca, itu satu penambahbaikan yang hebat! Tapi aku ada inform parents yang kita jangan mendesak anak-anak untuk menjadi sebijak anak orang lain sebab otak anak-anak yang sedang berkembang, kalau di'push' dengan perkara yang dia kurang minat, nanti stress jadinya budak tu, takut makin tak pandai, dalam erti kata lain, makin 'bebal'. Maaf. Ini bukan makian tapi ini adalah contoh yang paling tepat.

Selain mengajar anak-anak mengenal Allah, solat, mengenal huruf, nombor, membaca dan menulis, ada juga guru tadika yang toilet train anak-anak anda. Anak-anak 4 years saya, berapa kali kencing dalam kelas, berak dalam seluar. Sapa yang kene kemas, guru kelas lah! Apa nak buat? Memang itu gayanya kita nak train anak-anak untuk buang air dalam toilet, bukan dalam seluar lagi. Memang itulah yang kita kene tempuh.  

Seperti biasa, setiap institusi pasti akan ada aktiviti untuk anak-anak merasa buat presentation, berdepan dengan orang ramai. Guru tadika tu jugaklah yang berhempas pulas nak mengajar anak-anak buat persembahan. Kalau yang mendengar kata dan faham bahasa kira ok la jugak tp kalau yang tak reti bahasa tu nak buat macam mana? Lain yang di ajar, lain pulak yang dia buat bila di atas pentas. Anak.... oh anak....

Pada aku kerjaya sebagai seorang guru tadika ini tersangat mencabar. Bukan sahaja berdepan dengan kerenah insan yang baru kenal dunia, malah berdepan dengan sikap ibu bapa yang pelbagai; yang nak anak berjaya dan pandai tapi mereka bergantung 100% pada guru disekolah, sedangkan pada hakikatnya anak-anak berada di rumah lebih lama berbanding di sekolah.


But now, I'm no longer a preschool teacher. Allah send me to RKK Rembau to increase my experience, to improve my patience. 

I'm a PKM under JKM at RKK Rembau. Di sini, pengalamannya lebih mencabar berbanding mengajar di pra-sekolah.. To be continued....